Part 2.

Romance Completed 28892

Selesai mandi, Eryna duduk seketika di birai katil. Dia termenung sendirian. Rasa tidak percaya pula dirinya sudah berkahwin dengan Izham. Sekejap sahaja masa berlalu.

Tok..tok..

Pintu biliknya diketuk.

" Masuk " jawab Eryna.

Puan Habibah menolak perlahan pintu bilik anak bongsunya itu.

" Boleh mama masuk? " soalnya.

" Masuklah ma " jawab Eryna.

Dia terus melangkah masuk. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Eryna.

" Bahagia mama tengok anak mama ni. Mama doakan semoga rumah tangga Eryn dan Izham berkekalan hingga ke syurga " .

" Insya Allah ma. Eryn pun harap macam tu " .

" Eryn kena ingat, dugaan rumah tangga ni kita tak boleh duga. Eryn kena kuat walau apa pun yang jadi. Jangan buat keputusan yang terburu-buru " pesan Puan Habibah.

Eryna mengangguk faham.

" Terima kasih mama sebab restu perkahwinan Eryn dengan Izham " .

" Sama-sama sayang. Selagi benda tu membuatkan anak mama ni happy, mama tak akan halang. Mama yakin Izham akan jadi suami yang terbaik untuk Eryn " .

" Lepas ni Eryn kena berdikari. Kena tinggal dengan suami. Dah tak duduk dengan mama lagi " sambung Puan Habibah.

Dia juga sedih mahu melepaskan satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

" Mama, janganlah cakap macam tu. Eryn kalau boleh tak nak pindah tau. Tapi nak buat macam mana, Eryn kena ikut suami. Eryn janji Eryn akan selalu datang rumah mama. Lagipun dekat jer kan. Cuma Eryn dah tak duduk sekali dengan mama jer " .

Puan Habibah mengangguk. Mujur sahaja mereka masih tinggal di negeri yang sama iaitu Melaka. Cuma tempat sahaja yang berbeza. Izham sudah membeli rumah berhampiran dengan tempat kerjanya. Jadi dia akan pindah tinggal dengan suaminya itu.

" Jaga diri baik-baik nanti. Makan pakai suami semuanya tanggungjawab Eryn. Jangan abaikan pulak ya " .

" Alright mama. Eryn ni setakat nak masak benda simple-simple tu reti lah. Kalau masak yang special ni manalah Eryn tahu sangat " .

" Takpa. Nanti boleh belajar. At least anak mama ni reti juga memasak " .

Walaupun Eryna lahir dalam keluarga yang senang, Puan Habibah tetap mengajar anaknya itu membuat kerja rumah.

Hidup dalam keluarga yang berada bukan alasan untuk tidak membuat kerja rumah. Biarpun ada pembantu rumah, mereka sekeluarga masih melakukan kerja rumah. Tanpa mengharapkan semuanya pada orang gaji mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience