Chapter 17

Romance Completed 16646

BAB 17

Pagi itu, Ainur dan Adam bangun lewat. Biasalah. Pengantin baru. First night katanya. Malam yang sungguh indah buat Ainur. Untuk pertama kalinya dia merasa disayangi. Dia merasa pelukan yang erat daripada orang yang sungguh dia sayangi.

Apabila Ainur dan Adam tersedar. Mereka mandi. Kongsi bilik air? Ya of course lah! Kata pengantin baru. Mestilah sweet sweet. Mereka akhirnya turun ke ruang makan untuk bersarapan. "Aih, lewat kau bangun Ainur. Bagus betul perangai". Ainur tahu Mak cik Ina sengaja mahu menyindirnya.

"Alaa, biasalah mak cik, tidur lena malam tadi". Adam mencelah apabila melihat raut wajah Ainur yang sedikit bengang. "Abang! Abang lapar tak? Mesti abang lapar kan?". Alaa minah gedik ni pulak tunjuk lagak. Siapa lagi kalau bukan Kat. Adam hanya tersenyum melihat perempuan itu. What? Senyum! Kuajaa punya laki! Kau tak patut senyum pun!

Bisik hati Ainur. Entah mengapa tiba tiba nerve impulses dalam dirinya menghantar isyarat ke tangan Ainur dan terlepas lah satu cubitan yang sungguh dahsyat di bahagian perut suaminya. Hahaha padan muka! Ainur ketawa sinis apabila melihat suaminya mengaduh kesakitan. "Ouch! Sakit la sayang!". Kata Adam.

"Abang Adam sakit? Kau ni kenapa Ainur? Tiba tiba nak cubit suami kau? Jealous ke apa?". Kata Kat sambil memegang Adam. What? Jealous ke? Kepala otak kau la minah! Laki aku! Memang lah aku jealous! Apa masalah kau? Mahu saja dia hamburkan kata kata sebegitu kepada perempuan yang tidak habis habis mahu menggoda suaminya.

Ainur hanya tertunduk. "Tak payah la pegang pegang ni Kat, bukan muhrim lah" kata Adam. Ainur senyum sinis. Kelihatan muka Kat yang sentap!

Selesai sahaja makan, Ainur mengangkat semua pinggan dan terus mencuci pinggan pinggan itu. Walaupun dia bergelar isteri orang. Tetap sahaja, kerja pembantu rumah dia perlu lakukan. Sedih kan hidup Ainur ni. "Sayang, nak saya tolong?". Adam prihatin apabila melihat Ainur melakukan kerja kerja itu seorang diri.

"Tak payah lah, saya dah biasa buat kerja ni semua. Awak rehat ye sayang? ". Balas Ainur. Ainur juga sengaja menekankan sikit panggilan sayang itu apabila dia melihat Kat ingin melangkah masuk ke ruang makan. "Abang Adam, jom kita keluar tengok wayang ke? Kat boring la duduk kat rumah ni je". Kat sengaja mahu memanaskan lagi hatiku.

"Tengok wayang? Okay jugak tu ! Fast furious 7 baru keluar! Kawan abang kata best cerita tu!". Adam melayan karenah Kat. Hesh Adam ni, sengaja ke apa? "Ha ah! Jom la bang! Kita keluar!". Balas Kat. "Boleh, tapi abang mesti bawa Ainur". Kata Adam. "Alah, tak payah la bang". Balas Kat.

Ainur yang menyampah melihat adegan itu terus membuat keputusan untuk beredar. Apabila Ainur mahu keluar dari ruang makan. Tangannya digenggam oleh suaminya. "Pergi siap sayang, nanti kita keluar". Kata Adam.

"Takpelah abang, awak keluar je dengan Kat, saya okay". Walau hakikatnya aku takkan pernah okay kalau kau keluar dengan Kat. Kau keluar dengan betina tu. Malam ni kau tidur luar. Bisik hati Ainur. "Tak nak lah macam ni, siap okay sayang? Lagipun saya ada surprise nak tunjuk kat awak! Please sayang". Adam cuba memujuknya lagi.

Dari dulu sampai sekarang, Ainur memang dah faham sangat dengan perangai Adam. Dia takkan putus asa untuk mendapatkan apa yang dia mahu. "Yelaa bang. Saya pergi bersiap ye?". Balas Ainur. Malas mahu bertekak lagi. "Macam tu baru abang sayang!". Kata Adam. Kat yang berdiri tercongok di situ bagai tunggul. Tiada yang mempedulikannya. "Kat nak ikut abang tak?". Tanya Adam kepada Kat.

"Emm, okay Kat pergi siap dulu". Balas Kat. Adam faham sangat dengan perangai perempuan ketika bersiap. Selepas sahaja Kat pergi ke biliknya, Adam duduk di atas sofa untuk menonton televisyen. Kelibat Mak cik Ina tidak pula kelihatan. Barangkali wanita itu pergi bergosip di rumah jiran sebelah.

Adam juga dah masak sangat dengan perangai mak cik Ina ni. Bukannya dia tidak pernah membesar di sini. Ainur akhirnya siap dengan memakai kemeja, seluar jeans hitam dan selendang. Simple bukan? Makeup yang dikenakan pula hanya bedak asas dan lip balm.

Dah sudah tu, dia guna perfume victoria's secret. Ainur sudah cantik. Jadi buat apa mahu makeup setebal lima inci. "Cantik isteri abang". Adam memuji Ainur. "Abang perli saya an? Tahu lah saya tak cantik!". Kata Ainur sedikit rendah diri. "Mana ada! Nampak simple and sweet! Comel je". Adam memuji Ainur lagi.

"Yelaaa! Terima kasih puji". Rona kemerahan mula terserlah di wajah Ainur. Mereka menunggu Kat pula. Haa ni perangai Kat yang sungguh kurang dan sangat tidak digemari. Dia yang ajak orang keluar. Dia yang lambat bersiap. Biasalah. Kat memang mahu nampak cantik sahaja depan semua orang.

Dia keluar dari biliknya dengan memakai sundress yang bukan sedikit. Tetapi sangatt mencolok mata orang yang melihatnya. Kat memang seksi. Dia mengenakan makeup yang sungguh tebal. Bak kata pepatah boleh berjerebu satu Malaysia kalau ditepuk muka dia ni.

"Okay, dah siap. Jom gerak" kata Adam. Kat masuk ke perut kereta Volkswagen milik Adam. Pada mulanya dia mahu duduk di sebelah tempat pemandu. Well, Kat memang muka tembok! Setelah dipujuk oleh Adam, barulah dia melangkah untuk duduk di belakang.

Sampai sahaja mereka ke pusat beli belah, Adam meminta tolong Kat untuk membeli tiket wayang. Sebenarnya dia ingin menyendiri bersama Ainur. Entah mengapa Kat tiba tiba akur dengan arahan Adam. Dia pun melangkah ke KTV cinemas di situ. "Awak lapar tak sayang?" Tanya Adam kepada Ainur.

"Lapar? Bukan tadi dah makan ke?". Ainur pelik. "Alaaa jomlahh! Saya laparr".

Adam mencebik muka seperti kanak kanak yang tidak dapat gula. "Ye sayang. Jom makan". Mereka pun berjalan untuk ke sushi king. Well, Adam ni mengidam sushi. Dah lama tak makan katanya.

Jalan punya jalan. Ainur terlihat kelibat dua pasangan yang sangat sangat sangat dikenalinya. Aman dan Zara! Ugh! Macam mana dua ekor malaun ni boleh ada kat sini ? Minta dijauhkan lahh! Ainur seboleh boleh untuk mengelak Aman dan Zara.

Tetapi.. "eh Ainur!". Jerit Zara apabila melihat Ainur. Adam hanya buat muka selamba badak dia. Hesh dia ingat hensem ke buat muka macam tu?

Pembetulan. Dia memang hensem pun. Aduduuh! Apa aku nak buat ni!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience