Part 17.

Romance Completed 28900

Sedar tidak sedar perkahwinan Izham dan Eryna sudah hampir mencecah setahun.

Eryna bahagia di samping suaminya itu. Begitu juga dengan Izham. Hari-harinya ceria sahaja dengan kehadiran Eryna.

Eryna melangkah masuk ke dalam pejabat. Dia tersenyum melihat sejambak bunga mawar merah di atas meja kerjanya. Siapa lagi pemberinya kalau bukan Izham.

Setiap hari Izham akan mengupah penghantar bunga untuk menghantarnya di pejabat Eryna. Dia tidak kisah berhabis duit untuk Eryna.

Bilik Eryna penuh dengan bunga. Kalau di jual semula bunga-bunga itu, dia sudah kaya agaknya. Terlalu banyak.

" Senyum seorang-seorang ni dah kenapa? " soal Nadia.

Eryna menoleh.

" Biarlah. Sibuk jer " .

" Amboii, sombong. Kau punya meja ni dah macam kedai bunga dah aku tengok. Ni kalau aku kumpulkan semua, aku dah boleh bukak kedai bunga " .

Eryna ketawa mendengar celoteh Nadia.

" Nanti bila kau dah kahwin dengan abang long, kau suruh lah dia bagi bunga hari-hari dekat kau " .

Jangan tak tahu. Nadia sekarang sudah menjalinkan hubungan dengan Abang Long. Pertemuan pertama mereka di majlis bertandang Eryna dan Izham telah membuahkan cinta du hati masing-masing.

Siapa sangka abang long sudah membuka hatinya semula untuk bercinta lagi.

" Tak kuasa aku. Baik aku suruh dia belikan coklat. Dapatlah aku makan. Bunga ni nak buat apa " Nadia mencebik.

" Makan jer lah yang kau tahu Nad. Jangan sampai gemuk sudah lah ya. Kau tu tak lama lagi dah nak jadi biras aku " .

" Iyalah aku tahu. Dah aku nak pergi buat kerja aku " .

" Haa eloklah tu. Aku pun malas nak layan kau. Ada jer nak diborakkan nanti " sakat Eryna.

Nadia menjeling geram. Lalu dia melangkah ke mejanya. Eryna hanya ketawa.

???

Tok...tok..

" Masuk " laung Izham dari dalam biliknya.

Mariana, PA Izham terus melangkah masuk.

" Maaf menganggu Encik Izham. Ada orang nak jumpa encik " beritahunya.

" Siapa? " soal Izham.

" Saya tak kenal lah pulak. Tapi dia tak ada buat sebarang appointment dengan encik " .

Izham berfikir seketika.

" Takpalah awak panggil jer dia masuk " arah Izham.

Mariana mengangguk. Dia keluar semula.

" Boleh saya masuk? " .

Izham menoleh ke muka pintu biliknya. Dia terkejut melihat gadis di hadapannya itu.

" Masuklah " jawab Izham.

Gadis itu terus melangkah masuk ke dalam bilik Izham. Dia melabuhkan punggungnya pada kerusi hadapan Izham.

" So kenapa awak datang sini Farah" soal Izham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience