Chapter 20

Romance Completed 16646

BAB 20

Authors note : for chapter ni, sy akan teruskan dengan Aman p.o.v. So, enjoy reading!

*******************************

Hati aku sakit. Tengok Ainur dah bahagia dengan lelaki lain. Sumpah, aku rasa nak tumbuk jantan tu tadi. Allah haih, apa yang aku dah buat? Aku dah kecewakan Ainur. Kecewa. Ada peluang ke untuk aku patah balik? Takde. Sudahlah, aku dah penat dengan dugaan hidup ni. Biarlah Ainur bahagia. Aku dah ada Zara. Buat apa aku tunggu Ainur lagi.

Bisik hati Aman di dalam tandas. Lepas sahaja pulang dari pusat beli belah, dia terus masuk ke tandas. Dia tidak boleh menahan tangisannya. Sakit hati sungguh tidak tertahan. Ainur. Dia cuma mahu Ainur ada di sisinya. Ada untuk menemaninya. Sepanjang hidup.

Tapi apakan daya. Dia sudah meninggalkan Ainur untuk Zara. Aman pun akhirnya keluar dari tandas secara diam. Pergerakannya yang seperti tikus itu, langsung tidak membuat orang di sekelilingnya sedar. "Ya pa! Ainur dah bahagia dengan lelaki lain. Bagus la pa! Plan kita berjalan lancar".

Aman terdengar bualan Zara dengan papanya. Plan? Plan apa yang dia rancangkan. Kenapa Zara macam bahagia semacam je bila dapat tahu Ainur dah kawin? "Ye sayang, otak papa, memang geliga!". Kata papa Zara. Makin pelik Aman dibuatnya.

"Baguslah. Sekarang, Aman milik Zara selamanya. Padan muka Ainur". Zara ketawa mengilai. Aman pelik bertambah marah. Lalu dia bersuara. "Plan apa yang kau rancang?". Aman marah. "Tak. Takde pape sayang". Zara sedikit terkedu. "Kau jangan ingat aku tak dengar Zara" Aman bersuara keras. "Apa you ni?". Zara balas.

"Kau jangan ingat aku bodoh. Bagitahu apa yang kau plan selama ni?!". Zara terdiam. "Aku plan untuk jauhkan kau dari Ainur!" Zara terlepas kata. "Kau tahu aku sayang Ainur. Dah takde jantan lain ke apa?!". Balas Aman. "Aku pura pura sakit untuk kau! Aku suka kau Aman. Aku sayang kau Aman. Aku tak boleh hidup kalau takde kau Aman". Zara menangis sambil memeluk Aman. "Jangan sentuh aku betina tak guna!".

Aman sungguh marah ketika itu. Dia tidak faham kenapa mesti dirinya dijadikan boneka oleh keluarga Zara. "Jangan tinggalkan aku Aman!". Zara menjerit apabila Aman cuba melangkah. Aman menghiraukan jeritan Zara dan terus beredar.

"Kau ingat Aman,kalau aku tak dapat kau. Takde siapa boleh dapat kau!". Zara mengugut Aman. "Lantak kau lah!". Aman memaki dan terus menuju ke keretanya untuk pergi dari situ. Pada ketika ini, rasa benci terhadap Ainur membuak buak. Dendamnya pasti akan dia balas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience