Chapter 31

Romance Completed 16646

Bab 31

"Maaf puan, saya dah cuba sedaya upaya. Tapi bayi dalam kandungan Puan

Ainur tak dapat diselamatkan" berita dari doktor itu cukup menyentakkan hati Aman, Puan Dahlia dan Puan Hajah Kamisah. "Tapi, Ainur selamat kan, doktor?" Tanya Aman ingin tahu. "Boleh saya tahu siapa tuan ni ye?" Doktor itu cuba berjaga jaga. "Saya suami dia" selamba jawapan Aman.

"Oh, baiklah. Puan Ainur masih tidak sedarkan diri. Tapi kalau keluarga dia semua nak melawat. Boleh. Cuma perlu jaga jaga kerana dia masih dalam keadaan terkejut" setelah doktor itu memberi izin untuk melawat Ainur, dia terus beredar. Umi, ibu dan Aman bergegas ke bilik Ainur untuk melihat keadaannya. Umi sebak melihat keadaan Ainur yang sebegitu rupa. Sumpah, kalau diberi pilihan. Dia mahu menukar dirinya dengan Ainur supaya Ainur tidak terseksa sebegitu sekali.

Aman duduk di samping Ainur. Umi dan ibu juga mencapai kerusi lalu duduk di sebelah Aman. Aman merenung wajah wanita yang sangat dia kagumi. Wanita yang sangat tabah melalui liku liku kehidupan. "Ibu, umi. Kalau ibu dengan umi nak pergi makan ke apa, takpelah, pergi je. Biar Aman teman Ainur" Ama berkata sedemikian apabila melihat wajah separuh usia umi yang kepenatan.

"Takpelah Aman, umi nak tunggu Ainur sedar" Aman hanya mengiyakan kata kata umi. Setelah 3 jam mereka tunggu di wad. Aman tertidur di sisi Ainur. Umi dan ibu juga mengambil tempat di sofa yang sudah disediakan di wad tersebut. Mujurlah, mereka berkemampuan, bolehlah mereka hantar Ainur, ke hospital swasta ini.

Ainur tersedar dan melihat Aman yang lena tidur di sebelahnya. Wajah seorang wanita yang sangat dikenalinya sedang lena tidur bersama wanita yang mirip wajah arwah ibunya. Ainur menolak nolak tangan Aman untuk mengejutnya. Aman tersedar. "Ainur? Dah sedar?" Aman merenung wajah Ainur. "Anak aku?" Soalan pertama yang berlegar legar di fikiran Ainur akhirnya dipersoalkan. Aman tidak tahu mahu berkata apa. Dia cuma menundukkan kepala.

"Aman, jawablah! Anak aku hidup lagi kan?" Aman tidak dapat menahan air mata daripada terus mengalir. "Aman, jawab aku! Pandang mata aku! Anak aku hidup lagi kan ? Aman jawab" Ainur terus paksa Aman untuk menjawab soalan yang mungkin sudah dia ketahui jawapannya. "Tak Ainur, anak kau dah takde" Aman cuba menahan sebaknya untuk beritahu perkara sebenar. "No, tak mungkin. Tak" Ainur terus meracau dan mengejutkan umi serta ibu.

"Sayang, Allah lebih sayangkan dia. Relakan dia pergi" umi bersuara. "Siapa makcik ni" walaupun Ainur dalam keadaan yang boleh membuatnya gila atau lebih spesifik, emosi tak stabil dia masih boleh menanya soalan itu dengan sopan. Umi terdiam seribu bahasa. Perlukah dia memberitahu perkara sebenar. Apakah masa sudah tiba untuk dia beritahu perkara sebenar?

"Muka makcik mirip ibu saya" balas Ainur lagi. Dalam keadaannya yang begitu, dia masih mahu tahu siapa sebenarnya wanita yang mirip ibunya. Dia mahu tahu tentang soalan yang kerap bermain dia mindanya sejak hari pertama dia melihat wajah wanita itu. Umi meluru ke katil Ainur dan memeluk Ainur sekuat mungkin. "Makcik ni umi, sayang. Ainur lupa umi ke?" Air mata berguguran sebaik sahaja dia memeluk satu satunya anak yang dia sayangi.

"Umi?" Ainur terkelu. "Ye sayang. Umi. Umi minta maaf. Keadaan yang buat kita macam ni. Umi tak pernah minta untuk tinggalkan Ainur dulu. Umi jaga Ainur dari jauh sayang. Makcik Ina yang buat keluarga kita macam ni" perkara yang hanya mahu dilontarkan dalam benak umi hanyalah kebenaran pada tika dan saat itu. "Tapi makcik ina dah.." umi memotong kata kata Ainur. "Dia tak pernah berubah sayang. Tak pernah dan tak akan. Dia tak akan puas selagi Ainur dapat hidup tenang" Ainur tidak dapat menerima kenyataan itu.

Sumpah. Terkejutnya hanya tuha saja yang tahu. Begitu kejam makcik Ina sampai sanggup bunuh anak yang aku kandungkan? Mengapa dia perlu berbuat begitu. Mengapa hatinya telah buta dikaburi dendam kesumatnya. "Mana dia sekarang umi?" Tanya Ainur. "Polis dah tangkap dia. Dia dah tak boleh nak ganggu hidup Ainur lagi" Jawapan umi sedikit sebanyak melegakan jiwa Ainur yang huru hara ditambah lagi dengan kehilangan zuriatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience