Chapter 10

Romance Completed 16646

Bab 10- Makin renggang ?

Pagi itu, Ainur berasa sangat ngantuk dan tidak bersemangat. Bukannya apa, dari malam tadi dia asyik terfikir tentang nasib yang akan menimpanya. Ya Allah, apa lagi dugaan yang menimpa aku ni. Aku tak nak kahwin, tapi sanggupkah aku mengingkar arahan abah? Macam mana kalau abah tak tenang kat sana?

Soalan itu bermain main di mindanya sehingga dia langsung tidak dapat melelapkan matanya pada malam itu. Matanya kelihatan sembab. Mukanya pucat. Badannya? Akibat pukulan bertubi tubi oleh Mak cik Ina, badannya lebam kebiru biruan. Sakitnya, hanya tuhan sahaja yang tahu.

Selesai sahaja sarapan,dia langsung berangkat ke sekolah. Dia tidak dapat berjalan dengan laju, kerana kakinya turut sakit kesan sebatan yang diberi oleh ibu tirinya. Sampai sahaja di kelas, dia terus duduk kerana tidak terdaya untuk menahan sakit.

Kelihatan Aman sibuk "berdating" dengan Zara. Wah , sudahlah sakit dek sebatan semalam. Tambah lagi sakit hati bila melihat Aman dan Zara berbual dengan sangat mesra. Yang menambah lagi sakit hatinya apabila Aman langsung tidak menghiraukan dirinya.

Dia act macam tiada apa yang terjadi antara mereka berdua. Sedangkan semalam Aman sudah menjengkelkan Ainur apabila dia memungkir janji yang dibuat olehnya. Ainur hanya berdiam diri dan langsung tidak menegur Aman. Dia mengeluarkan buku untuk mengulang kaji pelajaran sementara menunggu waktu perhimpunan.

Lantak kau lah Aman. Aku dah penat dengan perangai kau ni. Mentang mentang Zara dah wujud dalam hidup kau. Kau langsung tak pedulikan aku. Aku tak minta apa pun, cuma kata maaf dari mulut kau dah cukup buat aku senang hati. Ini tidak, kau ingat aku apa? Manusia tiada perasaan? Kau dah buat salah, minta maaf lah.

Begitulah bunyi bisikan hati Ainur. Dari tadi air muka Aman menunjukkan rasa bersalahnya. Tapi dia tidak minta maaf pada Ainur langsung. Dari tadi, dia hanya menjeling ke arah Ainur. Dia tidak seperti biasa. Dia seperti dirasuk atau sesuatu yang seumpama dengannya.

Terdetik di hati Ainur untuk menanyakan perihal semalam. Biasanya, kalau bab begini memang Ainur sahaja yang mengalah dengan membuat first move.

Hatinya memang tidak tentu arah apabila Aman membuatnya seperti itu.

Tolonglah, dia dipaksa kahwin, Aman pula membuatnya seperti tunggul.

Dia mahu luahkan sakit hatinya pada siapa lagi? Jadi, tanpa berlengah dia menghampiri Aman. " Weh, kenapa kau tak datang semalam? Lama aku tunggu. Kelibat kau pun aku tak nampak". Aman hanya membatukan dirinya. " Boleh tak, you jangan kacau boyfriend I? " . Zara bersuara.

What? Boyfriend?? " Wah, kau tak payah berangan sangat lah Zara, aku tak rasa pun Aman suka kau. Eh Aman, dia tipu kan?". Ainur balas dengan confidentnya. " Dia memang kekasih aku sekarang, apahal? kau ada masalah?". Balas Aman dengan meninggikan suara.

" Sejak bila, kau pandai tengking aku? Aku tunggu kau semalam weh, aku tunggu sampai lewat petang, kau langsung tak bagitahu aku apa apa. Kau tau tak balik tu aku kena sebat dengan Mak cik Ina? kau tau tak sebab kau, Mak Cik Ina kata aku perempuan murah? Aku sayang kau weh, biar Mak cik Ina nak pukul aku ke apa tapi..."

Tak sempat Ainur mahu habiskan kata katanya Aman sudah potong." Aku peduli apa dengan semua tu? Kau yang tak dengar cakap ibu tiri kau, asal kau nak kata salah aku?". Sekali lagi, maruahnya dipijak pijak oleh kawan baiknya sendiri.

Air mata mula mengalir di pipi Ainur. " Terima Kasih" . Ayat yang Ainur ucapkan kepada Aman sebelum dia berlari keluar kelas. Memang patut pun aku kahwin, aku dah tiada sesiapa, sekurang kurangnya Mak Cik Ina tak seksa aku lagi, hutang abah pun langsai.

Dia nekad untuk mendengar kata Mak Cik Ina untuk kahwin. Siapa lagi yang dia tunggu? Aman? mustahil untuk dia dapat. Takpe lah Aman, aku takkan kacau hidup kau lagi.

**************************************************************** ***********

Sementara di kelas, Zara hanya membuat muka simpati yang sangat plastik. Hatinya girang kerana Aman bergaduh dengan Ainur. Aman pula, sangat rasa bersalah. Dia tidak sanggup untuk melihat cinta pertamanya menangis seorang diri. Dia tidak sangka dia boleh menengking kawan baiknya sendiri.

" Aku minta maaf Ainur" bisik hatinya.........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience