Part 34.

Romance Completed 28900

Izham mengambil tangan Eryna lalu diletakkan di dadanya.

" Abang nak Eryn tahu dalam hati abang hanya ada Eryn seorang. Tak ada yang lain. Allah sahaja yang tahu betapa abang cintakan Eryn. Abang mengaku abang pernah lukakan hati Eryn tapi percayalah abang betul-betul menyesal " luah Izham.

Eryna menarik semula tangannya.

" Dah lah saya nak pergi dapur. Nak tolong mana yang patut " dia terus berlalu keluar daripada bilik.

Dia tidak mahu berlama-lama di situ. Takut nanti dia sendiri yang akan mengubah fikiran. Kelak dia sendiri yang akan terluka.

Izham mengeluh perlahan.

???

" Keras betul hati kau kan Eryn " tegur Nadia.

" Aku berjaga-jaga Nad. Nanti aku sendiri yang terluka " balas Eryna.

" Tapi Izham tu dah berubah kan. Tak salah kalau kau beri dia peluang " .

" Sekali dia tipu aku, aku dah susah nak percaya. Entahlah Nad. Hati aku masih sayang pada dia tapi aku sendiri berkeras untuk berpisah dengan dia " .

" Aku cuma mampu nasihatkan kau jer. Jangan nanti kau menyesal. Cerai ni bukan perkara yang main-main. Memang peluang kedua tak seindah peluang pertama, tapi manusia ni sentiasa buat kesilapan. Kita tak sempurna Eryn. Kau, aku, Izham semua pernah buat kesilapan. Tak salah kalau kau maafkan dia dan lupakan semua benda yang pernah terjadi " nasihat Nadia panjang lebar.

Sebagai seorang kawan dia tidak mahu rumah tangga Eryna musnah. Dia hanya mampu nasihat. Selebihnya diserahkan pada Eryna sendiri untuk membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya sendiri.

???

Sedar tidak sedar, kandungan Eryna sudah pun mencecah 9 bulan. Kini dia hanya menanti hari untuk bersalin.

Izham mengambil kesempatan hari-hari terakhir bersama dengan Eryna. Dia sudah puas memujuk namun Eryna tetap dengan keputusannya. Apa lagi yang Izham mampu buat selain redha.

Eryna berjalan sendirian di taman. Dia mengusap-usap perutnya yang sudah memboyot itu.

Tiba-tiba dia melihat beberapa orang lelaki menikam Izham bertubi-tubi.

Eryna menjerit meminta pertolongan.

" Tolong! " jeritnya.

Beberapa orang lelaki itu terus beredar daripada taman itu.

Eryna terkocoh-kocoh mendapatkan Izham. Dengan keadaannya yang begitu agak sukar untuk Eryna bergerak pantas.

" Awak bangun ! Jangan tinggalkan saya " Eryna memangku kepala Izham.

" Er...Ery..Eryn...jaga anak kita baik-baik...abang minta maaf sebab tak dapat bahagiakan Eryn...abang cintakan Eryn sangat-sangat.... " .

Wajah Eryna sudah basah dengan air mata.

" Awak kena bertahan ! Jangan tinggalkan saya... " .

Serentak dengan itu Izham menghembuskan nafas terakhirnya.

" Izham! " laung Eryna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience