Chapter 19

Romance Completed 16646

BAB 19

Mengah betul punggung Ainur. Dah naik kematu dah. Tapi tak sampai sampai. "Lama lagi ke bang?". Kata Ainur dalam keadaan yang mamai. "Rilek! Dah nak sampai dah". Ujar Adam dengan lembut. 'Dah nak sampai dah' dari tadi. Tapi tak sampai sampai.

Nasib badan lah. Tapi jalan yang Adam lalu ni, macam pernah lalu. Tapi di mana ya? Bisik hati Ainur. "Okayy! Dah sampai!" Adam bersorak kegirangan. "Oh no way man!!!! Ahh! Rindu nyaa!" Ainur bersorak juga. Sebenarnya Adam membawa Ainur ke Avani Resort.

Ainur gembira, bukan kerana hotel yang disediakan adalah di atas pantai. Tetapi, kerana tempat itu telah membawa seribu kenangan bersama Adam pada ketika dahulu. Di situlah tempat Ainur dan Adam berbaik. Sebenarnya, masa zaman kanak kanak, Ainur tidaklah terlalu baik dengan Adam.

Kalau berjumpa mesti mahu bertekak, kerana Adam memang kuat bidang bidang menyakat ni. Di situ jugalah, kali terakhir Ainur dan keluarganya bercuti bersama keluarga Adam. Keluarga mereka berdua memang sungguh rapat. Jadi, kalau ada cuti panjang, mereka akan pergi ke pusat pusat peranginan.

"You miss this place sayang?" Tanya Adam apabila melihat riak wajah Ainur yang sangat gembira. "Of course, I miss!!!! Thanks sayang!". Ainur separuh menjerit. Jeritannya terhenti apabila dia melihat raut wajah Adam yang seperti kepenatan. Muka Adam sungguh pucat seperti mayat hidup.

"Awak tak makan ke tadi? ". Ainur bertanya kepada suaminya. "Saya makan lah". Adam cuba menyorokkan sesuatu. Tiba tiba dia terbatuk. "Tak, awak okay tak ni?". Ainur risau. "Saya okayy. Jangan risau. Jom check in". Balas Adam. Mereka terus memunggah barang barang mereka ke dalam bilik selepas check in.

Adam bergegas ke tandas apabila semua barang barang berjaya dipunggah. Adam mengunci pintu. Ainur terdengar suara Adam terbatuk batuk. "Awak okay tak sayang? Need my help? Jangan la macam ni". Kerisauan semakin menambah nambah dalam jiwa Ainur.

Adam keluar dengan wajahnya yang pucat. "Saya okay hee". Adam tersenyum sambil mengusap lembut pipi Ainur.

****************************

-Adam pov-

Aku takkan beritahu Ainur pasal sakit yang aku hadap ni. Aku tanak dia risau. Ainur, maafkan abang. Abang terpaksa sorokkan sakit abang dekat Ainur. Sebenarnya tadi, Adam terbatuk batuk kerana dia lambat makan ubat. Dia terbatuk batuk di dalam tandas kerana dia tidak mahu Ainur risau. Sakitnya bukan sakit yang saja saja. Dia menghidap barah. Batuk berdarah. Perkara biasa dalam hidupnya.

Sampai bila aku nak rahsiakan dari Ainur? Sampai aku mati mungkin? Aku tak sanggup nak tengok walau sikit pun air mata di pipinya. Aku nak buat dia gembira. Aku tak nak dia menangis. Dia sudah cukup sengsara. Aku takkan tambah lagi kesengsaraan dalam diri dia. Cukuplah, aku yang tanggung ni semua sendiri. Aku tahu aku kuat.

Dulu, Adam pindah ke Johor Bahru, bukan saja saja. Dia mahu berubat.

Sakitnya sudah semakin pulih apabila menjalani rawatan disitu selama 2 tahun. Tetapi, lepas sahaja 2 tahun, doktor kata, bahawa virus kanser itu merebak semula ke seluruh badan. Dia juga sudah tidak mempunyai harapan untuk hidup lama.

"Adam ada permintaan terakhir ma". Adam memberitahu ibunya. "Apa dia Adam". Puan Jamilah mengusap lembut, rambut satu satunya anak lelaki yang dia ada. "Adam nak balik pada Ainur, Adam nak kahwin dengan Ainur. Boleh kan bu?". Adam bersuara lagi. Nak tak nak, Puan Jamilah mesti menunaikannya. "Boleh, sayang". Balas Puan Jamilah.

*******************************

"Hesh!! Berangan ehh? Ingat puteri raja mana tu?". Ainur mengusik Adam. "Eleh sibuk je nak tahu". Adam membalas usikan Ainur. "Macam lah ada puteri raja nak kat dia". Ainur balas sambil mencebik muka. "Siapa nak puteri raja? Beta memikirkan tentang puteri yang bertakhta di hatiku ini". Adam mula berdrama.

"Oww, siapakah gerangan puteri yang bertakhta di hatimu! Beritahu patik! Biar patik sembelih dia". Ainur mengusik lagi. "Mana boleh sembelih, kesian dia" Adam membalas dengan wajah yang konon konon serious. Akhirnya mereka berdua ketawa. "So, awak nak pergi mana dulu ni?". Adam tanya Ainur.

"Mandiiii!!!! Pantaii!!!!!" Ainur menjerit ke telinga suaminya. "Boleh pekak beta mendengar suaramu!" Adam merajuk. "Eleh, merajuk ke? Gi la merajuk dengan lembu sana" Ainur tidak henti henti menyakat Adam. "Alaa, ingatkan awak nak pujuk tadi" Adam mencebik. "Yelaa sayangku. Jom tukar baju. Kita peregi mandi ke pantai. Maukah?" Ainur cuba membuat lawak. "Yela jom!!".

Adam kembali ke mood asalnya yang gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience