Chapter 23

Romance Completed 16646

 Bab 23

"Amende yang kau cuba sampaikan ni?" Aman menjawab pelik. Adam hanya terdiam. "Kau ingat Ainur tu bola ke? Main pas pas. Kau ingat dia takde perasaan? Dia sayang kau. Kau nak sia siakan dia. Kau rugi. Kau sangat rugi. Jangan jadi macam aku Adam. Aku khianat cinta dia kat aku! Aku bodoh ! Pergi cari Zara bila dia selalu tunggu aku" tanpa Aman sedari, air mata yang bertakung dari tadi menitis juga.

Dia tidak boleh tahan dengan apa yang dia rasa. Sakit hatinya tiada siapa yang tahu. Seksanya melihat orang yang kita sayangi bersama orang lain. Melihat orang yang kita sayang bahagia dengan orang selain kita, sangat sakit. "Look, aku sayang sangat dengan Ainur. Dia amazing woman that I've ever meet. Aku tak pernah jumpa perempuan setabah dia, tapi.. " Lagi sekali Aman potong percakapan Adam. "Tapi apa? Kau dah ada betina lain?" Aman sinis. "Kau ingat aku macam tu ke Aman? Aku sakit. Sakit yang boleh bawak mati. Aku nak Ainur bahagia tanpa aku. Dia layak dapat kebahagiaan. Aku taknak dia tersiksa. Aku sayangkan dia" Adam membalas. "Huh, sakit apa pulak kau ni" Aman membalas.

"Kanser. I've got a cancer. 5 tahun bukannya singkat bila aku pindah dari kawasan perumahan kita dulu, kan? Aku tak nak korang risau pasal aku. Aku pergi tanpa pamit sebab aku nak korang benci aku. Aku nak korang lupa aku. Masa tuh, doktor kata memang aku dah takde harapan nak hidup. Tapi, alhamdulillah, aku still hidup sampai sekarang. Aku buat keputusan untuk datang balik, bila aku dah sembuh, dan aku dapat tahu kau hindari Ainur, aku tak sanggup tengok dia sedih. Aku sengaja minta mak aku masuk minang Ainur. Aku bahagia sepanjang perkahwinan aku ngan Ainur. Tapi virus cancer aku, merebak semula. Doktor hanya bagi aku sebulan. Untuk aku hidup. Tapi kalau lebih dari tuh, memang mustahil"

Kali ini,giliran Adam pula untuk menitiskan air mata. Aman terdiam. "Aku rela, tengok orang yang aku sayang bahagia dengan orang lain, dari meratap sedih sebab aku. Aku nak orang yang aku sayang happy tanpa aku"

**************************************** End of flashback..

"Abang termenung apa tuh?" Ainur tanya kepada Adam yang langsung tidak fokus dengan apa yang dia bincangkan dengan ibu Adam. "Ha ah, apa yang kau termenung dari tadi Adam? Sian isteri kau ni, macam tunggul dok cakap dengan kau" giliran ibunya pula bersuara. "Takde apa la bu"

Adam terfikir tempoh sebulan yang diberi doktor, tinggal 10 hari. Seriously? Kalau aku dah takde, siapa yang berjaya mengukir senyuman di wajah orang yang aku sayang ni? Ya allah. Kau bahagiakan lah mereka, walaupun tanpa aku di sisi. Macam mana anak aku yang bakal lahir nanti. Macam mana kalau dia terfikir siapa bapa dia? Aku kena kuat.

Selesai sahaja menyampaikan berita gembira tentang kehamilan Ainur, mereka pulang ke rumah. Ainur keluar dari kereta dengan wajah yang kepenatan. Biasalah, bakal ibu kan. Mestilah penat sentiasa. Dia masuk ke rumah diiringi Adam. Adam mandi dan terus berbaring di atas katil usai memakai baju. "Macam mana kalau saya dah tiada satu hari nanti" ayat itu terkeluar dari mulut Adam dan seterusnya membuat Ainur yang duduk di meja solek terkedu. "Saya ikut abang lah" balas Ainur selamba. "Saya serius ni, balas lah betul betul" Adam membalas. Ainur meninggalkan meja solek itu dan duduk di atas katil bersama Adam. Dia merenung mata orang yang sungguh disayanginya itu. Dia mengusap pipi Adam. "Hey, saya sayang abang tau. Saya serius. Saya tak boleh hidup tanpa abang. Abang yang keluarkan saya dari seksaan makcik Ina. Saya taknak hidup kalau takde abang " balas Ainur lembut. "Sayang.." Ainur memotong "Saya taknak abang cerita pasal takde ni semua. Tolonglah, saya masih tak kuat untuk hadap semua benda tanpa abang"

Air mata Ainur mengalir secara tiba tiba. Dia seperti tidak dapat menahan rasa sebak. Lahai lah kau ni Ainur. Cengeng betul. Adam mengusap pipi Ainur yang dibasahi air mata dan dia memeluk isterinya itu. Adam baring dan meletakkan kepala Ainur di atas dadanya yang bidang. "You hear that sound sayang?"

Adam menanyakan soalan kepada Ainur. " Suara dupdap?" Ainur membalas.

"That sound will not stopping whenever I be with you, I will always love you. Today and forever until my last breath sayang" suara Adam yang garau membuatkan Ainur rasa sungguh selamat.

Ainur rasa tenang apabila bersama Adam. Rasa itu hanya ada apabila dia bersama Adam, bapanya dan Aman. Aman, ahh kenapa aku masih tak boleh lupakan dia. Aku rindu dia. Mana dia sekarang. Hesh apa aku nih. Aku ada suami kot. "I love you too sayang" Ainur membalas kata kata Adam. Akhirnya Ainur tertidur di atas dada Adam.

Pagi pagi lagi Ainur sudah lari ke bilik air. Adam yang sedari Ainur tiada di atas katil terus menjenguknya di dalam bilik air. "Uekkkkk" Ainur sibuk muntah di sinki dalam bilik air sampai tidak menyedari kehadiran suaminya. Ainur memicit micit kepalanya yang berdenyut. Kalau lah tiap hari macam ni, mau tak masak aku. Adam mengusap lembut belakang badan Ainur dan Ainur terus muntah semula. Mual Ainur sangat teruk.

"Sayang, awak dah makan ubat yang doktor bagi belum?" Adam bertanya. "Belum" Ainur membalas. Tiba tiba sakit kepala Adam datang, dia terasa seperti ingin marah. Lagi lagi apabila Ainur tak ikut nasihatnya. "Kan abang dah kata makan ubat ikut masa! Yang awak degil sangat kenapa? Kan dah mual semua!" Adam meninggikan suara.

Ainur terkejut kerana itu merupakan kali pertama Adam meninggikan suara. "Takdelah, saya..." " saya apa! Busy buat apa sampai tak dapat makan ubat? Sukahati awak lah!" Adam terus beredar dari tandas itu. Tujuannya beredar sebenarnya ingin memakan ubat. Sakit kepalanya menjadi jadi. Kekadang emosinya turut terganggu apabila dia lambat makan ubat.

Usai sahaja makan ubat, Adam mengambil keputusan untuk mandi dan bersiap ke tempat kerja. Apabila masuk sahaja ke dalam bilik, dia terlihat Ainur menangis. Em? Kenapa dia menangis? Sebab aku termaki dia tadi ke? Aduh. Bodohnyaaa! Bisik hati Adam. Dia terus mendapatkan Ainur yang terduduk di atas katil.

"Sayang, abang minta maaf sebab termarah awak" Ainur hanya mendiamkan diri. "Janganlah nangis. Emosi saya tak stabil tadi" tetap juga tidak dilayan Ainur. "Bagai, sebuah cerita aku dan dia, bermula hanya matanya yang mempersona, dia membuatkan, hari hariku bagai sempurna, tiada celanya, malam ku gelisah, siang ku bertanya, jika kau tak bersama" Adam sengaja menyanyikan lagu favourite Ainur.

Ainur akhirnya ketawa terbahak bahak apabila Adam menyanyi. "Yelah, yelah, tahulah suara saya tak sedap. Merajuk ah!" Adam sengaja ingin mengacau Ainur. "Eleh papa kuci kuci, janganlah merajuk lama lama, nanti mama rindu"

Ainur cuba memujuk suaminya. Adam tersenyum, lalu dia mengusap perut

Ainur yang masih kempis itu. "Anak papa jaga mama tau, kalau papa dah takde" Ayat itu terkeluar dari mulut Adam apabila dia teringat tempoh yang doktor beri.

"Apa awak.." "shhhh, esok kita keluar makan sayang? Saya ada special dinner untuk awak" Adam membalas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience