Part 19.

Romance Completed 28892

" Pergi mana tadi Farah? " soal Syafa sebaik Farah melangkah masuk ke dalam butik.

" Farah jumpa kawan sekejap tadi " jawab Farah.

Syafa adalah rakan kongsi Farah. Mereka sama-sama mendirikan butik pakaian muslimah sejak dua tahun lepas. Syafa sudah menganggap Farah sebagai adiknya sendiri.

" Kawan special ke? " usik Syafa.

Farah ketawa kecil.

" Dulu special lah sekarang tak lagi. Dia dah kahwin " cerita Farah.

Syafa mengangkat keningnya.

" Siapa? " .

" Bekas kekasih Farah. Dah lama dah kita orang putus. Dah nak dekat setahun dia berkahwin. Semalam Farah mimpikan dia. Tu yang Farah datang jumpa dia " .

" Kenapa putus dulu? " .

" Tak ada jodoh Syafa. Nak buat macam mana kan. Farah redha jer lah" .

" Oh jadi tu sebab sampai sekarang Farah tutup hati Farah untuk lelaki? " teka Syafa.

Farah diam. Entahlah. Dia sendiri tiada jawapan untuk pertanyaan Syafa.

" Cuba Farah cerita dengan Syafa daripada awal kenapa Farah putus dengan dia? " .

" Benda dah lepas lah Syafa. Dia dah kahwin dah pun " .

" Farah, Syafa cuma nak tahu jer " .

Farah menarik nafas seketika sebelum bercerita.

" Sebenarnya Farah putus dengan dia sebab kawan baik Farah sendiri suka dengan dia. Farah bagi alasan pada Izham, Farah dah jumpa lelaki lain. Farah terpaksa menipu. Farah tak nak kawan baik Farah kecil hati dengan Farah disebabkan Farah ada hubungan dengan Izham " cerita Farah panjang lebar.

Syafa mengangguk faham.

" Sampai sekarang Izham tak tahu hal yang sebenar? " soalnya.

Farah menggeleng.

" Kenapa Farah tak nak jelaskan hal sebenar? " .

" Tak ada guna Syafa. Semuanya dah berakhir. Izham dah berkahwin dah pun " .

Syafa terdiam. Otaknya ligat memikirkan cara untuk membantu Farah walaupun Farah tidak meminta bantuannya.

???

Syafa menanti kedatangan Izham. Semalam ketika Farah ke tandas, Syafa mencuri-curi lihat alamat dan nombor telefon Izham di telefon bimbit Farah.

Dia tidak peduli jika Farah marah. Yang penting sekarang dia mahu membantu Farah dengan menjelaskan hal yang sebenar. Dia kesian dengan nasib Farah. Farah yang dia kenal memang suka mengalah dan redha saja dengan takdir Allah.

Kali ini Syafa tekad mahu membantu Farah. Izham harus tahu hal yang sebenar.

Syafa melihat jamnya. Sudah hampir 10 minit dia menanti Izham.

Syafa melambaikan tangannya ke arah Izham apabila melihat kelibat Izham yang sudah masuk ke dalam restoran.

Dia mengecam wajah lelaki itu. Kerana Farah ada menunjukkan gambar Izham padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience