Part 29.

Romance Completed 28900

" Eryn abang dah tak tahu nak buat lagi untuk percayakan Eryn. Tapi tolonglah, beri abang peluang. Eryn nak ke anak kita dilahirkan tanpa seorang ayah? " .

Eryna mengetap bibirnya.

" Saya lebih rela. Daripada saya tersiksa dengan perasaan saya sendiri".

" Jadi Eryn dah fikir masak-masak untuk kita berpisah? " soal Izham.

" Dah. Saya dah fikir. Dan apa yang saya buat ni untuk kebaikan saya jugak " .

" Abang...abang terima keputusan Eryn. Kalau itu yang dapat buatkan Eryn bahagia. Abang terima keputusan Eryn. Tapi ada satu syarat".

" Apa dia? " soal Eryna.

" Izinkan abang jaga Eryn sampai Eryn bersalin. Lepas tu abang akan tunaikan permintaan Eryn dan abang tak akan halang kalau Eryn nak bawak anak kita pergi sekali. Tapi tolong izinkan abang jaga Eryn. Boleh? " .

Eryna diam seketika.

" Okay boleh. Tapi pastikan awak tunaikan janji awak " akhirnya dia setuju.

Izham mengangguk perlahan.

" Iya abang akan tunaikan " .

Berat hatinya untuk berpisah dengan Eryna. Tapi kerana kesilapannya dia harus hormat dengan keputusan Eryna. Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya dia masih ada waktu bersama dengan Eryna lagi.

???

Eryna termenung sendirian. Fikirannya buntu memikirkan tentang masa depannya nanti. Kuatkah dia untuk membesarkan anaknya sendirian nanti?

Air matanya mengalir perlahan. Bukan ini yang dia mahukan. Raut wajah Izham bermain di matanya.

Benarkah lelaki itu sudah benar-benar berubah? Atau dia hanya kasihankan Eryna kerana dia mengandung? Segala persoalan yang tiada jawapan. Eryna buntu.

" Andai perpisahan jalan yang terbaik, kuat kan aku Ya Allah " .

???

" Kau biar betul Eryn? " soal Nadia seakan tidak percaya.

" Betul lah. Aku dah buat keputusan. Lepas jer aku bersalin, Izham akan ceraikan aku " .

" Eryn, cerai bukan perkara main-main tau. Macam mana dengan anak kau nanti? Kau tak boleh pentingkan diri kau Eryn. Kau kena fikir anak kau nanti. Kau nak dia dibesarkan tanpa seorang ayah? " .

" Aku takkan halang Izham jumpa anak dia Nad. Dia masih boleh jumpa anak dia " .

" Tapi tak sama Eryn " .

" Nad, yang terlukanya aku tau. Orang lain takkan faham. Sakitnya, hancurnya hati aku. Tak ada siapa yang akan faham " .

" Takpalah Eryn. Dah itu keputusan kau kan. Aku harap kau tak menyesal dengan keputusan kau di kemudian hari " .

Eryna diam. Haruskah dia menyesal dengan keputusannya sendiri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience