Part 14.

Romance Completed 28900

Selepas makan tengahari tadi, Izham terus masuk ke dalam bilik. Katanya dia ingin berehat seketika kerana penat memasang khemah sebentar tadi.

Eryna masuk ke bilik sekejap kerana ingin melihat keadaan Izham. Manalah tahu kot-kot suaminya itu tidak sihat.

Pintu bilik ditolak perlahan. Eryna melangkah masuk ke dalam bilik.

Dia melihat Izham sedang baring di atas katil sambil bermain game di telefon bimbitnya.

" Abang okay? Mak cakap abang masuk bilik sebab nak rehat tadi " soal Eryna.

" Hmm " jawab Izham.

" Hmm? Hmm tu maksudnya okay ke tak? " soal Eryna.

" Entah " jawab Izham acuh tak acuh.

Eryna melabuhkan punggung di birai katil.

" Kenapa ni? " soalnya.

Izham diam. Dia tidak menjawab langsung pertanyaan Eryna.

" Takpalah kalau abang tak nak cakap
Eryn keluar dulu " baru Eryna hendak mengangkat punggung, Izham menarik tangannya.

Eryna menoleh ke arah Izham. Dia mengangkat keningnya.

" Haris tu kenapa? Sibuk sangat dengan Eryn. Eryn pun layan jer kan".

Eryna menahan tawanya melihat wajah cemberut Izham. Kes cemburu rupanya.

" Abang, dia kan sepupu abang. Kalau Eryn tak layan dia apa pulak kata ahli keluarga abang yang lain. Lagipun Haris tu dah lama kenal Eryn. Eryn anggap dia sebagai kawan jer, tak lebih daripada tu pun " terang Eryna.

" Betul ni? " soal Izham.

Eryna mengangguk.

" Iya betul. Buat apa abang nak jealous, Eryn kan sayang abang seorang jer " .

Bibir Izham terukir senyuman apabila mendengar kata-kata Eryna.

" Mengada jer abang ni nak jealous bagai. Tapi takpa, cemburu kan tandanya sayang " pipi Izham dicuit.

" Eii perasannya budak kecil ni " pinggang Eryna digeletek oleh Izham.

" Abang stop. Geli lah " Eryna cuba meloloskan dirinya daripada Izham.

Entah mana silapnya mereka berdua terus terjatuh daripada katil. Eryna selamat kerana jatuh di atas Izham.

" Aduhh " .

Mereka saling berpandangan seketika serentak dengan itu mereka ketawa terbahak-bahak.

???

Hari yang dinantikan tiba jua. Hari ini akan berlangsungnya majlis persandingan Izham dan Eryna. Mereka memilih tema berwarna hijau emerald.

Izham dan Eryna nampak sangat kacak dan cantik dengan menggayakan pakaian daripada songket.

Majlis yang di adakan meriah dengan kehadiran orang kampung dan saudara-mara Izham dan Eryna. Kawan-kawan mereka juga hadir meraikan mereka.

Persembahan silat dan persembahan tarian juga menambahkan lagi kemeriahan majlis mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience