Part 20

Romance Completed 28892

" Awak Syafa? " soal Izham sebaik tiba di meja yang Syafa duduk.

" Ya saya lah Syafa. Yang mesej awak malam tadi. Duduklah " .

Izham menarik kerusi di hadapan Syafa. Dia melabuhkan punggungnya di situ.

" Ada apa ya? " soal Izham.

Dia hairan apabila tiba-tiba seorang perempuan menghantar mesej melalui aplikasi whatsapp. Katanya ada hal penting yang hendak diberitahu.

" Pasal Farah. Saya rakan kongsi butik dia. Semalam dia ada ceritakan tentang awak pada saya Izham. Saya datang jumpa awak ni bukan disebabkan Farah. Tapi saya sendiri yang datang untuk beritahu hal yang sebenar " .

" Saya dah kahwin. Awak tahu kan? Hubungan saya dan Farah dah lama berakhir. Semuanya hanya tinggal kenangan " .

" Sabar Izham. Dengar apa yang saya nak cakapkan ni " .

" Okay, cakaplah " .

" Sebenarnya Farah putuskan hubungan dengan awak bukan kerana dia ada lelaki lain. Tapi kawan baik dia jatuh hati pada awak. Oleh sebab dia sayangkan persahabatan dia, dia putuskan hubungan dengan awak dan beri alasan dia ada lelaki lain " cerita Syafa.

Izham terdiam. Sampai begitu sekali.

" Niat saya bukannya nak hancurkan rumah tangga awak Izham. Tapi saya kesian dengan Farah. Sampai sekarang hanya awak di dalam hati dia. Walaupun dia tak cakap, tapi saya tahu dari riak wajah dia yang dia masih sayangkan awak. Kesianlah kat dia Izham " .

Izham masih diam. Selama ini dia pandang Farah sebagai seorang perempuan yang curang. Sungguh dia tidak sangka Farah sanggup berkorban demi sahabat baiknya.

" Macam ni lah Izham, awak fikirkan lah yang terbaik. Saya rasa tak salah kalau awak berkahwin lagi satu. Awak mampu. Saya cuma beri pendapat " .

Izham terkedu. Kahwin lagi satu? Eryna bagaimana? Sanggupkah dia bermadu?

???

" Assalamualaikum " Izham terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Kakinya diatur naik ke tingkat atas. Fikirannya tengah berserabut. Selalunya dia akan mencari Eryna dulu jika pulang. Tapi hari ini tidak.

Tubuhnya dihempaskan di atas katil. Tali leher dilonggarkan. Rambutnya diraup kasar. Pandangannya dihalakan ke arah siling.

Tiba-tiba sahaja dia teringatkan Farah. Sungguh dia tidak sangka Farah sebaik itu. Farah adalah cinta pertamanya bukan mudah untuk dia melupakan gadis itu.

Kemunculan Eryna di dalam hidupnya membuatkan dia lupa pada Farah. Dan sekarang ketika dia sudah bahagia bersama dengan Eryna, Farah muncul kembali.

Arghhh serabut. Antara cinta pertamanya dan isterinya yang mana satu bertakhta dihatinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience