Part 35 (ENDING)

Romance Completed 28892

Izham terus berlari ke bilik Eryna apabila mendengar Eryna menjerit kuat.

" Eryn, kenapa ni? " Izham mengejut Eryna yang sedang meracau-racau.

Mungkin mimpi buruk. Teka Izham.

Eryna terjaga. Dia terus memeluk Izham.

" Awak jangan tinggalkan saya " .

" Ya ya abang ada kat sini. Tak akan tinggalkan Eryn " Izham mengusap belakang Eryna.

" Eryn mimpi buruk? " soalnya.

Eryna mengangguk perlahan.

" Mimpi apa? " soal Izham. Dia menyelak rambut Eryna yang menutup wajahnya.

" Arghhh " Eryna memegang perutnya.

Betul-betul sakit. Dia tidak merasakan sakit sebegini. Mungkin sudah sampai masa untuk dia bersalin.

" Eryn dah nak bersalin ke? " soal Izham.

Eryna mengangguk laju. Izham terus mencempung tubuh Eryna lalu dibawa masuk ke dalam kereta. Keretanya dipandu laju menuju ke hospital.

???

2 tahun kemudian...

Eryna memimpin tangan kecil Mawar. Masa berlalu pantas. Kini anaknya itu sudah berusia dua tahun.

" Kat sini rupanya sayang-sayang papa" Izham melangkah ke arah Eryna dan Mawar.

Eryna tersenyum. Dia bersyukur dia dan Izham tidak jadi berpisah. Semua ini rancangan Allah.

Kadang-kadang memaafkan itu lebih baik daripada terus berdendam. Semua orang layak diberi peluang kedua.

" Sayang " panggil Izham lembut.

" Ya? " .

" Walaupun sayang bukan cinta pertama abang, sayang cinta terakhir abang. Hanya sayang yang bertakhta di hati abang " ucapnya.

" I love you abang " .

" I love you more sayang " pinggang Eryna dirangkul erat.

Terima kasih Allah atas kebahagiaan yang kau berikan ini. Aku bahagia berada di sisi Izham dan Mawar. Aku dan Izham memberi nama Mawar kerana aku terlalu obses dengan bunga mawar merah.

Kini kebahagiaan milik aku bersama keluarga kecil aku. Semoga kebahagiaan ini milikku selamanya.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience