Chapter 16

Romance Completed 16646

BAB 16

Ainur terasa sungguh letih petang itu. Penat dengan dugaan hidup. Penat untuk lalui semua ini. Apa apa pun yang terjadi, dia tetap reda menerima ketentuan ilahi. Kalau dah jodoh dia dengan orang lain. Kenapa pula dia mesti memberontak?

******************************* Hari perkahwinan..

Ainur bersiap awal pagi itu. Dia solat dan terus melilau melihat keadaan persekitaran. Kalau nak diikutkan hati, mahu saja dia lari dari rumah. Tapi apakan dayanya. Dia berfikir sejenak. Bagus juga kalau dia berkahwin. Sekurang kurangnya, dia dapat lepas dari seksaan neraka dunia di rumah ini.

"Hai, pengantin baru. Berseri sungguh muka". Kata Mak Minah a.k.a mak andam yang paling terkenal di kawasan perumahan di situ. Sejujurnya, Ainur tidak suka untuk make up tebal tebal. Almaklumlah mak andam ni memang suka makeup tebal tebal. Jadi awal awal Ainur sudah memberitahu yang dia hanya mahu makeup yang natural.

Mak andam itu mula mengerjakan tugasnya. "Cantik sangat Ainur ni, tak payah nak make up tebal tebal. Untung siapa yang dapat". Kata mak andam itu. Ainur hanya tersenyum mendengar kata kata perempuan separuh usia itu. Selesai sahaja dengan muka. Ainur terus menyarung baju.

Warna putih yang suci menambah lagi keserian di wajah Ainur. "Ainur, pengantin lelaki dah sampai!". Kata sepupu Ainur, Rafar selaku reporter tidak berbayar.

Entah kenapa, tangan Ainur mula berasa sejuk. Darah yang mengalir seakan membeku. Teruja? Mestilah tak. Gementar? Mestilah! Entah siapa lah bakal suamiku. Bisik hati Ainur. Mak cik Ina memegang tangan Ainur dan menyuruh Ainur duduk di atas pelamin secara paksaan.

Ainur pun tidak faham dengan perempuan tua itu. Macam marah? Okay. Tiba tiba aku terdengar tok kadi mula menanyakan soalan seperti rukun islam kepada bakal suamiku. Pantas dia menjawab. Barangkali, bakal suamiku seorang yang taat kepada perintah agama.

Selesai sahaja akad nikah "aku terima nikahnya" sah Ainur yang baru berusia 18 tahun menikah dengan seseorang yang langsung tidak dikenalinya. Kecewa? Hidup mesti diteruskan. Aman? Entah dia hidup atau mati. Aku dah tak mahu ambil peduli. Aku mahu rumah tangga aku bahagia.

Walaupun susah, aku cuba pupuk cinta untuk suamiku. Syurgaku dia bawah telapak kaki dia. Tanpa Ainur sedari, dia menangis. Suaminya datang untuk upacara batal wudhu. Dia seperti memahami keadaan Ainur. "Awak menyesal kahwin dengan saya?". Bisik lelaki itu.

Ainur mendongakkan kepalanya sedikit. Terkejut beruk bukan kepalang !!!! Hafeez Adam. Seorang lelaki yang sangat dia kenali. Hafeez Adam kawan kepada Ainur dan Aman sejak kecil lagi.

Adam berpindah ke Johor Bahru ketika Ainur berusia 13 tahun. Jarak usia antara Ainur dan Adam hanya 3 tahun. Tuhan saja yang tahu betapa rindu Ainur terhadap Adam. Dia mahu luahkan segalanya pada Adam. Dia mahu ceritakan semuanya pada Adam mengenai Aman.

"Eh, kenapa buat muka macam tu?". Balas Adam geli hati melihat tindakan Ainur. Ainur berasa malu. Adam menyarung cincin di jari manis Ainur tanpa berlengah.

******************************

Selesai majlis akad nikah

"Mana awak pergi selama ni? " kata Ainur kepada lelaki yang sudah sah menjadi suaminya. "Laa saya pergi JB la, ikut papa". Balas Adam. "Bukan tu, kenapa awak pergi tanpa khabar berita? Kenapa langsung tak call ke apa? Saya tunggu lama tau!". Ainur sedikit marah.

"Awak rindu saya ? ". Balas Adam. Wajah Ainur kemerahan. "Semua benda berubah sejak awak pindah". Kata Ainur. "Maksud awak? ". Balas Adam pelik. "Saya sunyi. Saya dah tiada sesiapa. Selalu kena dera dengan mak tiri saya. Aman pun dah tinggalkan saya untuk perempuan lain". Balas Ainur dengan tangisan.

"Tinggalkan awak sebab perempuan lain? " Adam terkejut. "Yah, saya nak lupa dia. Saya nak mulakan hidup baru". Balas Ainur. "Awak suka dia kan sayang? " desssup! Padan muka! Memang dari dulu sampai sekarang. Adam ada bakat untuk *membaca* Ainur.

"Saya.." Ainur menarik nafas panjang dan hembuskan. "Ya" pendek jawapan Ainur. "Awak nak mulakan hidup baru?". Balas suaminya. "Saya nak keluar dari sini. Saya nak kejar cita cita saya. Saya nak kerja. Tapi.. " Ainur terdiam sejenak. "Tapi apa? Awak ingat saya tak faham awak? Ainur, awak nak jadi pakar sakit puan kan? Dah lama awak idam bende tu, dari kecil lagi. Awak jangan risau sayang. Saya faham awak" balas suaminya.

Ayat ayat itu membuat Ainur terkedu. Dia rasa sedikit terharu kerana akhirnya ada orang yang memahaminya. Ainur terus memeluk suaminya itu seerat erat yang mungkin. "Sabar sayang. Tunggu malam sikit. Saya pun belum mandi ni". Kata Adam sinis.

"Eyyy gedik! Siapa nak..." okay. Dah tersilap buka kata. "Nak apa sayang? ". Balas Adam. Akhirnya mereka ketawa. Ainur mencapai tuala supaya Adam dapat mandi setelah mereka bergurau sakan.

"Menyampah betul la bu!!!!". Kata Katrina kepada ibunya. "Apa engkau ni tetiba?". Balas mak cik Ina. "Takde lah, suami dia dah la hensem! Baik pulak tu, senang la hidup dia lepas ni. Kaya lagi!!! Apa ni bu? Asal bagi dia kawin dengan laki hensem tuuuu???". Kata Katrina dengan nada yang sungguh mengada ngada.

"Mana lah aku tahu, alaa kau ni pun. Goda jela laki dia tu. Ainur tu bukannya cantik sangat. Confirm la mesti laki dia terpikat ngan kau!". Balas Makcik Ina. Ada ada jela dua beranak ni! Asyik sebok nak kacau hidup orang je. Tak boleh langsung tengok Ainur hidup senang. "Hahha, betul jugak kan bu! Okay!". Katrina ketawa mengilai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience