Part 9.

Romance Completed 28900

Akhirnya Eryna membuat keputusan untuk makan di luar sahaja bersama Izham. Sempat mereka singgah di pasar raya untuk membeli barang dapur yang tiada.

" Sedap tak? " soal Izham.

Sejak daripada tadi dia hanya memerhati Eryna makan. Penuh berselera isterinya itu menikmati nasi goreng pataya.

" Sedap sangat. Perut Eryn pun tengah lapar ni. Abang kenapa tak makan? " soal Eryna.

" Tengok sayang makan pun abang dah kenyang " usik Izham.

" Elehh poyo sangat. Makan lah. Sejuk nanti bihun tomyam tu " .

" Iyalah abang makan " .

Izham terus menikmati bihun tomyam yang di pesannya itu.

" Abang nak pergi bayar kat kaunter sekejap " beritahu Izham.

" Okay " Eryna mengangguk.

Dia menyedut jus oren di dalam gelasnya. Izham pula sudah melangkah ke kaunter pembayaran.

" Izham " tegur seorang perempuan.

Izham menoleh.

" Farah? " .

Gadis itu tersenyum.

" Masih ingat saya? " soal gadis itu.

Izham mengeluh perlahan.

" Buat apa kat sini? " soal Izham.

" Saya datang nak makan lah. Awak? Datang dengan siapa? " soal Farah pula.

" Dengan my wife " jawab Izham ringkas.

Farah terdiam seketika.

" Tahniah Izham. Saya doakan awak bahagia dengan isteri awak " ucap Farah.

Izham mengangguk.

" Thanks. Okaylah saya kena pergi dulu. Wife saya dah lama tunggu " .

" Okay. Sampaikan salam saya pada dia ya? " .

Izham sekadar mengangguk lalu terus berlalu daripada kaunter pembayaran itu.

Farah hanya memerhati langkah Izham. Dia melihat Izham bergelak ketawa dengan seorang perempuan. Pasti itu isterinya. Cantik.

" Cik, nak bayar ke? " soal pekerja di kaunter pembayaran itu.

Farah tersentak.

" Haa iya saya nak bayar " jawab Farah.

Sempat dia menjeling sekilas ke arah Izham dan isterinya yang sudah melangkah keluar daripada restoran itu.

???

" Abang borak dengan siapa tadi? " soal Eryna sebaik masuk ke dalam kereta.

" Oh tu kawan lama abang. Dia kirim salam dekat sayang tadi " beritahu Izham.

" Waalaikumsalam. Kenapa tak kenalkan Eryn dengan dia? " .

" Dia nak balik dah tadi. Nantilah abang kenalkan ea " .

Eryna mengangguk.

" Okay. Eryn fikir abang berborak dengan siapa lah tadi " .

" Kenapa? Cemburu? " Izham tersenyum nakal.

" Iyalah mana tahu abang borak dengan bekas kekasih ke kan " .

Izham terdiam.

" Kan abang? " soal Eryna lagi.

" Ha?...iyalah betul lah tu " tergagap-gagap Izham menjawab.

" Ke memang bekas kekasih abang ni?" soal Eryna curiga.

" Eh..mana ada. Memang dia kawan abang lah " .

" Eryn tahu. Gurau jer " Eryna ketawa kecil.

Izham tersenyum kelat. Mujur sahaja dia tidak terlepas cakap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience