Muncung sahaja bibir Eryna saat menyental bontot periuk belanga itu. Izham menahan tawanya melihat wajah Eryna.
" Mak aii panjang nya muncung. Boleh buat hanger " usiknya.
Eryna tidak melayaninya. Semakin kuat dia menyental bontot periuk itu.
" Eryn marah ke? " soal Izham.
Eryna masih tidak melayaninya.
" Nur Eryna " panggil Izham.
Eryna masih tidak melayannya.
" Dosa tau tak sahut panggilan suami. Abang tak nak masuk syurga seorang-seorang " .
Eryna menoleh ke arah Izham. Dia main ugut-ugut pula.
" Nak apa? " soal Eryna.
" Abang gurau jer lah tadi. Janganlah marah. Abang sebenarnya saja nak uji Eryn. Nak tengok Eryn ni macam mana " .
" Maksud abang? " .
" Abang sengaja cakap tak nak basuh periuk tu tadi sebab nak dengar jawapan daripada Eryn. Yelah Eryn bukannya biasa buat kerja-kerja macam ni kan. Abang tak sangka pulak Eryn okay jer, tak kisah langsung " jelas Izham.
Memang dia sudah berpakat dengan abang long nya sebentar tadi.
" Abang ingat Eryn ni apa? Pemalas sangat ke? " soal Eryna.
Dia terasa hati. Tidak sangka Izham menganggapnya begitu.
" Sorry sayang. Bukan maksud abang macam tu. Abang tahu isteri abang ni baik " tangan Eryna diraihnya.
Eryna mengeraskan dirinya.
" Sayang, marah lagi ke? " soal Izham lembut.
Eryna menggeleng perlahan. Malas dia mahu merajuk lama-lama. Bukannya besar sangat kesalahan yang dilakukan oleh Izham.
" Meh abang basuh yang lain " .
" Tak payah lah. Tadi abang kata nak basuh dua jer kan. Yang selebihnya Eryn basuh " .
" Sayang, abang bergurau jer. Takkan lah abang nak biarkan Eryn sental semua periuk-periuk ni. Kasar lah tangan Eryn nanti " .
Eryna menahan senyumnya.
" Okay kalau macam tu, abang basuh semua lah ya. Eryn masuk dulu " Eryna sudah pun berdiri. Dia mengeliat kecil.
" Eh sayang janganlah. Sampai hati Eryn buat abang macam ni " .
" Tadi nak basuh kan? Basuh lah " belum sempat Eryna melangkah Izham sudah menarik tangannya.
Dia hampir tergelincir kerana lantai licin dengan air sabun.
Mujur Izham sempat menyambut tubuhnya. Jika tidak sudah tersembam di lantai.
Izham merapatkan wajahnya dengan Eryna.
" Ehem " .
Mereka tersentak. Mata Izham dan Eryna terus menoleh ke arah Puan Sarimah yang sudah bercekak pinggang.
" Ni nak basuh periuk ke buat drama hindustan? " soalnya.
Eryna sudah tertunduk malu. Izham pula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Share this novel