Chapter 15

Romance Completed 16646

BAB 15

Alangkah terkejutnya Ainur bagai terpanah petir apabila dia masuk ke rumahnya. Segala dulang hantaran semua elok tersusun. Apa yang telah jadi ni?

Mana mungkin sekarang? Aku belum bersedia. Tanpa berlengah, dia terus masuk ke rumahnya. "Apa semua ni? Siapa yang nak kahwin?!". Kata Ainur sedikit meninggi suara.

Terlihat juga muka Mak Cik Ina kemerahan. Barangkali kerana dia tidak menyangka Ainur sanggup berbuat begitu. Mak Cik Ina bingkas bangun dan mengheret Ainur ke bilik tidurnya.

"Apa semua ni Mak cik?". Kata Ainur. " Aku dah kata kau kena kahwin untuk langsaikan hutang bapak kau! Apa susah sangat kau ni? Apa guna kau sebagai anak, kalau tak tahu langsaikan hutang arwah bapak kau tuh?". Marah ibu tirinya.

" Tapi ini bukan cara yang sesuai untuk melangsaikan hutang hutang tu". Balas Ainur selamba. "Habis, kau nak aku bayar semua hutang bapak kau? Kau ingat aku apa? Cop duit? Bapak kau yang pinjam. Kau lah yang kena bayar. Apa kena mengena dengan aku?!" Kata Mak Cik Ina.

"Eh, Mak cik tak ingat ke, duit duit yang ayah pinjam semua tu, digunakan untuk bayar barang kemas yang mak cik nak sangat tu? Dulu, kalau tak dapat, mulalah suruh ayah tidur luar segala. Sekarang, saya pulak yang kena tanggung hutangnya?". Dah lama Ainur pendam ayat itu. Tak tahu pula ayat tu akan terkeluar.

Merah muka Mak Cik Ina memang tidak terkata. Malu dan marah bercampur baur. "Ahh, aku tak peduli. Harini kau akan bertunang. Minggu depan kahwin. Kau jangan banyak sangat alasan, tukar baju sekarang! Lagi 10 minit, kalau kau tak turun. Aku belasah kau."

Ainur akhirnya akur. Apa sahaja yang dia boleh lakukan? Dia pun menukar pakaiannya dan turun ke bawah.

************************** Selesai majlis pertunangan...

Ainur terasa yang tangisannya tidak dapat ditahan lagi. Dia ingin berjumpa dengan kawan baiknya, Aman. Dia ingin meluahkan segalanya. Selesai sahaja majlis itu, dia terus berlari ke rumah Aman.

"Assalamualaikum, Aman!". Berulang kali dia menjerit. Namun seperti angin.

Barangkali Aman tiada di rumah. Apabila dia berpatah balik ingin ke rumahnya. Pintu rumah Aman terbuka.

Terlihat dia dan Zara sedang enak dibuai kemesraan. Dia sudah tidak tertahan menanggung seorang diri. "Aman.." panggil Ainur. "Apa lagi yang kau nak? Balik lah". Balas Aman sedikit terpaksa. "Woi, kenapa kau buat aku macam ni ha? Kenapa senang senang kau buang aku? Tolonglah. Aku perlukan kau".

Balas Ainur sedikit teresak. "Aku tak perlukan kau lagi, jadi kau boleh BALIK!!" Kata Aman. "Senang hidup kau Aman. Lepas ni aku janji aku takkan kacau hidup kau lagi. Selamat tinggal". Ainur mengucapkan kata kata terakhir.

Jijik benar dia melihat muka Zara di sebelah Aman. Tergedik gedik. Rasa nak bagi penampar sahaja. Dia pun akhirnya balik dengan keadaan yang sangat hampa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience