Chapter 22

Romance Completed 16646

BAB 22

-Aman pov-

Ah, bodoh. Aku bodoh. Memperhambakan diri aku dekat manusia yang tak sepatutnya. Aku bodoh sebab hampakan orang yang aku sayang. Aku benci hidup aku. Aku rasa bersalah. Hampir dua tahun lebih aku khianati cinta aku. Sampaikan cinta aku, buah pengarang jantung aku terlepas kat orang lain.

Apa salah aku ya allah. Sampai aku diperalatkan oleh kaum berada seperti Zara tuh. Aman menghabiskan hari harinya dengan menyesal akan perbuatannya yang telah mengkhianati cinta pertamanya. Dia buntu. Langsung tidak tahu bagaimana cara untuk dia dapat Ainur yang dulu. Dia sungguh. Dia sangat rindukan Ainur Aiesha.

Dia rindu Ainur yang selalu menceriakan harinya. Dia rindu Ainur yang sentiasa berada di sisinya di masa susah dan senang.

'Biar patah hatiku, biarkanlah, aku pergi demi hidupmu. Biar hancur harapku, lepaskanlah, aku pergi demi bahgiamu'

Bunyi deringan telefon bimbit memecah suasana pada pagi yang hening itu. Unknown number? Siapa pulak call aku pagi pagi buta. Aku nak layan perasaan pun dah tak senang. Ah semak betul semua orang. Dengan lambat lambat Aman mencapai telefon bimbitnya dan...

"Hello, Aman kan? Aku nak jumpa kau. Nanti aku mesej alamat" "Jap kau siapa?" Balas Aman.

"Nanti kau sendiri tahu" lelaki misteri itu membalas.

Nak ke tak nak jumpa eh? Suara macam familiar. Masa hari hari cuti lah ada manusia misteri datang dari mana tah dapat number phone aku sibuk nak kacau hidup aku. Kalau tak jumpa kata pengecut pulak. Haih lah Aman. Sabar jelah.

***********************************

Setelah lelaki tadi menghantar mesej berupa alamat kepada Aman, Aman terus bergegas ke tempat itu. Oh okay, dia yang nak jumpa aku, dia yang lambat oh great. Great! Aman mengomel sendiri apabila lelaki yang telefonnya itu tidak kelihatan. Dia mengambil langkah untuk duduk di restoran itu. Langkahnya diperhati gadis gadis di situ. Alahai tengok tengok. Tak pernah tengok lelaki ke apa.

Pelayan restoran itu datang ke meja Aman dan dia menghulurkan menu. "Spaghetti carbonara and fresh orange". Aman pantas menjawab. Bukan dia tak pernah jejak ke restoran itu, tempat itu lah yang selalu dia tuju apabila dia pindah ke kawasan perumahan situ. Pelayan itu mengangguk dan berjalan menuju ke ruang dapur.

Tiba tiba Aman terasa seperti bahunya disentuh seseorang. Dia bangun dan melihat siapa orang itu. "Adam?" Aman pelik. Kenapa pula dia nak jumpa aku. Setahu aku,takdelah pulak aku kacau bini dia. Emm hesh dia nih ke yang call aku pagi pagi buta tadi. "Yas. Aku. Duduk lah" Adam mempersilakan Aman.

Mereka duduk berhadapan dan mereka hanya berdiam diri selepas Adam membuat pesanan makanan. "Okay, aku nak jumpa kau sebab..." Aman memotong kata Adam "sebab kau nak berlagak tentang betapa bahagia bila kau kahwin dengan Ainur? Oh , kalau nak cerita pasal tuh, sorry. Aku tak nak dengar" Serius, Aman memang sentap bila terdengar nama Adam apatah lagi berjumpa berhadapan sampai macam tu sekali.

Adam hanya ketawa sinis melihat respons dari Aman. "Wait, I know you've been madly in love with my wife once before. And I know you still are. Memang dah lama aku kahwin dengan Ainur, aku tahu dia sangat bahagia. Tapi aku bukan kau Aman. I can't replace you in her heart". Aman roll eyes apabila dia dengar kata kata Adam.

"Kau ingat aku? Aku Adam. Hafeez Adam. Kau lupa kita kawan childhood dulu? Ingat tak masa kau kena buli, aku yang selamatkan kau? Ingat tak masa kita bertiga memancing, kau cuba nak ajet hero bila selipar Ainur jatuh dan akhirnya kau hampir lemas dan aku yang selamatkan kau? Kau ingat semua tuh?" Adam bersuara lagi.

Aman terkedu. "Abang Hafeez? Abang Hafeez yang tinggalkan kitorang sebab pindah ke mana tah tanpa jumpa kitirang dulu, tanpa contact kitorang? Abang hafeez?". Adam senyum dan terus mengangguk. "Look, banyak kan pengorbanan aku untuk kau?" Aman mengangguk kepalanya laju. Yelah, mana taknya, Adam pernah menyelamatkan nyawanya suatu ketika dahulu.

"And today, can you do me some favour?" Adam cuba berlagak tenang. "What is it?" Aman membalas ingin tahu. "Be a good husband for my wife".....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience