Part 18.

Romance Completed 28892

" Saja nak jumpa awak Izham. Awak sihat? " soal Farah.

Izham mengangguk perlahan.

" Saya sihat " .

" Saya nampak awak semakin sihat. Ni mesti wife awak masak sedap kan?" Farah ketawa di hujung katanya.

Izham tersenyum hambar.

" Awak pulak macam mana? Sihat? " soal Izham.

" Saya sihat. Alhamdulillah " .

" Er..er awak dah kahwin? " soal Izham teragak-agak.

Farah diam. Lalu dia menggeleng perlahan.

" Belum ada jodoh Izham. Entahlah hati saya masih belum terbuka untuk bercinta dengan mana-mana lelaki " .

" Kenapa pulak? " soal Izham.

" Saya tak ada jawapan untuk soalan awak Izham. Jawapannya ada pada awak sendiri " .

Izham mengerutkan dahinya.

" Saya tak faham. Maksud awak? " .

" Tak ada apa-apa lah. Awak abaikan jer " .

" Awak dah lunch Izham? " soal Farah.

" Saya baru jer nak pergi lunch ni " beritahu Izham.

" Haa kalau macam tu jom lunch sama-sama. Lagipun ada banyak sangat benda saya nak borak dengan awak. Maklumlah kita kan dah lama tak jumpa " .

Izham berat hati untuk menerima pelawaan Farah. Bagaimana kalau Eryna marah? Ah dia dan Farah hanya kawan. Tidak lebih daripada itu.

Izham mengangguk setuju. Farah tersenyum gembira Izham menerima pelawaannya.

???

Izham melangkah ke dapur mencari Eryna. Sebaik tiba di dapur dia melihat Eryna sedang sibuk memasak makanan untuk makan malam mereka. Sudah jadi rutinnya untuk memasak selepas pulang daripada kerja.

Pinggang Eryna dipeluk daripada belakang. Eryna tersentak.

" Eh abang ni. Terkejut Eryn tahu tak?" .

Izham ketawa kecil.

" Ala nak manja-manja dengan isteri sendiri pun tak boleh " dagunya diletakkan di bahu Eryna.

" Bukan tak boleh, abang tu buat Eryn terkejut. Nasib baik tak tercampak senduk ni " .

Izham mencuit hidung Eryna.

" Banyak cakap betul lah sayang ni " .

" Siapa suruh abang kahwin dengan isteri yang banyak cakap macam Eryn ? " .

" Yang banyak cakap ni lah yang paling abang sayang " .

Eryna mencebikkan bibirnya. Poyonya ayat!

" Abang dah mandi ke belum ni? " .

Izham menggeleng.

" Eii tak mandi lepas tu peluk-peluk orang. Pergi naik atas mandi " arah Eryna.

" Abang mandi ke tak mandi ke tetap wangi tau " .

" Eiww perasan. Pergi mandi. Kalau tak mandi, tak boleh makan " .

" Yelah abang pergi mandi " sempat dicium pipi Eryna sebelum berlalu naik ke tingkat atas.

Eryna memegang pipinya yang dicium oleh Izham.

Dia tersenyum sendirian. Ya Allah kekal kan lah kebahagiaan ini di dalam rumah tangga kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience