Chapter 1

Romance Completed 16646

Bab 1-Putera Idaman

"Ainur kau tak payah nak melalak sangat lah, kau pergi mandi sekarang, dah sudah tu, kau pergi sidai baju, kemas rumah dan basuh kasut anak aku" kata Mak cik Ina yang menjengkelkan atau bak kata orang putih, *annoying*

" Tapi, kan kita ada Mak Kiah, buat apa saya pula kene buat kerja tu semua? apa function bayar Mak kiah " balas Ainur geram kerana ayat Mak cik Ina yang sangat menyakitkan hati, dan langsung tidak memikirkan perasaannya,

"Mak Kiah tu, aku dah pecat, sebab kau akan ganti dia". Tersentak Ainur apabila mendengar bahawa Mak Kiah sudah dipecat kerana dia sering meluahkan ketidak puasan hatinya ketika berada di rumah puaka ini kepada Mak Kiah.

Betapa sakitnya hati dia, apabila orang yang dia sayang, satu satu meninggalkannya. "apa kau dok termenung? pergi buat kerja tu sekarang!!!" kata Mak cik Ina. Ainur akur, dia bingkas bangun daripada katilnya, dan melakukan segala kerja yang disuruh oleh nenek kebayan itu.

"Ainur! Ainur!" Aman memanggil Ainur dengan nada suara yang diperlahankan sedikit. Mana taknya, kalau Kat keluar memang tak dapat punya dia nak bersembang dengan Ainur. Perempuan psiko tuh bukan boleh percaya sangat. Ainur mencari cari dari mana datangnya suara yang sedikit samar samar itu.

Gembira. Itu sahaja ungkapan perasaan Ainur apabila namanya dipanggil oleh Aman yang sudah lama dia sukai dalam diam. "Kenapa kau pulak yang buat kerja ni semua? mana Mak Kiah? dia cuti ke?" kata Aman risau apabila melihat Ainur berhempas pulas mengerjakan kerja kerja rumah. "Mak tiri aku dah pecat dia" Ainur sebak.

Aman terdiam. "kenapa semua orang yang aku sayang suka tinggalkan aku ha? aku tak layak bahagia ke? " . Ainur menangis apabila terkenang bapanya. Aman mengesat air mata Ainur, " Aku selalu ada untuk kau, aku janji aku takkan tinggalkan kau, " .Ainur terus menangis, "kau janji kau takkan tinggalkan aku".

"aku janji aku akan ada untuk kau sentiasa. Sudah lah, lap air mata. Aku taknak tengok kau nangis hilang dah seri kat muka tuh" . Aman cuba menenangkan Ainur. "Seri kat muka ni dah lama hilang lepas ayah aku meninggal Aman" balas Ainur sinis. "Aku akan kembalikan seri tu balik. Jangan risau, kau ada aku" balas Aman. Ainur akhirnya berasa tenang dan kembali tersenyum. Adegan drama mereka berdua diperhatikan oleh seseorang tanpa mereka sedari. Katrina Riana. Nama segedik perangai. Katrina atau nama panggilannya Kat merupakan anak kepada Makcik Ina.

Kat sebenarnya sudah lama memendam rasa suka terhadap Aman. Kat itu bukannya tak cantik. Malah, kulit mukanya yang gebu dan licin itu cukup untuk menggiurkan pelajar lelaki di sekolah mereka. Malangnya, hati Aman yang telah terpaut oleh keayuan dan kesopanan Ainur sukar untuk dimiliki oleh mana mana perempuan.

Tidak boleh dinafi lagi kecantikan Ainur bukan dari segi luaran, malah dalaman juga, berbeza pula dengan Kat yang cantik, tetapi malas nya nauzubillah, sampai nak basuh pinggan pun malas nak jadi anak dara apa kan? Dan disebabkan itu lah Kat sering berdendam dengan si Ainur dan dia sering menghasut ibunya untuk menyakiti Ainur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience