Akhirnya berakhir juga majlis resepsi Izham dan Eryna yang berlangsung di hotel 5 star. Tepat jam 6.30 petang, mereka semua pulang ke rumah.
Eryna terus menukar baju. Rimas dia memakai gaun kembang itu seharian. Izham pula masih berbual dengan ahli keluarga Eryna.
Sebaik keluar daripada kamar mandi, Eryna melihat Izham sudah terlena di atas katil tanpa menukar lagi bajunya.
" Abang, abang " bahu Izham ditepuk perlahan.
" Hmm " jawab Izham.
Matanya masih belum dibuka. Penat sangat melayani tetamu agaknya.
" Abang bangun dulu. Mandi, solat dulu " .
Izham membuka matanya. Dia terus duduk.
" Sayang dah siap mandi ke? " soalnya.
" Dah. Eryn tunggu abang. Kita solat jemaah " .
Izham mengangguk. Tiba-tiba dia teringat. Eryna masih berhutang jawapan dengannya.
" Sayang tak jawab lagi soalan abang".
Eryna mengerutkan dahinya.
" Soalan yang mana? Eryn lupa lah yang mana satu " soalnya.
" Alah yang tadi " .
" Yelah tahu yang tadi. Tapi yang mana satu? " .
" Lelaki tadi. Dia siapa? " .
" Oh yang tu " baru Eryna ingat.
" Abang pergi mandi dulu. Lepas kita solat, Eryn beritahu. Tak baik lewat-lewatkan solat tau " .
" Alah sayang abang nak tahu sekarang " rengek Izham seperti anak kecil.
Eryna ketawa.
" Ya Allah buruknya muka buat macam tu. Abang pergi lah mandi dulu. Nanti Eryn cerita " .
" Janji ea? " .
" Iya janji " .
Izham terus mencapai tuala mandi yang dihulurkan oleh Eryna. Kakinya diatur ke kamar mandi.
Tiba-tiba dia berpatah balik.
" Janji tau. Tipu dosa " pesannya sebelum berlalu masuk ke dalam kamar mandi semula.
Eryna menggelengkan kepalanya. Ada sahaja Izham ni.
Dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Eryna juga tidak menyangka Hairi akan datang ke majlis perkahwinannya tadi.
Sudah lama dia tidak berjumpa lelaki itu. Hampir setahun. Dia cuma menjemput Hairi datang ke majlis perkahwinannya melalui fac sahaja.
???
Selepas menunaikan solat. Izham menadah tangan membacakan doa. Eryna tersentuh mendengar doa suaminya itu.
" Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunilah segala dosa-dosa aku, ibu bapa ku, dosa isteriku, dosa-dosa ahli keluargaku, muslimin dan musliman, mukminin dan mukminan. Kau berilah kebahagiaan buat aku sekeluarga. Kau rahmatilah perkahwinan aku Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhanku semoga rumah tangga aku dan isteriku akan kekal hingga ke syurga. Tetapkan lah hati aku hanya untuk isteri ku Ya Allah. Aamin Ya Rabbal A'lamin " .
Share this novel