Chapter 2

Romance Completed 16646

Bab 2- Jangan dekat dengan dia!

Setelah melihat kejadian yang menyakitkan mata dan hati itu, Kat terus mencari ibunya, siapa lagi kalau bukan si nenek kebayan tu kan.

Kat masuk rumah menghentakkan kaki dan duduk bersama ibunya yang serupa nenek kebayan itu di ruang tamu. Biasalah sejak bapa Ainur pergi, mereka berdua memang dah serupa madam besar kat rumah tuh. "Bu, apa yang si Aman pandang sangat si Ainur tuh bu? cantik pun tak"

"Entahlah sayang, ibu tau jugak yang dia baik dengan anak ketua kampung tuh. Memang kalau nak ikutkan Kat lagi cantik daripada Ainur tuh. Mak dia tu perampas, anak dia pun sama. Tak paham betul ibu ni" kata Mak cik Ina mengimbau perkara yang terjadi antara dia dan ibu Ainur sebelum ini.

"Apa-apa pun, Ainur tengah date dengan Aman kat luar rumah kita, Ibu better go and check them up. Hati Kat dah menggelegak je tengok diorang date kat luar tuh" Ngadu Kat. "Eh betul ke? bertuah punya budak, aku suruh buat kerja kau sedap pergi berdating kat luar rumah aku"

Mak cik Ina bingkas bangun dari sofa dan keluar dari rumah menuju ke arah tempat Aman dan Ainur berbual. "Bertuah punya budak, lain aku suruh lain kau buat? kau ni memang dah takde maruah ke? Tak malu jiran jiran pandang serong kat kau?" Makcik Ina menengking. Ainur hanya menundukkan kepala tidak tahu mahu berbuat apa.

Aman hanya membekukan diri, tidak mahu ikut campur hal mereka anak beranak. "Baik kau, dengan ibu kau sama je! Miang, tak tahu malu" Makcik Ina bersuara lagi. " Sudahlah! tak cukup ke makcik hina ibu saya dari dulu sampai sekarang? Apa makcik dapat kalau buka kisah lama? Konon makcik nak tunjuk makcik tuh suci, tak berdosa? itu yang makcik nak tunjuk ke?"

Ainur meninggi kan suara. Pantas tangan Mak cik Ina dihayun ke muka Ainur, kuat tamparan Mak cik Ina sehingga kulitnya yang putih dan mulus itu, berubah menjadi kemerah merahan. Sakit ditampar, tidak sesakit seksa yang dia rasai oleh cacian Mak cik Ina yang agak keterlaluan.

Lagi sakit apabila, melihat Kat tersenyum melihat dirinya yang sedang kesakitan, bukan sahaja dia boleh bahagia dengan kesakitan yang dihadapi oleh Ainur, dia juga dengan selamba menggoda Aman.

Tanpa berlengah ,Ainur terus lari masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke biliknya. Aman yang dari tadi terkejut dengan tindakan Mak cik Ina, terus mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya.

**************************

*Ainur pov*

kenapa dia mesti ungkit kisah abah dengan ibu dulu? kenapa dia mesti caci aku? kenapa dia mesti seksa aku? apa salah aku dekat dia?

soalan demi soalan yang tidak akan terjawab dia ajukan kepada dirinya. Dia sangat sakit hati dengan Mak cik Ina tetapi dia tidak berani mengingkar.

Bapanya juga selalu menyuruhnya supaya mentaati Mak cik Ina walaupun dia bukan ibu Ainur yang sebenar. Kesakitan yang dialaminya tidak dapat dibendung lagi. Dia selalu menangis seorang diri.

Tiba tiba Mak cik Ina datang dengan muka bengisnya dan memarahi Ainur yang sedang menangis teresak esak. "Kerja kau belum siap, pergi masak untuk aku, aku lapar" , kata Mak cik Ina.

"tapi.." belum sempat Ainur habiskan ayatnya, Mak cik Ina sudah potong. " Ini rumah aku, kau jangan nak bantah arahan aku, kau belum kenal siapa aku?" kata Ibu tirinya yang kejam. Ainur bingkas bangun dari katilnya dan bersiap sedia untuk masak , supaya ibu tirinya tidak kelaparan.

" Dan, kau jangan berani berani nak dekati Aman lagi. Kau sedar sikit diri kau tuh, kau tak layak untuk dia! " . Ainur terdiam. Buatlah apa saja yang kau rasa betul. Buatlah apa saja untuk kau sakiti aku. Seksalah aku sampai kau puas, tapi kau takkan boleh buat aku jauh dari Aman. Bisik hati kecilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience