Part 1.

Romance Completed 28892

Hari ini hari bahagia aku. Hari di mana aku akan disatukan dengan Izham, lelaki yang aku cintai.

Sudah lama aku menantikan saat ini. Dan hari ini saat-saat yang aku nantikan akan tiba. Semoga rumah tangga aku dan Izham akan kekal hingga ke syurga. Amin.

???

" Aku terima nikahnya Nur Eryna Binti Mukhriz dengan mas kahwin 500 ringgit tunai " .

" Sah? " .

" Sah. Alhamdulillah " .

Dengan sekali lafaz kini Eryna sudah bergelar isteri kepada Izham. Siapa sangka perkenalan mereka selama setahun itu membawa mereka ke alam perkahwinan.

Izham memilih Eryna sebagai isterinya kerana perwatakan gadis itu menarik perhatiannya.

Sebelum ini dia sudah tidak mempercayai cinta lagi setelah dikhianati oleh bekas kekasihnya tetapi Eryna meyakinkannya bahawa tidak semua perempuan begitu.

Eryna anggun memakai dress labuh berwarna krim dipadankan dengan shawl warna senada dengan dress nya. Sedikit solekan sudah cukup membuat Eryna kelihatan cantik.

Izham pula segak memakai baju melayu berwarna krim sama dengan Eryna. Ditambah dengan sampin bercorak songket.

Lensa kamera tidak putus-putus merakam detik-detik indah mereka. Ahli keluarga dan rakan-rakan mereka juga bersama-sama meraikan.

" Thank you sayang sebab sudi terima abang sebagai suami " ucap Izham separuh berbisik di telinga Eryna.

Eryna membalas dengan senyuman kecil.

" I love you for the rest of my life " .

" I love you too abang " jawab Eryna.

Izham menggengam erat tangan isterinya itu. Sungguh dia beruntung memiliki Eryna sebagai isteri.

???

Setelah selesai majlis pernikahan, Izham dan ahli keluarganya berangkat pulang.

Esok mereka akan datang lagi untuk majlis perkahwinan di belah pihak perempuan.

" Sayang take care okay. Jumpa esok " Izham mengusap perlahan pipi Eryna.

" Iya abang. Abang pun sama " .

" Haishh sudahlah tu Izham. Jom balik. Esok jumpalah " tegur Puan Sarimah.

Eryna ketawa mendengar kata-kata mak mertuanya itu.

" Alah nanti rindu lah mak " jawab Izham.

" Eh eh budak ni. Mentang-mentang dah nikah. Esok lepas majlis, kamu berkepit jer lah dengan Eryna. Tak ada siapa nak marah " balas Puan Sarimah.

" Dah jom kita balik " ajak Encik Samad pula.

Eryna pantas bersalam dengan ibu dan bapa mertuanya itu.

" Hati-hati ya mak, abah " pesan Eryna.

" Kami balik dulu ya Eryn. Jumpa esok. Jangan tidur lewat-lewat " sempat Encik Samad berpesan kepada menantunya itu.

" Baik abah " .

Encik Samad dan Puan Sarimah terus memboloskan diri ke dalam kereta.

" Bye sayang " sempat Izham mengenyitkan matanya pada Eryna sebelum berlalu masuk ke dalam kereta.

Eryna hanya ketawa. Ada-ada sahaja suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience