Chapter 11

Romance Completed 16646

Bab 11 - Kahwin? SPM?

Baik pergi, ataupun pulang dari sekolah, begitu saja lah Ainur. Dia langsung tidak bermaya dan langsung tidak bersemangat. Reaksi mukanya priceless.

Pulang saja dari sekolah, Mak Cik Ina sudah memekik. "Hai sayangku, macam mana dengan perintah aku? Kau akan menikah seminggu selepas SPM ingat itu!". Wahh, sedap kau je orang tua, macam kau je yang kahwin.

Ainur malas hendak bertekak. Jadi, dia terus mengambil langkah untuk ke biliknya. Sampai sahaja. Baju dari almari dikeluarkan dan disarung ke badannya sejurus lepas dia mandi.

Banyak lagi kerja rumah yang perlu dia siapkan. Kalau tidak, mulalah orang tua itu bercerita kepada jiran tetangga yang dia itu tidak berguna la apa la. Pintu biliknya yang semulajadi berasal daripada kayu ditolak perlahan lahan kerana dia terdengar nenek kebayan dan anaknya berbual , ketawa tidak ingat dunia.

"Ya, dia kahwin dengan orang tua, hahahahaha". Kata Mak cik Ina. " La, ye ke bu? Oh ada chance la nak dapat Aman macam ni, padan muka kau perempuan". Wah sesedap kau je Kat nak dekat si Aman.

Aku ni pun, dia tolak mentah mentah, lagikan kau perempuan gedik yang malas dan manja dan segala yang terkutuk lah. Ainur memang sangat sopan luarannya. Tetapi, percayalah kata hatinya memang sangat leza.

"Ya, anakku. Ibu akan tolong kau dapatkan Aman, sayang ". Kata Mak Cik Ina. Panas telinganya. Jadi, dia sengaja tunjukkan muka di hadapan nenek kebayan itu.

"Haaa, apa lagi? Kaki aku ni sakit, picit sekarang!" Senang sungguh Mak Cik Ina mengarah. Serupa bibik , si Ainur ni dibuatnya. "Eh, Ambil kan aku air, aku dahaga".

Tak cukup dengan nenek kebayan itu. Anaknya juga mengarah itu ini. Wah, boleh mati dibuatnya kalau tinggal dengan anak beranak ini.

*******************************

SPM hanya tinggal 3 hari sahaja. Jadi, sepanjang 3 hari itu, Ainur mengisi masanya dengan buku, buku dan buku. Dia langsung lupa kejadian pergaduhan

antara dia dan Aman. Baginya, biar sahaja tuhan tentukan hala tuju persahabatan mereka itu.

Malam sebelum SPM itu, dia terfikir hala tuju hidupnya. Seminggu lepas habis SPM, aku kena kahwin? Macam mana dengan cita cita aku? Siapa bakal suami aku?

Orang tua? Betul ke, aku kena kahwin dengan orang yang sudah berumur. Teringat akan nasihat rakannya yang sudah berhijrah ke Kuala Lumpur. "Kau, kalau nak cari laki ke apa, cari yang dah banyak lalui pengalaman ". Tapi, takkan la nak kahwin dengan orang tua?

Bahagiakah rumah tangga kami? Apa pula kata rakan sekolah? Aman? Apa pula dia nak kata nanti? Wahh, satu demi satu soalan yang secara semulajadi memang sukar untuk dijawab.

****************************

Kringgggg ~~~~

Hari pertama, peperiksaan yang akan menentukan kerjaya masing masing pada masa hadapan. Hanya tuhan saja yang tahu, betapa berdebarnya hati calon SPM.

Semua pelajar yang akan menduduki SPM kelihatan sangat pucat dan mata mereka juga sembab. Barangkali, tidur lambat kerana mengulangkaji pelajaran.

Tidak pula Ainur. Dia kelihatan sangat tenang. Mungkin berkat ayat suci al quran yang dia baca pagi subuh tadi. Dia juga sudah membuat banyak persiapan sebelum menghampiri SPM.

Kelihatan Aman dan Zara sibuk membaca buku bersama sama. Siap bergelak tawa mesra lagi. Teringat, pergaduhan antara dirinya dan Aman. Ahh biarlah, siapa perlukan kawan macam dia? Lagipun lepas ni, dah tiada sekolah. Tiada kawan pun tak mengapa. Dia cuba menaikkan ego dirinya.

*Aman pov*

Aku minta maaf Ainur. Aku sepatutnya ada di situ. Aku sepatutnya mengulangkaji pelajaran dengan kau pada masa macam ni. Aku bersalah sangat Ainur.

Begitulah, kata hati Aman. Dia rasa sangat bersalah. Tetapi, dia tidak mahu sesiapa tahu hal yang sebenar. Bapa Zara sudah menghalang dirinya untuk memberitahu sesiapa pasal.....

Bersambungg....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience