Prolog

Romance Completed 16646

PROLOG

"Ainur jangan sesekali pun, derhaka dengan Mak cik Ina ye? apa-apa pun, dia tetap ibu Ainur" kata bapa Ainur kelemahan. " Dia bukan ibu Ainur".

Sudah sebulan bapanya terlantar di hospital, sudah berpuluh puluh kali, Ainur melawat bapanya, tetapi dia tetap tidak lihat kelibat Mak cik Ina yang kononnya mahu sehidup semati bersama bapanya.

Mak cik Ina ialah ibu tiri kepada Ainur, dia sering berpura pura sukakan Ainur di depan bapanya kerana mahukan harta.

Caranya yang lapuk itu telah diketahui Ainur, tetapi kerana suka melihat bapanya bahagia, dia tidak pernah menceritakan hal yang sebenar kepada bapanya. Sebulan telah berlalu tetapi Ainur tidak pernah melihat ibu tirinya melawat bapanya yang sedang bertarung dengan maut.

Akhirnya, bapa Ainur meninggalkan dirinya setelah sebulan menghidapi masalah jantung dan ditahan di wad ICU. Air mata Ainur bercucuran, sebak apabila melihat bapanya sudah tiada di sisi nya.

Apahal dengan Mak cik Ina dengan anak dia tu, beria benar menangis, sedangkan aku yang selalu lawat dan jaga abah pun, tidak macam tu sekali.

Sebenarnya dia sangat sakit hati dengan sifat ibu tirinya yang sangat talam dua muka, tapi apa sahaja yang dia boleh buat? bapanya berikan hak penjagaan Ainur sepenuhnya kepada ibu tirinya yang gila harta itu. Di mana dia mahu tinggal lagi kalau bukan dengan ibu tirinya? Ainur sebak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience