Chapter 6

Romance Completed 16646

Bab 6- Sakit?

Petang itu, Ainur pulang sedikit lewat kerana terpaksa membantu guru kelasnya , mengemas data rakan rakan sekelasnya.

"Apahal lembab sangat kau balik? , dah tak tau tanggungjawab kau kat rumah ni? Kau buat apa ha?". Ainur baru sahaja pulang dari sekolah, tetapi dia sudah ditanya soalan yang bertalu talu daripada Mak cik Ina.

Dia tidak mahu timbulkan sebarang konflik, jadi dia hanya mendiamkan diri . " Kenapa dengan kau? Dah bisu dah, ke dah tak boleh nak cakap?". Jerit ibu tirinya. "Tadi, saya tolong guru kelas saya".

Ainur jawab dengan ringkas. "Seumur hidup aku, aku paling pantang dengan orang yang kuat berbohong ni!". Ainur pelik dengan ayat Mak cik Ina.

"Dia bohong ibu, tadi orang nampak dia sibuk berdating dengan si Aman, sampai tak perasan orang sekeliling, buat malu je perempuan murah ni". Katrina menyampuk.

"Kau jangan nak reka cerita lah..."

Belum sempat Ainur habiskan ayatnya, Mak cik Ina terus mengambil rotan dari almari yang disimpan rapi. Tanpa membuang masa, dia terus menghayunkan rotan itu ke badan Ainur.

Ainur menjerit kesakitan. Malangnya, tiada siapa yang mahu mempertahankannya. Kat juga sibuk ketawa melihat penderitaan Ainur. Dia tidak sangka Kat sanggup memfitnahnya.

"Aku tak ajar kau, memalukan aku, kau jangan nak buat perangai yang sama dengan mak kau yang gatal tu, sekali lagi, aku dengar anak aku mengadu pasal kau, mati kau aku kerjakan! " gertak Mak cik Ina.

Habis sahaja dari situasi yang sungguh menyakitkan hati dan fizikalnya itu, Ainur terus berlari masuk ke biliknya. Dia terpaksa menahan sakit untuk menyapu ubat di tempat yang lebam dek kerana kuasa dan pukulan rotan dari Mak cik Ina. Sudahlah tangan melecur pagi tadi sakitnya tak kurang ditambah lagi dengan lebam rotan . Sungguh, dia sangat terseksa hari itu.

*******************************

Keesokannya, Ainur tidak dapat pergi ke sekolah seperti biasa. Badannya lemah tidak terdaya. Nak bangun pun tak larat.

Tiba- tiba Mak cik Ina masuk ke dalam biliknya. "Aku tak peduli kau nak sakit ke, tak nak pergi sekolah ke, nak mati ke, aku tak kesah, yang aku tau, kau buat kerja kerja rumah ni sampai selesai". Sungguh mudah Mak cik Ina memberi arahan seperti Ainur orang gaji di rumah itu.

Sekurang kurangnya, orang gaji, dibayar tetapi dirinya? Dia seperti menghambakan dirinya di rumah puaka itu. "Tapi.." . "Ah takde tapi tapi, aku nak pergi rumah Cik Yam, kalau aku balik , kerja rumah ni tak settle, nahas kau!" . Kata Mak cik Ina kepada Ainur.

Sangat berat kepalanya untuk bangun pada pagi itu, namun apa dia boleh buat? Dia terpaksa juga berpenat lelah hari itu.

*************************

*Aman pov*

Pagi itu, seperti bukan pagi pagi yang biasa oleh Aman, dia rindu suara Ainur yang selalu membebel. Dia rindu Ainur yang selalu kelam kelibut.

"Hai Aman, you free tak hari ni? I ingat nak study sekali, sebab Add math punya soalan ni susah sangat lah, I nak minta tolong you ajarkan, boleh?". Kata Zara dalam nada suara yang ala ala manja.

"Tak boleh lah, sebab I ada plan lain hari ni, sori Zara" balas Aman pendek. "Hmm takpe lah " . Sebenarnya, Aman mahu berjumpa dengan Ainur.

Dia sangat risau dengan Ainur. Dia takut ada apa apa jadi terhadap kawan baik a.k.a crushnya itu.

Setelah tamat waktu persekolahan, Aman terus bergegas ke rumah Ainur. Ketika itu, dia lihat Ainur sedang menyidai pakaian. Tanpa berfikir panjang, dia terus menyergah Ainur dari belakang.

Nasibnya malang kerana Ainur memukulnya menggunakan baju yang sedia basah itu. "Sampai hati kau" . Kata Aman. " siapa suruh sergah aku dari belakang, gila?". Ainur jawab dengan selamba.

"Hmm.. kenapa pucat semacam je muka kau ni? Kenapa kau pulak buat kerja nih semua? " . Tanya Aman sambil membuat mimik muka pelik.

"Aku... " belum sempat Ainur menghabiskan ayatnya. Dia terasa seperti kepalanya sangat sakit. Dia ternampak bintang bintang di atas kepalanya dan kemudian pandangannya terus gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience