Part 13.

Romance Completed 28900

Izham membantu pakcik saudaranya memasang khemah di hadapan rumahnya. Empat buah khemah di dirikan di hadapan rumahnya.

Eryna yang sedang memotong ayam sesekali menjeling sekilas ke arah suaminya. Dia tersenyum sendiri.

" Mak, terima kasih tau untuk semua ni. Eryn happy sangat " kata Eryna gembira.

Puan Sarimah tersenyum kecil.

" Eryn, Eryn lah satu-satunya menantu perempuan mak. Mak dah tak ada dah menantu perempuan lain. Semua ni mak buat untuk Eryn " .

Abang Long Izham sampai sekarang masih belum berkahwin kerana terlalu sibuk dengan kerja. Umurnya sudah mencecah 35 tahun. Bila ditanya soal kahwin, katanya lebih selesa hidup sendirian.

Dulu pernah dia bertunang, lagi dua minggu mahu berkahwin tunangnya meninggal dunia kerana dilanggar oleh sebuah lori ketika ingin melintas
Dia sendiri menyaksikan kejadian itu di depan matanya. Itu yang membuatkan dia trauma.

" Cantiknya menantu kau Imah. Beruntung Izham dapat bini cantik macam ni " puji Mak Ngah.

" Eh tak adalah mak ngah. Eryn biasa-biasa jer " jawab Eryna rendah diri.

Walhal dalam hatinya sudah kembang apabila dipuji.

" Memanglah cantik. Tengoklah menantu siapa kan? " gurau Puan Sarimah.

Eryna hanya ketawa. Puan Sarimah nampak sahaja tegas tapi di dalam hatinya ada taman. Masih boleh diajak bergurau.

" Eryn, tolong hantar ayam ni kat dapur. Ni mak asingkan untuk Izham panggang sekejap lagi" Puan Sarimah menghulurkan sebesen ayam mentah pada Eryna.

" Larat tak? " soal Puan Sarimah.

Risau pula kalau-kalau menantunya itu tidak larat mengangkat besen kecil yang diisi dengan beberapa ketul ayam.

" Boleh mak. Tak berat sangat pun " jawab Eryna.

Puan Sarimah mengangguk. Eryna pula sudah melangkah masuk ke dapur sambil membawa besen itu.

" Eryn " panggil Haris, sepupu Izham.

Eryna menoleh.

" Ya? " .

" Mari sini saya bawak besen ni masuk dapur. Berat ni. Kesian awak nak bawak. Awak kan perempuan mana boleh angkat berat-berat macam ni " besen di tangan Eryna dirampasnya.

" Terima kasih Haris. By the way besen ni tak ada lah berat sangat pun. Okay jer Eryn bawak " .

Haris tersenyum lebar.

" Sama-sama " jawabnya.

Haris sempat mengenyitkan matanya pada Eryna sebelum berlalu masuk ke dapur.

Sudah lama dia memendam perasaannya pada Eryna. Tapi nak buat macam mana, Eryna sudah sah menjadi isteri sepupunya.

Dia dan Eryna sudah lama kenal sejak di universiti lagi. Mereka belajar di universiti yang sama cuma kos yang berbeza.

Tanpa disedari mereka, ada mata yang memandang dengan perasaan geram dan cemburu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience