Chapter 12

Romance Completed 16646

Bab 12

AMAN

Huh, hari pertama SPM. Soalan boleh tahan susah siut. Ahh hari pertama exam tanpa ditemani Ainur. Hari pertama exam tanpa bantuan mengajar dari Ainur.

Aman mengomel sendiri ketika perjalanannya dari sekolah ke rumah. Sampai sahaja di rumah, Cik Esah, ibu kepada Aman menegur. "Hai, senyap je anak umi ni, Ainur mana? Bukan selalu kalau periksa, Aman belajar dengan Ainur ke?".

Ibu Aman, sangat faham dengan anak tunggalnya yang seorang itu. Ibunya juga jenis yang supportive. Jadi, dia kenal sesiapa yang berkawan dengan anaknya. "Ermm, Penat la umi, Aman naik bilik dulu eh". Balas Aman.

"Jangan lupa makan nanti, umi dah masak makanan favourite Aman". Kata ibunya. "Iyaa, mi". Balasnya pendek. Sampai sahaja ke bilik tidurnya, dia terus mandi.

Habis segar badannya. Daki daki peluh juga hilang semuanya. Aman jenis yang pembersih. Sebab tu juga, ramai gadis tergila gilakannya. Teringat dirinya akan kisah yang membuat dia dan Ainur bergaduh sehingga hari ini.

*********************

Wah, lambat dah aku ni, sekejapp Ainur, tunggu aku. Bisik hatinya. Tiba tiba dia terlihat Zara berjalan seperti orang yang mabuk. Nak cakap mabuk, takkanlah, tang mana pulak arak boleh seludup sampai ke sekolah.

Tanpa membuang masa, Aman mendekati Zara. "Zara, you okay?". Tegur Aman. "I'm..." tiba tiba Zara pengsan. Nasib baiklah, Aman sempat menyambutnya. Aman sangat panik ketika itu.

Dia mengangkat Zara dan mencari pemandu Zara. Dia memang sudah tahu yang Zara akan pulang dengan pemandunya setiap hari. Biasalah, anak orang kaya. Dari jauh, dia terlihat pemandu Zara, jadi dia terus mendekati orang tua separuh usia itu.

"Lah, Cik Zara pengsan lagi?". Kata pemandu tua itu. Aman terdiam. Lagi? Apa maksud lagi? Zara selalu ke, macam ni? "Eh, takpelah, anak ni, mesti kawan Cik Zara kan, ikut pak cik ke hospital ye, pak cik tak larat nak gendong dia". Kata orang tua itu.

"Okay, pak cik". Aman terus meletakkan Zara di tempat duduk belakang, dan dia pula duduk di sebelah tempat pemandu. Sepanjang perjalanan itu, mereka hanya berdiam diri. Mana lah ada topik nak dibualkan. Takkan lah nak cerita pasal bola sedangkan ada manusia yang tengah sakit.

Sampai sahaja di hospital, pak cik yang menggelarkan dirinya sebagai Pak Man itu, telefon ayah Zara. Aman pula, sibuk menunggu Zara di luar bilik kecemasan. Teringat dirinya akan perjanjian antara dia dan Ainur untuk belajar bersama. Alah, macam mana ni. Ah takpelah, Ainur mesti faham punya.

Tiba tiba doktor keluar dari bilik kecemasan itu. "Siapa, keluarga Cik Putri Zahra? ". Kata doktor yang kelihatan sungguh segak itu. Aman memandang ke kanan dan kiri, tidak pula dia melihat kelibat keluarga Zara, sibuk dengan kerja barangkali.

"Saya, kawan dia". Aman berkata kepada doktor itu. "Oh, boleh saya tahu, mana keluarga dia". Balas doktor berkot putih itu. " saya dari sekolah, jadi saya belum jumpa lagi dengan bapanya Zara." "Oh, tidak apa, keadaan Zara, baik. Cuma saya perlu berjumpa dengan bapanya." Kata doktor itu.

"Baiklah, kalau keluarganya sampai, saya akan beritahu yang doktor ingin berjumpa mereka". Tanpa membuang masa, Aman terus melangkah ke bilik di mana Zara ditempatkan. Sungguh selesa hospital swasta itu. Air cond kuat, ada televisyen, katil selesa. Ah, macam macam lah.

"Aman.." panggil Zara, suaranya sayup kedengaran. Lemah sungguh bunyinya. "Zara, are you okay? ". Kata Aman. "I'm okay, but i need to tell you something, memandangkan, kita kawan baik kan?". Balas Zara.

"What?". Aman tertanya tanya. "I love you, yah, i know, its too early right?

But I dah lama suka you, dari first time i met you". Kata Zara secara spontan.

Haa? Apa Zara cakap ni, apa dia merepek? Takkan dia suka aku. Patut ke aku suka dia balik. Ahh. "I need to leave". Kata Aman. Tiba tiba tangan Zara mencengkam tangan Aman sebelum dia beredar.

" I don't have too much time. I sakit okay. I have cancer. I'm sorry, but I just want you, teman I untuk hari hari terakhir I, please, jangan rapat dengan Ainur. You're hurting me" Kata Zara.

"Zara, its not a suitable time, untuk you main main, doktor kata you okay, jangan tipu I" . Aman semacam tak percaya. "Ye Aman, Zara sakit. Please teman dia, ikut apa dia cakap for the last time"

Aman terdengar suara orang, lalu dia palingkan kepalanya. "Pak cik ni, ayah Zara". Tanpa membuang masa, Aman menyalam tangan bapa Zara.

"Aman, please, bahagiakan Zara". Kata bapanya lagi. "Saya tak boleh janji apa apa, pak cik". Kata Aman. " Leave Ainur, for me. Lepas I dah takde..."

Aman memotong percakapan Zara. "No, no. Jangan cakap you dah takde or whatever else. Ye, I janji I akan jaga you, bahagiakan you and whatsover. And, yahh, I promise I will leave Ainur" Kata Aman.

Akhirnya, dia kalah dengan pandangan mata Zara yang kelihatan penyeksaan atas penyakitnya itu. Boleh ke aku tinggalkan Ainur? sedangkan selama ni, dia selalu dengan aku. Boleh ke tak, aku dah janji.

Aman Aman, apalah malang sangat nasib kau ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience