Chapter 8

Romance Completed 16646

 Bab 8 - Denda?

"Woi, berani kau cakap macam tu dekat anak aku". Kata Mak cik Ina. Aman hanya diam. Nak ikutkan hati, memang dia nak je, mencarut lebih banyak, dek kerana dia sudah lama geram dengan nenek kebayan seorang itu.

Raut wajah muka Kat mencerminkan kekecewaan yang dia rasai apabila Aman menolaknya. Well, dia memang layak ditolak pun. Siapa nak perempuan gatal gitu kan?

"Saya bukan nak kurang ajar mak cik, tapi anak mak cik ni dah melampau sangat" .Aman tidak puas hati. "Apa yang melampau, kau tu harap je anak ketua kampung, tapi langsung tak hormat orang tua".

Mak cik Ina balas dengan perasaan marahnya yang sedang membuak buak. Aman dan Ainur terdiam seketika. Kat pula dari tadi seronok kerana dirinya dipertahankan.

Sebenarnya, nenek kebayan itu tidak mahu dimalukan lagi, jadi dia mengambil langkah untuk pulang ke rumah. "Oh ya, kau jangan nak mengada sangat lah ya? Balik awal sikit ye, anak kesayangan. Banyak lagi kerja kat rumah menunggumu".

Sempat lagi, dia berpesan dengan ayat yang sinis sebelum dia pulang ke rumah. "Kau tak payah balik rumah puaka tu, boleh tak Ainur?" Kata Aman kerisauan dengan ayat yang dilontarkan oleh Mak cik Ina sebentar tadi.

"Habis, kat mana aku nak tinggal?". Balas Ainur. Aman terdiam. "Kau jangan risau lah, aku okay" .Ainur cuba membuat Aman tenang. Biarlah, dia derita seorang diri, dia tidak mahu orang lain ikut campur hal nya. ********************************

Setelah tiga hari Ainur tinggal di hospital, tiba masa untuk dia pulang ke rumah puaka itu. "Kau sure kau akan okay?". Kata Aman. Sepanjang tiga hari Ainur di hospital, Aman setia menjaganya.

Kebetulan, hari Ainur masuk ke hospital, jatuh pada hari cuti pertengahan tahun. Jadi, senanglah Aman bahagikan masa untuk menjaga Ainur di hospital. "Thanks, Aman. Kau kawan paling baik aku pernah ada".

Ayat kawan daripada Ainur membuatkan Aman hanya terdiam. Tanpa melengahkan masa, dia hantar Ainur pulang ke rumah dengan menaiki kereta Proton Viva yang dimilikinya.

Memang dia baru sahaja tingkatan 5, tetapi bapa Aman ketua kampung, dia juga menjalankan business. Jadi, dapatlah Aman merasai memandu kereta sendiri. "Jaga diri kau baik-baik Ainur"

Pendek kata Aman tetapi membawa seribu makna. Dia kasihan lihat Ainur di dera.

"Eh, intan payung sayangku dah balik ke? Awat tak stay je kat hospital sampai kau mampus?" Kata Mak cik Ina sinis. Sakit hati Ainur bila ibu tirinya meluahkan kata kata yang kurang enak didengari itu.

Kau tak payah nak mengada sangat, pergi buat kerja rumah sekarang. Ainur tidak membantah. Dia terus melakukan pekerjaan yang disuruh nenek kebayan itu. Tengok balik, memang serupa kisah Cinderella si Ainur ni.

Tapi sekurang kurangnya Cinderella ada pari pari yang boleh tolong dia. Aku ni? Bisik Ainur dalam hati. Esok sudah bermula sesi persekolahan seperti biasa. Jadi, terpaksalah dia siapkan kerja dan cepat masuk tidur.

***********************************

Pagi itu, Ainur datang sedikit lewat dek kerana Mak cik Ina yang tidak sudah sudah menyusahkan dirinya. Masuk sahaja ke kelas, dia lihat Aman berduaan dengan si Zara. Bingit dia bukan kepalang. Oops, mana boleh, dia bukan hak aku. Bisik Ainur.

Tijah atau nama panggilannya Tijah pot pet, selaku wartawan tak berbayar di kelas itu juga melihat Aman dan Zara 'berdating'. Nampak sahaja Ainur masuk pintu kelas.

Dia terus mendapatkan Ainur. "Apa kena mengena Aman dengan budak baru tu eh?". Dah mula dahh, si Tijah ni nak berbusy body. "Sabarlah, aku belum duduk pun lagi, kau ni". Balas Ainur.

Tanpa melengahkan masa, dia terus memalingkan kepalanya ke arah yang bertentangan dengan tempat Aman 'berdating' . Selesai sahaja dia duduk. Tijah menanyakan soalan "kau tak jelous ke?". Wehh! Kalau tanya hati of course jealous.

Siapa tak sentap tengok kawan baik a.k.a crush kau berdating dengan orang lain. Memang itu sahaja, ayat yang bermain main di fikiran Ainur. Tapi, dia tiada kekuatan untuk meluahkan ayat tersebut.

"Mana ada lah! Eh Tijah pot pet, kau pergi jaga tepi kain kau boleh tak? ". Tidak sangka Ainur boleh mengeluarkan kata kata sebegitu kerana dia sangat sopan sebelum ini.

Tijah tersentak apabila dimarahi Ainur sebegitu rupa. Dia terus kembali ke tempat duduknya. Rasa mahu menangis pun ada bila Aman buat dia macam tunggul.

Dia teringat semula janji yang dibuat oleh Aman 2 minggu lepas , untuk buat study group. Jadi, dia pun merancang untuk buat study group itu. Tiba tiba Fauzi selaku ketua kelas berteriak " selamat pagi, cikgu". Ainur terkejut.

Dia membuat muka malu kerana hanya dia sahaja yang tidak berdiri ketika menyambut cikgu ke kelas. "Ainur, apa yang awak berangankan? Nak kahwin cepat ke apa? Awak ni" bla bla bla. Sungguh banyak mulut Tipah cute a.k.a guru disiplinnya.

Kenapa cute? Actually, takde lah cute mana. Cuma badannya yang montel dan gebu itu, membuatkan orang panggil cikgu cute. "Ermm.. " balas Ainur apabila dia sudah dimalukan oleh Tipah cute itu.

"Kamu keluar sekarang" . Pantas, Ainur keluar. "Jerit selamat pagi cikgu sekuat yang boleh sampai saya puas" . Betapa merahnya muka Ainur, hanya orang yang dapat melihatnya.

Dia menjerit sekuat hati. Lagi bingit apabila Kat dan Zara ketawa terbahak bahak. Aman boleh pula tersenyum melihat dia diseksa begitu. Wahh, sedap kau tunjuk senyum sinis kau tu Aman.

Dia pelik. Sebenarnya, dari darjah 1 mereka masuk ke kelas yang sama. Tapi,

tidak pula Aman ketawa atau senyum apabila dirinya didenda. "Kenapa awak berhenti?!!" Haa sudah, berangan lagi, haishh Ainur, Ainur.

Setelah tamat sesi berdekah dekah itu. Dia pun masuk ke kelas. Rakan sekelasnya memandang sinis sahaja kepada Ainur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience