Chapter 26

Romance Completed 16646

BAB 26

Ainur membantu Puan Jamila untuk menguruskan kenduri tahlil pada malam itu. Sungguh, nak ikutkan hati lantai luar bilik tidur pun tak hingin dia nak pijak. Hatinya sungguh berat untuk melangkah ke mana mana sahaja di rumah itu. Setiap langkah mengingatkan kembali memori bersama Adam. Setiap perbuatan, baik daripada mengemas katil sehingga lah memasak, kesemuanya mengingatkan dia tentang arwah. Ainur bersiap pada malam itu dengan memakai jubah serba hitam dan selendang

Kat pov

Puas hati aku. Mati dah laki kau? Puas dah kau gembira Ainur? Sampah. Kau tak patut dapat segala kebahagiaan pun. Kau manusia paling tak berguna dan kau tak layak terima semua kebahagiaan ni. Rumah mewah, kereta besar. Kau langsung tak layak. "Puas hati Kat ni bu. Akhirnya perempuan ni sedih balik, terseksa semula" Kata Kat sinis. "Tulah, lepas apa yang mak dia buat kat ibu, memang dia layak terima ni" balas .

"Lepasni dah takde sesiapa yang dapat tolong dia. Maknanya, kita boleh terus seksa dia bu. Seksa jiwa dia sampai dia mati" Kat psiko. "Lepas ni, ibu akan buat baik dengan dia. Ibu akan cuba buat kita pindah di rumah mewah ni. Diam diam kita boleh seksa dia" bisik Makcik Ina kepada Kat. Suaranya memang langsung diperlahankan. Orang sekeliling bahkan tidak dapat mendengar suara nenek kebayan itu.

Makcik Ina melangkah masuk ke rumah mewah milik arwah Hafeez Adam. Dia meluru masuk dan mencari Ainur. Langkahnya terhenti melihat kelibat orang yang sangat sangat dikenalinya. Tak mungkin. Dia dah mati. Tak mungkin dia masih hidup. Tak tak dia tak boleh hidup semula. Aku dah pastikan dia mati sebelum ni. Dan memang dah terserlah jenazah dia terkujur depan mata aku. Tak tak boleh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience