Part 8.

Romance Completed 28900

" Iya Eryn faham " jawab Eryna perlahan.

" Eryn sekarang di bawah tanggungjawab abang. Abang kena jaga Eryn. Eryn jangan risau, abang tak akan halang Eryn untuk pergi rumah mama lagi. Eryn nak pergi, pergi jer. Abang izinkan " .

" Betul? " soal Eryna.

Izham mengangguk kecil.

" Betul. Lagipun buat apa abang nak halang kan. Jarak rumah kita dengan mama ambil masa 30 minit jer. Bukannya jauh sangat " .

Eryna ketawa kecil. Dia yang terlebih emosi.

" Haa macam tu lah. Abang tak suka lah tengok Eryn monyok jer " .

" Sorry abang. Eryn terlebih emosi pulak " .

Izham ketawa. Ada-ada sahaja isterinya itu.

???

Izham memberhentikan keretanya di hadapan rumah banglo dua tingkat.

" Ni ke rumah abang? " soal Eryna.

" Yup. Tapi sekarang dah jadi rumah kita " .

Eryna ketawa kecil.

" Jom masuk " ajak Izham.

Mereka berdua turun daripada kereta.

Eryna terpegun melihat rumah banglo dua tingkat itu. Sangat cantik.

" Suka? " soal Izham.

" Suka sangat-sangat. Cantiknya rumah ni bang " .

" Mulai hari ni rumah ni jadi rumah kita. Dah dua tahun abang beli rumah ni. Selama dua tahun jugak abang tinggal seorang-seorang. Tapi mulai hari ni abang dah ada permaisuri kat rumah ni, iaitu sayang " pipi Eryna dicubit perlahan.

Eryna ketawa.

" Ada-ada jer abang ni. Kalau Eryn permaisuri, abang raja di hati Eryn " .

Izham ketawa terbahak-bahak.

" Chiaa...chiaa...chiaa ".

" Eii over tau abang ni. Memang kita nak duduk luar jer ea? Tak payah masuk rumah? " soal Eryna berbaur perlian.

" Ehh abang lupa. Jom permaisuri ku, kita masuk istana " gurau Izham.

Eryna mencebikkan bibirnya. Over sangat Izham ni.

???

Selesai mengemas barang, Eryna melabuhkan punggungnya di sofa. Sementara menanti Izham mandi, dia menonton televisyen dahulu.

Remote TV ditekan berulang kali. Tiada channel yang menarik perhatiannya. Kakinya diatur ke dapur. Sejak dari tadi dia tidak melihat lagi keadaan dapur rumah itu.

Eryna terpaku melihat keluasan dapur banglo itu. Walaupun Izham tinggal sendirian, keadaan rumahnya bersih dan teratur sahaja.

Peti sejuk dibuka untuk melihat barang-barang dapur yang boleh digunakan untuk masak makan malam nanti.

Namun hampa. Peti sejuk itu kosong sahaja. Hanya terdapat sekotak jus oren.

Eryna mengeluh perlahan.

" Macam mana nak masak kalau kosong jer peti? " bebelnya sendirian.

Almari kabinet dibuka pulak. Juga sama. Tiada apa-apa bahan. Nampak sangat selama ini Izham hanya makan di luar dan tidak pernah memasak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience