Chapter 18

Romance Completed 16646

BAB 18

Buntu. Ainur tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Kalau tahu tadi memang tak, dia nak ikut suaminya ke shopping mall ni. "Ainur kan?" Kata Zara cuba mendekati diri Ainur. Yelaaa Ainur ! pahal? baru setahun tak jumpa dah lupa ingatan? Kata kata kesat yang membawa kepada pergaduhan mula menghantui dirinya. Ainur hanya mengangguk untuk menjawab pertanyaan Zara. "Wah! dah lama tak jumpa kan?kau sihat?" apa pulak sawan minah ni tetiba tanya khabar. Yang Aman pahal. Dah jadi kayu dah? "kalau tak sihat, kau tak nampak aku kat sini. Apa? hospital ke ni?" aku menjawab sinis pertanyaan Zara. Bukannya sombong. Sungguh, takde niat pun nak berhidung tinggi. Dia sudah cukup menyampah dengan Zara. Sebab tu lah perkataan tersebut terlepas dari mulutnya.

" Emm takdelah nampak macam hospital pun, by the way, siapa ni Ainur?" Datang dah perangai busybody minah ni! nak ikutkan hati, mahu saja Ainur beredar dari situ. Nanti dibilang tak sopan pula. Esh. Tiba tiba terbit idea jahat dari kepala hotak Ainur. Dia mahu mencemburukan Aman dengan kebahagiaan yang telah dia capai sekarang. "oh, ni suami aku" balas Ainur selamba. "Eh? dah kahwin dah kau Ainur? Sayang, dah kahwin dah dia sayang. Sampai hati tak jemput!" Kata Zara kepada Aman. Aman hanya menjeling Adam. Jemput dua malaun macam korang datang majlis aku? dari aku jemput korang, baik aku jemput beruk makye kat hutan tuh! bisik hati Ainur.

"ha ah dah kahwin dah aku. Korang bila lagi?" Ainur cuba menyindir Aman. "Kami dah bertunang" Balas Aman. Retak seribu hati Ainur mendengar ayat bertunang yang keluar dari mulut Aman. Hatinya menjerit jerit meminta untuk pergi dari situ. Air mata hampir hampir berlinangan. Syukur Adam tolong cover. "Oh ye ke? kahwin nanti jangan lupa ajak. Oh sayang, tadi awak kata awak lapar kan? jom kita makan. Kesian awak" cehh bila masa pulak aku lapar? bukan kau ke yang beria nak makan tadi. "Emm yaa, saya lapar. Jomlah". Ainur memegang lengan suaminya. "We need to go, nanti kahwin jangan lupa jemput kitorang". Ainur menahan sebak dan meluahkan kata kat itu kepada Aman dan Zara.

" Awak sedih sayang?" ayat pertama yang keluar dari mulut Adam apabila mereka berjaya menjauhkan diri dari Aman dan Zara. "Mana ada" Ainur cuba mengukir senyuman walaupun hatinya terasa disiat siat. Ya, memang. Dia sangat bahagia dengan Adam. Tapi perasaan cinta terhadap Aman tidak mudah untuk dikikis begitu sahaja. "Saya tahu. Awak tak okay. Sayang, you can lie semua orang dalam dunia. But not me" Balas Adam. Kan dah kata, Adam memang boleh baca Ainur. Entah ilmu apa dia guna, Ainur pun tidak tahu. "What? of course I am! yes! saya sedih. Saya kecewa sebab biarkan diri saya senang senang jatuh cinta dengan lelaki tak guna macam tu. Saya bodoh! saya tahu!" Ainur meninggikan suara dan terus meninggalkan Adam sendirian.

Adam cuba mengejar Ainur. Akhirnya Ainur berhenti. Adam memeluk Ainur.

Mereka seperti tidak menghiraukan orang sekitar mereka. "Kenapa sayang? kenapa? kenapa susah sangat untuk saya lupa lelaki macam tu?" Ainur menangis teresak esak. "Its okay sayang. Nangis la sepuas hati awak. Saya ada untuk awak" Adam cuba menenangkan Ainur. "I'm so sorry, saya bukan isteri yang terbaik untuk awak. Awak layak dapat yang lagi.. " Adam menutup mulut Ainur dengan jari telunjuknya. "You're the one. Saya tak nak orang lain.Saya nak hidup dan mati dengan awak. Saya takkan tinggalkan awak lagi" Adam membalasnya.

Ainur merenung mata seorang lelaki yang sungguh dia kenali. Ainur tahu, suaminya itu ikhlas mengucapkan kata kata sebegitu. "Promise me, you will be my imam till forever". Kata Ainur kepada Adam. "Yes sayang. Promise! Dah tak mau nangis. Tak cantik nanti" Kata Adam sambil mengesat air mata di wajah Ainur. Mereka pun akhirnya pergi semula ke tempat untuk menonton wayang. Terlihat KAt yang tercegat di situ. " Abang pergi mana?" Kata Kat mengada ngada. " Ada hal la Kat, dah beli tiket wayang?". Balas Adam. " Dah".Balas Kat.

Selesai menonton wayang, Adam menghantar Kat ke rumah. Keluar sahaja Kat dari perut kereta. Adam terus memandu volkswagen birunya. "Kita nak pergi mana ni?" Ainur bersuara. "Awak rasa?" Balas Adam. "Kalau saya tahu, saya tak tanya awak. Alaaa bagitau lah, nak pergi mana ni? pleasee" Ainur membuat muka comel. "Tak comel la sayang buat muka macam tu" Adam ketawa. "Fine!" Ainur pura pura merajuk. "Alaa kita nak gi honeymoon!! yeay!" Kata Adam dengan muka yang sungguh overexcited. "Honeymoon mende? Baju pun saya tak pack lagi " Ainur terkejut. "Siapa kata?" Balas Adam. "La, saya lah yang kata, awak tak dengar ke? Mesti sebab dah lama tak korek telinga kann!! " Ainur ketawa terbahak bahak apabila dapat mengenakan suaminya.

"hahah, baju awak semua saya dah pack kan sayang" balas Adam. "You what? habis baju yang kecik kecik tu?" Baju yang kecik di sini bermaksud pakaian dalam. "No worry! dah!" Adam ketawa. heshhh dia ni nak buat surprise pun tak agak agak siut ! "Fine!! honeymoon kat mana ni?" Balas Ainur. " Just shut your mulut murai mouth and tidur sayang. Tak boleh fokus, saya nak pandu kereta ni" Adam mula menyindir Ainur. "Fine!" Balas Ainur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience