Terukir senyuman di bibir Izham apabila mendengar jawapan Eryna.
" Terima kasih sayang. Abang janji akan jadi suami yang baik untuk Eryn dan tak akan pernah sakitkan hati Eryn " .
" Eryn percaya yang abang tak akan sakitkan hati Eryn " .
Izham mengusap lembut rambut Eryna. Sungguh dia sayangkan gadis itu.
???
" Jaga diri baik-baik ya. Nanti selalu lah datang sini jenguk mama dan papa " pesan Encik Razif.
" Insya Allah papa " jawab Eryna.
" Eryn jadi isteri yang baik. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap suami. Jangan melawan " pesan Puan Habibah pula.
" Iya mama Eryn ingat pesanan mama tu " .
Dia memeluk Puan Habibah seketika. Terasa sebak pula. Tidak pernah dia berjauhan dengan mama dan papa nya sebelum ini.
" Am, jaga anak papa baik-baik ya. Didik dia supaya jadi isteri yang baik. Kalau dia salah, tegur dia. Jangan sakitkan hati dia ya? " .
Izham mengangguk.
" Insya Allah papa. Am akan jadi suami yang baik untuk Eryn " .
Bahu menantunya itu ditepuk perlahan.
" Bro, jaga adik aku baik-baik ea. Dia memang nakal sikit kadang-kadang. Jangan kasar dengan dia dan yang paling penting jangan pernah sakitkan hati dia " pesan Emir pula.
Izham mengangguk faham pesanan abang iparnya itu. Dia tahu keluarga mertuanya itu benar-benar sayang pada Eryna.
Selepas bersalam dengan mama, papa dan abangnya Eryna meminta diri dahulu. Berat hatinya untuk meninggalkan rumah itu.
Izham pula sudah menghidupkan enjin kereta. Perlahan-lahan kereta mereka berlalu daripada situ. Sempat Izham membunyikan hon.
" Sedihnya bang saya nak lepaskan Eryn pergi " luah Puan Habibah.
" Bibah, Eryn tu dah besar. Dia dah ada suami. Kenalah ikut cakap suami. Awak tak payah lah risau, Izham ada. Abang yakin dia akan jaga Eryn baik-baik " pujuk Encik Razif.
" Saya harap macam tu lah bang " .
" Dah jom masuk " ajak Encik Razif.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah. Emir pula sudah lama menghilang masuk ke dalam rumah.
???
Sudah hampir 10 minit perjalanan namun sejak daripada tadi Eryna hanya diam. Dia merenung ke luar tingkap.
Izham yang sedang memandu menoleh sekilas ke arah isterinya itu.
" Sayang okay? " soalnya.
Eryna mengangguk perlahan.
" Abang tahu Eryn tengah sedih sebab berpisah dengan mama dan papa. Tapi kan sekarang Eryn dah jadi isteri abang. Tempat Eryn di sisi abang. Abang bukan nak putuskan hubungan Eryn dengan mama dan papa, tapi Eryn faham kan? " .
Share this novel