Chapter 13

Romance Completed 16646

BAB 13

Tamat SPM..

"Aku dah siapkan segala persiapan, aku tau kau kahwin tahun depan. No excuses". Kata Mak cik Ina memekik di pagi hari.

Hesh nenek kebayan ni, aku tau lah nak kahwin nanti. Tak payah lah nk pekik pekik kat telinga aku. Kata Ainur di dalam hati. Tekanan dalam dirinya sudah tiada terkata. Aman masih tidak menegurnya daripada hari terakhir SPM.

Jadi, dia juga malas nak mengambil tahu hal lelaki 'bertuah' itu. Kau buat lah hal kau Aman, aku dah tak nak tahu dan ambil tahu dah. Cukup lah kau malukan aku depan Zara.

Mindanya berkata begitu, tetapi jauh di sudut hatinya. Ainur masih sangat mencintai Aman. 11 tahun mereka berkawan. Aman pergi membawa kesan yang sangat mendalam.

"Apa kau termenung lagi tu? Gosok cepat baju aku tuh!". Kata Mak cik Ina seperti biasa. Seperti biasa di sini ialah dengan suaranya yang seumpama ayam berkokok di pagi hari.

Mana taknya. Menjerit kalau boleh, nak jiran selang 7 rumah dengar. Yang menjadi masalahnya, Ainur tercongok di depan matanya. Bukannya berada 5KM jauh.

********************

Hari terima result...

"Hebat, Ainur. Keputusan kamu sangat memberangsangkan. Di mana kamu akan melanjutkan pelajaran kamu?". Kata Puan Hajah Kamisah. Guru kelas Ainur yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri.

Kebetulan, Hajah Kamisah memang kawan rapat arwah ibunya. Jadi, dia selalu melayan Ainur seperti anaknya sendiri di sekolah.

"Mungkin saya akan melanjutkan pelajaran ke UM?". Kata Ainur. Yah, memang sudah lama dia ingin belajar di situ. Ingin belajar bidang pakar sakit puan yang telah lama menarik minatnya.

"Kalau kamu mahu, saya boleh tolong". Kata Hajah Kamisah. Ainur hanya mengangguk. Apa lagi dia mahu katakan? Lepas ini hidupnya akan huru hara. Kahwin dalam usia yang muda. Dengan lelaki tua.

Dah nasib. Sesudah dia berbual dengan Hajah Kamisah, dia terlihat Aman dan Zara. Raut wajah muka Aman kelihatan sangat gembira. Mungkin result Aman bagus. Bisik hati Ainur.

Terdetik di hatinya untuk tanya kepada Aman bagaimana keputusan rakan karibnya itu. Tapi semua itu seperti impian. Tiada apa lagi yang dia boleh lakukan untuk mengembalikan persahabatan yang pernah akrab dahulu.

Ainur balik ke rumah dengan perasaan yang hampa sedangkan keputusan peperiksaannya sangat baik. Bukan semua orang dapat mencapai straight A dalam SPM.

Tiba tiba rumahnya dipenuhi selipar dan kasut. Haih. Nak cakap Mak cik Ina nazak. Tak mungkin lah. Elok je memekak pagi tadi. Ke...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience