Part 10.

Romance Completed 28892

Farah menghempaskan tubuhnya di atas katil. Pertemuannya dengan Izham tadi bermain di mindanya.

Sudah lama dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Tahu-tahu saja dia sudah berkahwin. Isterinya cantik sekali. Nampak benar Izham bahagia tanpanya di sisi.

Bukan sengaja dia memutuskan hubungannya dengan Izham dulu. Dia terpaksa kerana kawan baiknya sendiri suka pada Izham. Dia sayangkan persahabatannya dan akhirnya dia membuat keputusan untuk memutuskan sahaja hubungan mereka.

Betapa marahnya Izham pada dia ketika itu. Farah terpaksa menggunakan alasan dia sudah mempunyai lelaki lain.

Farah membuka laci almari pakaiannya. Dikeluarkan sebuah album berwarna merah jambu. Album itu diselak satu persatu.

Air matanya mengalir perlahan saat melihat gambar dia dan Izham dahulu. Bahagianya dia ketika itu.

" Saya doakan awak bahagia Izham. Saya redha andai awak bukan jodoh saya " katanya perlahan.

Farah bingkas bangun mengambil wudhuk. Dia tidak boleh bersedih. Dia harus menerima takdir yang Allah telah tetapkan.

???

Eryna melangkah masuk ke dalam bilik. Dia tersenyum sendiri melihat sejambak bunga mawar merah di atas meja soleknya.

Dicium bunga segar itu seketika. Sekeping kad yang terselit pada bunga itu dibaca.

For you my love.
I love you so much.

- Your husband ??-

Berbunga-bunga hati Eryna membaca kad itu. Dia tidak sangka Izham lelaki yang sangat romantik.

" Suka? " soal Izham di muka pintu bilik.

Eryna menoleh ke arah Izham.

" Suka. Suka sangat. Abang tahu tak, bunga mawar merah ni bunga favourite Eryn. Lagi-lagi bunga ni masih segar " jawab Eryna teruja.

Izham tersenyum lebar.

" Baguslah kalau Eryn suka. Kalau macam tu, hari-hari abang belikan untuk Eryn " .

" Eh tak payah lah bang. Menbazir duit abang jer nanti " .

" Anything for you sayang. Asalkan benda tu buat sayang happy, abang tak kisah. Lagipun apa salahnya abang habiskan duit untuk wife abang kan? " .

" Thank you abang. Eryn suka sangat bunga ni, cantik " Eryna mencium bunga itu lagi.

" Cantik macam Eryna abang lah " puji Izham.

Rambut Eryna diselak ke tepi.

" Ada-ada jer abang ni lah " .

Mereka berdua ketawa serentak.

???

" Amboi pengantin baru ni, tersenyum lebar sampai ke telinga " tegur Nadia sebaik Eryna melangkah masuk ke dalam pejabat.

Eryna ketawa kecil.

" Biasalah orang bahagia " jawab Eryna selamba.

" Untunglah dah ada suami. Kita ni bayang jodoh pun tak nampak lagi " .

" Hishh mengada sangat kau ni. Nanti ada lah tu " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience