Part 23.

Romance Completed 28892

Hancur luluh hati Eryna saat mendengar kata-kata yang keluar daripada bibir Izham.

" Apa semua ni abang? " soalnya.

Air matanya sudah gugur.

" Perempuan yang kita pernah jumpa dia dekat restoran dulu. Dia bukan kawan abang. Tapi dia bekas kekasih abang. Dia lah cinta pertama abang " .

Eryna memejamkan matanya. Berharap apa yang terjadi sekarang hanyalah mimpi semata.

" Abang masih cintakan dia? " .

Izham beku. Tidak mengangguk. Tidak juga menggeleng.

" Jawab abang. Jawab " desak Eryna.

Izham mengangguk perlahan.

" Jadi betul lah abang berubah disebabkan dia muncul semula dalam hidup abang kan? Ya Allah apa semua ni " Eryna meraup wajahnya.

Izham diam tidak berkutik.

???

Pagi itu sembab sahaja mata Eryna. Semalaman dia menangis. Menangis mengenangkan nasibnya.

Dia tertidur di bilik tetamu. Lagipun memang dia tidak mahu lagi tidur sebilik dengan Izham.

Setelah menyediakan sarapan untuk Izham, Eryna mendaki semula tangga ke tingkat atas. Walaupun dia masih marah pada Izham,dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Langkahnya terhenti pada anak tangga yang terakhir.

Izham memandang wajah Eryna. Muram sahaja. Matanya pula sembab. Pasti dia menangis semalaman. Tebak Izham.

Eryna terus melangkah masuk ke dalam bilik tetamu. Dia tidak mahu melihat wajah Izham lagi.

Izham mengeluh perlahan. Jatuh kasihannya melihat Eryna. Bukannya dia sudah tidak cinta lagi pada isterinya itu. Cuma dia sedang tersepit antara Eryna dan Farah.

???

" Eryna dah tahu " .

Farah terkejut mendengarnya

" Awak beritahu dia? " soal Farah.

" Sampai bila kita nak sembunyikan? Sampai bila Farah? Saya dah tak sanggup nak tipu Eryna lagi " .

" Izham, saya... ".

" Kita teruskan jer hubungan ni. Eryna sendiri dah tahu " .

" Tapi Izham saya tak sampai hati nak... " .

" Apa benda ni Farah? Awak sendiri yang datang semula dalam hidup saya. Awak rayu saya sampai saya jatuh cinta semula dengan awak. Sampai rumah tangga saya bergoyang. Sekarang ni awak cakap awak tak sanggup nak teruskan pulak. Awak nak mainkan hati saya? " .

" Tak Izham. Tak. Saya tak bermaksud macam tu pun. Cuma saya takut. Awak suami orang Izham, saya takut kalau orang tak boleh terima kelakuan saya " .

" Benda dah pun jadi Farah. Tak ada lagi. Eryna pun dah benci dengan saya" sayu saja suara Izham.

???

Hari minggu begini memang seronok jika menghabiskan waktu dengan membeli-belah. Nadia mengajak Eryna menemaninya membeli barang-barang persiapan perkahwinannya.

Dia tahu sahabatnya itu sedang berduka. Oleh kerana itu dia mengajak Eryna keluar untuk menghilangkan segala keserabutan di dalam kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience