Part 21.

Romance Completed 28892

Selepas pulang daripada kerja, Eryna terus memandu keretanya ke rumah mak mertuanya. Izham tiada kerana pergi outstation. Sempat Izham berpesan padanya agar tidak tinggal di rumah sendirian.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam. Eryn, Ya Allah budak bertuah ni datang tak beritahu" Puan Sarimah terkocoh-kocoh membuka pintu.

Eryn tersenyum kecil. Dia menyalami tangan ibu mertuanya itu.

" Mak sihat? " soalnya ramah.

" Alhamdulillah sihat. Kamu datang seorang jer ke? " .

" Ha'ah mak. Abang Izham pergi outstation " .

Puan Sarimah mengangguk faham.

" Dah mari masuk " ajak Puan Sarimah.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.

Eryna membantu Puan Sarimah membancuh air teh o untuk minum petang. Puan Sarimah pula sibuk menggoreng karipap yang dibuatnya pagi tadi.

" Kau orang berdua macam mana? " soal Puan Sarimah tiba-tiba.

Eryna yang ralit termenung itu tidak menjawab. Dia sendiri tidak mendengar soalan Puan Sarimah kerana asyik termenung. Tangannya mengacau-ngacau air di dalam teko.

" Eryn " panggil Puan Sarimah.

Kali ini suaranya dikuatkan sikit.

Eryna tersentak daripada lamunanya.

" Ya mak? Mak cakap apa tadi? " soalnya.

" Mak tanya kau orang berdua macam mana sekarang? Okay tak? Jauhnya kamu termenung ya " .

Eryna termalu sendiri.

" Kita orang okay jer mak. Tak ada masalah pun " jawab Eryna.

" Baguslah kalau macam tu. Kalau ada masalah pun, bincang baik-baik. Jangan buat keputusan melulu ya? " .

Eryna mengangguk faham. Entah kenapa sejak dua menjak ini dia dapat rasakan Izham sudah berubah. Lelaki itu selalu sibuk dengan telefonnya. Entah siapa dia hubungi Eryna sendiri tak pasti.

Izham juga selalu pulang lambat ke rumah. Makanan yang Eryna masak juga kadang-kadang sahaja dia menjamahnya.

Tipulah jika dia tidak terasa hati dengan sikap Izham. Tapi dia tidak mahu mencetuskan pergaduhan antara mereka. Selagi dia boleh bertahan, dia akan bertahan.

???

" Terima kasih awak sebab hantarkan saya ke klinik " ucap Farah.

Izham mengangguk. Tadi ketika dia pulang daripada restoran, dia melihat Farah sudah terduduk di tepi jalan kerana kakinya terseliuh. Jadi dia terus membawa Farah ke klinik berhampiran.

" Sama-sama. Awak ni lain kali telefon lah saya. Nasib baik saya nampak tadi. Kalau tak, macam mana? " .

Farah tersenyum kecil. Izham masih sama seperti dulu. Caring.

" Iya Izham. Saya bukan apa, saya tak nak lah ganggu awak " .

" Farah, awak tak perlu cakap macam tu. Awak tak pernah ganggu saya pun. Kalau awak perlukan pertolongan saya, awak telefon jer saya. Okay? " .

Farah mengangguk faham. Hubungannya dengan Izham semakin lama semakin baik. Sayangnya pada Izham muncul kembali.

Nadia yang kebetulan lalu di situ ternampak mereka berdua.

" Itu macam Izham. Siapa perempuan tu? " soalnya sendirian.

Cepat-cepat dia sembunyi apabila Izham memandang ke arahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience