Part 28.

Romance Completed 28900

" Uwekkk...wek... " Eryna memuntahkan segala isi di dalam perutnya.

Dia sendiri tidak tahu kenapa dia asyik muntah-muntah sejak daripada pagi tadi. Nak kata salah makan, Izham juga makan makanan yang sama. Tapi dia okay jer.

Eryna bersandar di dinding bilik air. Dia sudah tidak larat lagi. Wajahnya kelihatan begitu pucat.

" Ya Allah Eryn kenapa ni? " soal Izham yang baru sahaja tiba.

Kebetulan Eryna tidak menutup pintu bilik air.

Eryna tidak menjawab.

" Muka Eryn pucat ni. Jom kita pergi klinik " Izham memapah Eryna.

Eryna mengeraskan tubuhnya. Dia tidak mahu.

" Eryn, dalam keadaan macam ni tolong lah izinkan abang bawak Eryn pergi klinik. Abang risau tengok keadaan Eryn " pujuk Izham.

Eryna akhirnya akur. Izham terus memapah Eryna.

???

" Tahniah isteri encik disahkan hamil dua minggu. Jaga baik-baik ya kandungan tu sebab masih baru dan lemah lagi. Jangan buat kerja berat-berat " .

Eryna tidak tahu mahu gembira atau bersedih dengan khabaran itu.

Terukir senyuman di bibir Izham.

" Terima kasih doktor, alhamdulillah syukur Ya Allah " .

Eryna menoleh ke arah Izham. Wajah lelaki itu sangat ceria.

" Sama-sama. Puan Eryna jangan lupa makan vitamin yang saya bagi tu ya. Ingat, jangan lasak-lasak. Banyak bakal ibu muda macam puan keguguran kerana terlalu lasak. Encik pastikan isteri encik dalam keadaan tenang dan tidak stress kerana boleh menjejaskan kandungan " nasihat doktor itu lagi.

Eryna hanya mengangguk faham. Wajahnya tidak beriak.

???

" Sayang, lepas ni sayang kena jaga kandungan sayang baik-baik. Jangan buat kerja berat-berat. Nanti abang carikan pembantu rumah untuk rumah kita " .

Eryna merenung ke luar tingkap kereta. Sedikit pun dia tidak memandang ke arah Izham.

" Buat apa awak buat semua tu untuk saya? Awak tak perlu pun buat semua tu untuk saya " .

Izham tergamam.

" Eryn, Eryn isteri abang. Mestilah abang sanggup buat apa saja untuk Eryn " .

" Kita kan dah nak bercerai tak lama lagi " .

Izham terus memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia harus selesaikan baik-baik dengan Eryna.

" Eryn, dengar sini. Abang tak nak kita bercerai. Percayalah, abang dah berubah. Abang takkan ulang kesalahan yang sama. Abang menyesal dengan apa yang abang dah buat " .

" Kepercayaan ibarat kertas. Sekali awak renyukkan, tak akan sempurna semula seperti dulu " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience