Part 30

Romance Completed 28900

Mata Eryna tidak boleh lelap. Badannya di pusing sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.

Eryna memandang ke arah siling. Tiba-tiba tekaknya ingin makan ais krim. Aduhh baby, kenapalah tiba-tiba jer nak makan ais krim ni? Perutnya yang masih kempis di usap perlahan.

" Nak bagi tahu Izham ke tak ea? Tapi tekak ni betul-betul nak makan ais krim. Alah anak dia yang nak, bukannya aku " Eryna terus melangkah ke bilik Izham.

Pintu bilik diketuk. Namun tiada jawapan. Pasti Izham sudah tidur. Jam sudah menunjukkan pukul 3.45 pagi.

Eryna terus melangkah ke dalam bilik Izham. Mujur pintu tidak berkunci.

Izham sedang lena tidur sambil memeluk bantal peluk. Eryna melangkah merapati Izham. Tiba-tiba dia rindukan Izham.

Wajah Izham ditatap lama. Jari-jemarinya bermain dengan rambut Izham. Argh rindunya!

Izham terjaga daripada lenanya.

" Eryn? " soalnya dengan suara serak.

Eryna cepat-cepat menjauhi Izham.

" Saya nak... " .

" Nak apa? " Izham bangun dari pembaringannya.

Dia merenung Eryna.

" Saya nak makan ais krim " jawab Eryna.

" Ais krim? Eryn mengidam ea? " soal Izham sambil tersenyum kecil.

Eryna hanya mengangguk.

" Okay takpa, abang pergi beli sekejap. Eryn tunggu kat rumah. Tidur dulu, nanti dah balik abang kejut. Okay? " .

" Okay " Eryna terus keluar daripada bilik Izham.

Mujur Izham mahu mencari ais krim untuknya.

???

Izham memberhentikan keretanya di hadapan 7 eleven. Nasib baik 7 eleven buka 24 jam. Kalau tak mana dia mahu mencari ais krim waktu-waktu begini?

Kakinya melangkah masuk ke dalam kedai itu. Izham melihat satu persatu jenis ais krim di dalam peti sejuk. Terlalu banyak perisa. Dia tidak tahu Eryna mahukan perisa apa.

Akhirnya Izham membuat keputusan untuk membeli semua jenis perisa. Tidak mengapalah jika dia menghabiskan duitnya untuk Eryna. Asalkan Eryna gembira.

???

Izham melangkah masuk ke bilik Eryna. Dia melihat Eryna lena tidur. Langkah diatur merapati Eryna.

" Sayang, bangun. Kita makan ais krim. Abang dah belikan " kejutnya lembut.

Eryna terjaga. Dia tersenyum melihat plastik di tangan Izham.

" Ada? " soalnya.

" Ada sayang. Abang tak tahu nak beli perisa apa, so abang beli lah semua perisa " .

Eryna tersenyum lebar. Dia mengambil plastik yang berisi beberapa mangkuk ais krim.

" Sedapnya semua perisa " ujarnya gembira.

" Jom kita makan kat dapur " ajak Izham.

Eryna mengangguk setuju. Dia sudah tidak sabar-sabar mahu makan ais krim itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience