Chapter 27

Romance Completed 16646

Bab 27

*Ainur pov*

Aku membantu mama menyusun semula yassin setelah para tetamu membacanya. Kehadiran tetamu di kenduri itu amat memberangsangkan. Biasalah, arwah jenis yang sangat peramah, prihatin dan selalu membantu orang yang dalam kesusahan. Terbit rasa kehilangan yang amat mendalam dalam jiwa Ainur pada ketika itu. Tiba tiba seorang perempuan yang sangat aku kenali meluru ke arahku. Aku terus memeluk beliau. Puan Hajah Kamisah. Guru kesayangan aku, merangkap ibu aku. "Tabah lah sayang. Allah lebih sayang dia"

Aku tidak mengendahkan kata kata Puan Hajah Kamisah atau aku panggilnya ibu. Aku terus menangis di bahu ibu. Perempuan separuh usia yang berada di sebelah ibu mengusap bahuku lembut. Aku tatapi sebentar wajah wanita separuh usia di sebelah ibu. Aku berhenti menangis "Siapa ni ibu?" tanyaku kepada Puan Hajah Kamisah. Mataku tidak berhenti melihat ke arah wanita itu. "Ainur, ni.." Wanita itu memotong kata Puan Hajah Kamisah "Saya kakak Puan Hajah Kamisah" Kata wanita itu.

Ainur tidak berkata apa apa selain mengangguk. Wajah kakak ibu sebiji macam wajah arwah umi. "Dahlah sayang, ibu dah penat ni, ibu balik dulu ye?" Ibu meminta pamit. Aku hanya mengangguk.

"Kenapa tak bagitahu siapa sebenarnya kau kat Nur tadi?" Tanya Puan Hajah Kamisah. "Ina ada dekat sini tadi. Aku tak mahu dia syak apa apa, kalau dia tahu aku masih hidup, dia mesti akan buat segalanya untuk lesapkan aku dari dunia ni" balas Puan Dahlia. Ibu kepada Ainur. Ye. Ibu Ainur masih hidup. "Tapi sampai bila kau nak rahsia benda ni dari Ainur, Lia?" sambung Puan Hajah Kamisah. "Bila sampai masanya nanti, aku mesti bagitahu dia. Kau jangan risau" balas Puan Dahlia.

"Apa kau termenungkan tu Ainur?" kata Aman menyergah Ainur. Ainur tersentak, air di tangannya nyaris nyaris dituang ke muka Aman. "Hesh kau nih, melampau sangat terkejutnya tuh" Kata Aman. "Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah, dah dah lah tu Aman, kerja sergah sergah aku" balas Ainur. "Kau tak jawab lagi soalan aku. Apa yang kau menungkan?" Tanya Aman mengambil tempat di sebelah Ainur.

Mereka berada di tempat biasa Ainur dan arwah Adam duduk untuk melihat bintang dan merasai ketenangan malam. "Aku rindu Adam, Aman. Biasa masa masa macam ni, dia ada teman aku" air mata yang mengalir Ainur biarkan. Aman menyeka air mata Ainur. "Sudahlah tu, Allah sayang dia lebih kan, Ainur? Kau nak ke dia hidup tersiksa dengan derita sakit dia?" Aman cuba membuat Ainur tenang. "Tak, tak aku tak sanggup tengok dia derita" balas Ainur. "Dah tu, kau tak rasa dia menderita ke kalau tengok kau sedih sedih macam ni?" balas Aman.

"Aku bukan teringat arwah Adam je, aku teringat arwah mak aku jugak" kata Ainur sambil mengadap langit. "Dah berapa tahun kita kawan, kau tak pernah cerita pasal mak kau pun Ainur, mind to share?" Tanya Aman. "Okay, aku cerita. Umi aku nama dia Dahlia. Dahlia Haida binti Hussein. Umi aku baik sangat. Dia sempat jaga aku sampai umur aku 5 tahun. Waktu aku kecil dulu, aku selalu Nampak umi nangis bila aku tanya, kenapa. Dia mesti peluk aku seerat yang mungkin. Aku rindu dia Aman" cerita Ainur.

"Apa jadi dengan dia?" Aman balas ingin tahu. "Masa tuh, aku kecil lagi, Aman. Aku taktahu apa apa. Satu hari ni, bila ayah ambil aku dari tadika. Kitorang nampak rumah bersepah, banyak barang barang kaca dah pecah. Ayah panggil umi tapi umi tak sahut pun" Ainur berhenti dan menangis lagi. "Apa jadi dekat dia, ainur?" Tanya Aman lagi. "Dia hilang dalam 6 bulan macamtu, lepastu ayah dapat phone call dari hospital. Doktor kata ada jenazah yang wajahnya mirip umi. Kami bergegas ke hospital. Rupanya jenazah tuh memang betul betul umi, Aku menangis tanpa henti masa tuh Aman" sambung Ainur.

"Sabar lah Ainur. Tapi yang aku pelik, peristiwa ni dah lama berlaku kan? macam mana kau boleh teringat umi kau masa masa macm ni?" Aduhh soalan apa yang kau ajukan ni Aman. "Muka kakak ibu tadi mirip sangat dengan muka Umi" balas Ainur. "Kakak ibu? Eh, ibu mana ada kakak? Ibulah kakak" Oleh sebab terlalu rapat dengan Ainur, Aman turut memanggil Puan Hajah Kamisah ibu. "Mana kau tahu ni Aman?" Tanya Ainur pelik. "Dulu aku pernah bukak laptop ibu, dalam tuh ada gambar ibu dengan adik beradik dia. Ibu kenalkan satu satu. Ibu kata ibu hanya ada 4 orang adik beradik. Dia anak sulung" balas Aman. "Kau ni takde kerja lain eh nak bukak laptop orang?" Ainur berbunyi sarkastik. "Esh kau ni, aku serious ni" Ainur ligat berfikir.

Siapa wanita separuh usia itu? Kenapa wajah dia mirip umi? Kenapa dia merahsiakan identiti dia yang sebenar. Kenapa dia mesti menipu bahawa dia tuh kakak ibu? Dan soalan yang paling penting. Siapa dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience