Chapter 29

Romance Completed 16646

Bab 29

Makcik Ina pergi ke rumah Ainur, dengan harapan untuk berbuat baik dan seterusnya dapat pindah masuk ke dalam rumah mewah itu. Rumah yang berlainan akan menyukarkan lagi kerjanya untuk membalas dendam. Makcik Ina bawa Kat sekali. Sampai sahaja rumah Ainur, Puan Marina mengetuk pintu rumah Ainur. Ainur membuka pintu dengan reaksi yang sangat terkejut. Makcik Ina terus memeluk Ainur.

"Eh makcik, apa dah jadi ni? Masuk lah dulu" Ainur mempelawa makcik Ina.

Puan Marina dan anaknya mengambil langkah untuk memasuki rumah itu. "Ainur, makcik minta maaf. Minta maaf sebab makcik dah banyak buat salah dengan kamu. Makcik menyesal Ainur. Makcik dah kena halau dari rumah tu sebab tak mampu nak bayar sewa. makcik dah takde tempat tinggal Ainur" again pelakon wanita terbaik ni beraksi.

"Eh, takpelah makcik. Makcik boleh duduk sini temankan Ainur, Sejak arwah meninggal, Ainur sendiri makcik. Rumah ni sunyi je. Mama suruh Ainur pindah rumah dia, sebab risau keadaan ainur yang tengah mengandung ni. Tapi, rumah ni banyak bagi kenangan makcik" balas Ainur. Ainur tahu yang makcik Ina ikhlas meminta maaf daripadanya. Ya, naif. Ainur tidak tau apa rancangan makcik ina terhadap dirinya.

"Takpe ke, makcik dengan Kat tinggal kat rumah Ainur ni? Makcik dah banyak buat salah kat Ainur" berlakon tanpa skrip memang kepakaran wanita tua ini. "Ainur dah lama lupa pasal tuh dah makcik, kejap eh, makcik. Ainur pergi buatkan air dahulu" Ainur meninggalkan dua beranak itu di ruang tamu. "ahahhaahh bodohnya betina tu kan bu?" kata Kat kejam. "Takde masa aku nak nyesal. Akhirnya kau dah jatuh dalam perangkap" balas makcik Ina lagi.

Ainur melangkah ke ruang tamu dengan membawa air untuk dihidangkan kepada dua beranak itu. Ainur kemudiannya duduk di sofa. "Makcik dengan Kat boleh tidur di bilik tetamu" Ainur senyum kepada mereka. Puan Marina dan Kat minum air yang telah disediakan Ainur. Perbualan mereka itu tadi sebenarnya didengari oleh seseorang. Seseorang yang sering memerhatikan Ainur dari jauh. Oleh disebabkan ruang tamu dekat dengan pintu rumah, perbualan mereka dapat didengari.

"Dia dah berjaya masuk ke dalam rumah Ainur"

"Macam mana boleh jadi macamni?"

"Jangan risau bos, saya akan terus perhatikan Ainur dari jauh"

Lelaki yang mendengar perbualan Puan Marina dan anaknya itu mematikan telefon bimbitnya dan terus memerhati gerak geri dua beranak itu. Haih lah Ainur, kenapa kau baik sangat.

Setelah Ainur menghantar Puan Marina dan anaknya ke bilik tetamu. Dia langsung ke bilik tidurnya. Telefon bimbitnya yang berbunyi terus digapai Ainur. Tertera nama Aman di skrin telefon tersebut. "Ainur!! kau kat mana!!" Suara eksaited Aman mengejutkan Ainur. "Dah kenapa kau ni hm?" balas

Ainur. "Aku baru beli kereta baru. Jom aku bawak kau pergi makan" sambung Aman. "Aman, aku.." Ainur yang letih sebenarnya memang dah takde jiwa nak keluar dari rumah.

"Ahhh takde takde. Aku dah ada tercongok depan rumah kau ni. Pergi siap cepat" Ainur terkejut lalu meletakkan telefon dan melihat luar melalui tingkap biliknya. Haih dia ni. Ada je benda nak dibuatnya. Ainur terus bersiap dengan memakai blouse berlengan panjang dan skirt labuh. Mukanya dicalit sedikit bedak dan sedikit lip balm di bibirnya. Ainur kemudian melangkah keluar dari bilik. "Eh, nak kemana tu Nur?" Tanya nenek kebayan itu.

"Oh, Ainur nak keluar kejap. Makcik kalau lapar, Ainur dah siapkan makanan atas meja" Ainur kemudiannya menyalam tangan Makcik Ina dan beredar keluar dari rumah itu. Makcik Ina memerhati setiap langkah Ainur sehingga Ainur hilang dari pandangan mata. Makcik Ina masuk semula ke dalam biliknya. "Aku tak kira, anak dalam kandungan dia mesti mati" kata Makcik Ina kepada anaknya. "Apa plan ibu? Kat pun dah menyampah tengok betina tak sedar diri tu?" balas Kat.

"Tak sedar diri? Apa maksud kamu?" Tanya Puan Marina. "Ibu, ibu tahu tak dia keluar dengan Aman"

*****************************************************

"Apa? kau biarkan dua beranak tuh tinggal kat rumah kau? kau ni kenapa? "

Aman terkejut mendengar penjelasan Ainur yang mengatakan Makcik Ina dan Kat tinggal di rumahnya. "Apa? aku kesian lah dengan diorang. Diorang dah berubah tau. Baik sangat. Lagipun diorang tuh family aku" balas Ainur selamba. "Nur! kau bukannya tak kenal diorang tuh. Diorang bukan boleh caye sangat pun" sambung Aman.

"Dahlah kau ni, tak baik lah macamtu" Ainur cuba lagi menepis pandangan buruk Aman kepada makcik Ina dan Kat. "Macamtu macam mana? kau kena berjaga jaga lah lepas ni Ainur" pinta Aman. "Yelah pakcik. Kau ni bebel jela" balas Ainur kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience