Part 22.

Romance Completed 28900

" Aku tak percaya lah Nad. Izham tak kan buat aku macam tu " .

Eryna seboleh-bolehnya menyangkal dakwaan Nadia yang dia melihat Izham bermain kayu tiga di belakangnya.

" Eryn, aku nampak dengan mata aku sendiri tau. Bukan dengar daripada mulut orang lain. Cuma aku tak sempat nak tangkap gambar jer waktu tu " jelas Nadia lagi.

" Tak. Aku rasa mungkin kau salah orang. Nad, Izham tak akan curang dengan aku. Dia bukan lelaki yang macam tu " .

" Lelaki ni bukannya kita boleh percaya sangat Eryn. Aku beritahu kau ni bukannya sebab aku nak hancurkan rumah tangga kau. Tapi aku nak beritahu kau apa yang aku nampak dengan mata aku sendiri. Takkan lah aku nak buat cerita " .

Eryna diam. Benarkah apa yang Nadia katakan? Kenapa Izham perlu buat dia begitu? Apa salahnya pada Izham sehingga Izham tega berlaku curang padanya?

???

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 9.45 malam. Izham masih belum pulang lagi. Selalunya petang dia sudah pulang daripada pejabat.

Eryna masih setia menanti di ruang tamu. Matanya saja yang menghadap televisyen tapi fikirannya melayang memikirkan keadaan rumah tangganya.

" Assalamualaikum " .

Eryna cepat-cepat bangun dan berlalu ke muka pintu untuk menyambut Izham pulang.

" Waalaikumsalam " tangan Izham di salam hormat.

" Lambat abang balik? " .

Izham hanya tersenyum malas sebelum berlalu ke tingkat atas.

Panas sahaja hati Eryna dengan perbuatan Izham. Eryna segera melangkah kakinya memanjat anak tangga.

Dia harus berbincang dengan Izham. Malam ini dia harus membuat perhitungan dengan lelaki itu.

" Abang we need to talk " .

Izham menoleh ke arah Eryna.

" Apa ni Eryn? Abang balik penat-penat " .

" Abang ni kenapa? Sejak dua menjak ni abang tiba-tiba berubah. Apa yang abang sembunyikan pada Eryn? " .

" Eryn merepek apa ni? Tolonglah. Abang penat " .

" Kenapa abang selalu balik lewat? Berubah tiba-tiba. Apa salah Eryn? " .

" Eryn please. Abang penat. Tak ada benda yang nak kita bincangkan " .

Berubah wajah Eryna.

" Abang dah ada perempuan lain ke? Ha? Sebab tu abang berubah macam ni? " .

Izham diam.

" Jawab abang. Jawab " desak Eryna.

" Eryna please jangan macam ni. Abang penat lah. Tolong jangan serabutkan kepala abang boleh tak? " .

" Kenapa susah sangat abang nak berbincang dengan Eryn ni. Mengaku jer lah kalau abang ada perempuan lain " .

" Ya ! Dia cinta pertama abang " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience