Chapter 30

Romance Completed 16646

Bab 30

Sebulan telah berlalu, Ainur sangat mempercayai Makcik Ina dan Kat. Selama sebulan juga pelbagai rancangan jahat telah digagalkan manusia yang mendengar perbualan mereka anak beranak. Bermula daripada racun, sehinggalah pelbagai benda yang mereka telah rancangkan. Pernah sekali, Makcik Ina menyediakan masakan yang telah dicampur racun, tetap juga tidak berjaya. Elok je Ainur makan.

Walaupun pelbagai benda macam ni berlaku, dia tetap tidak berputus asa. Hari ini dia merancang untuk melicinkan lantai bilik air. Tidak seperti rancangannya sebelum ini, dia hanya berdiam diri dan tidak memberitahu sesiapa. Dia masuk ke dalam bilik Ainur dan meletakkan sabun tersebut di lantai bilik air. Selesai sahaja menuang sabun di lantai itu, dia terus keluar dan memulakan rancangannya.

Kat yang keluar rumah pada ketika itu. langsung tidak mengetahui tentang rancangan ibunya. Makcik Ina masuk ke dalam bilik air di bilik tetamu dan memulakan lakonannya. "Ainur!!! " jerit makcik Ina memanggil nama Ainur. Ainur terkejut dan mendaki tangga untuk ke bilik tetamu. "Ye makcik?" Tanya Ainur. "Makcik nak minta sikit syampu kamu. Syampu dalam bilik air ni dah habis la, Nur" kata Makcik Ina dari dalam bilik air.

"Oh tuh je ke, kejap eh, Ainur tolong ambilkan" Ainur berlari anak dan masuk ke dalam bilik air. Dia tidak menyangka lantai bilik air itu licin dan boom. Dia jatuh, darah mengalir dengan sangat banyak. Ainur menjerit meminta pertolongan. Dia terus cuba menguatkan kudratnya untuk mencapai telefon bimbit yang elok terletak di atas katil. Dia cuba bergerak dengan darah yang tidak berhenti mengalir. Telefon dicapai dan nombor telefon Aman didail.

"Aman, tolong aku. Datang rumah aku sekarang" Ainur yang sudah tidak berdaya. Mana nak menahan sakit, mana nak bercakap lagi. Mana makcik Ina pada ketika dia memerlukan.

Aman bergegas ke rumah Ainur. Hatinya sangat gundah. Fikirannya langsung tidak tenteram. Apa yang dah jadi dekat Ainur? Ada pencuri masuk ke? Tak, tak mungkin ataupun dia dah nak bersalin? Damn baru 4 bulan dia hamil. Persoalan demi persoalan menghantui jiwa Aman sepanjang perjalanan ke rumah Ainur.

Setelah sampai, Aman keluar dari perut kereta dan segera masuk ke rumah

Ainur. Nasibnya baik kerana pintu tidak berkunci. Aman berlari anak ke bilik Ainur. Terkejut. Itu sahaja perasaan yang dapat digambarkan Aman pada ketika itu. Ainur, rakan baik merangkap kekasih hatinya terbaring dengan berlumuran darah.

Dia segera mendapatkan Ainur. "Nur, tahan sikit. Aku dah datang ni" Aman cuba menahan sebak di dada. "Aman" Ainur lemah. Dia cuba kuatkan diri. "Ye sayang. Aku ada ni" Entah dari mana boleh wujud perkataan sayang dari mulut Aman. "Sakit" Ainur mengetap bibir. "Ye ye aku tahu" Aman mendukung Ainur dan meletakkan Ainur ke dalam perut kereta.

Muka Aman sangat gelisah. Dia tidak terdaya melihat kesakitan yang dirasai Ainur. "Sabar eh, kita dah nak sampai" Aman cuba menenangkan Ainur yang tidak berhenti menggenggam tangannya.

**************************************************************** ***

"Macam mana dengan Ainur?" tanya seorang wanita separuh usia yang datang secara tiba tiba di hadapan Aman. "Ainur masih dalam bilik rawatan makcik" balas Aman. Wanita itu mengangguk. "Makcik ni siapa ye dengan Ainur?" setahu Aman, dia tidak pernah melihat wanita ini . "Saya.." tiba tiba muncul Puan Hajah Kamisah entah dari mana.

"Eh, ibu" Aman menyalam tangan Hajah Kamisah. "Macam mana keadaan

Ainur, Aman?" tanya ibu. "Saya tak tahu la bu, dia masih dalam bilik rawatan. Saya risau sangat ni. Tadi waktu saya datang rumah dia, saya nampak dia berlumuran darah" balas Aman. "Perempuan tu memang nak kena. Tak pernah nak insaf. Entah apa lagi dia nak dengan keluarga aku" tiba tiba wanita tadi bersuara.

"Sabarlah Lia. Aku pun taktahu apa yang dia nak" balas Puan Hajah Kamisah. Perempuan? perempuan mana ni? Keluarga dia? Siapa keluarga dia? " Em, boleh saya tahu siapa makcik yang sebenarnya?" tanya Aman kepada wanita tadi. "Panggil saya umi. Umi ni, ibu Ainur" jawapan wanita tadi, cukup membuat Aman ternganga.

"Tapi, Ainur kata, ibu dia dah lama meninggal" balas Aman kembali. "Panjang cerita dia" Umi menundukkan kepala. Tiba tiba kelibat Makcik Ina dan Kat muncul di situ. "Berani kau tunjuk muka kat sini ?" tengking umi apabila lihat kelibat makcik Ina. "Apa? aku nak tengok keadaan anak kesayangan aku" sinis jawapan Makcik Ina.

"Kalau ada apa apa jadi kat anak aku, aku tak teragak agak nak buat laporan polis, Marina!" sambung umi lagi. "Report apa? Macam mana kau boleh hidup? Aku sendiri dah tengok jenazah kau! tak, tak kau tak boleh hidup" kata makcik Ina. "Puas hancurkan hidup aku? aku tak dapat jaga suami aku bila dia sakit. Apa lagi kau cuba buat? Bunuh cucu aku? Kau memang sakit jiwa!" balas umi meninggikan suara.

"Tak, kau dah mati!" jerit Puan Marina. "Hahaha. Aku? Mati? kalau aku mati.

Aku takde dekat sini. Kau nak dengar cerita aku? " Puan Marina tertunduk.

"Takpe, kau taknak dengar pun aku akan cerita, syaitan bertopengkan manusia" Kemarahan Puan Dahlia Haidar tidak dapat dibendung lagi. Manusia yang berada di hadapannya telah banyak menyeksa hidupnya. Terlalu banyak.

"Kau suruh budak kau, racun aku setiap hari. Setiap hari aku diseksa. Kau nak bunuh aku huh? Bunuh saja. Tak payah seksa. Racun tuh dah lumpuhkan segala organ dalaman aku. But surprise! Aku hidup lagi. Tuhan tuh sayang aku. Dia bagi aku peluang untuk hidup dan bongkar semua kerja jahat manusia lahanat macam kau!

Memang kau nampak jenazah aku. Tapi lepas saja kau keluar bilik mayat, doktor kesan semula nadi aku. Ye, aku masih hidup saat dan ketika itu. Dia cuba sedaya upaya untuk selamatkan aku. Aku suruh doktor tuh rahsiakan pasal ni. Hahahaha kau rasa kau dah cukup bagus Marina? Tak!" sambung umi menceritakan kisah lampaunya.

"Tak, kau tak patut hidup. Kau perampas. Perampas yang tak patut hidup pun! Aku dah suruh orang culik kau, bunuh kau. Aku tak tahu apa liat sangat nyawa kau ni!" balas Makcik Ina. Umi mengeluarkan phone nya. "Kau nampak ni? Semua bukti aku dah record" umi ketawa tanpa henti. Adegan itu sangat menyeramkan Aman sebagai pemerhati.

Puan Marina menarik Kat yang masih terpinga keluar dari hospital itu. Mereka berdua ditahan pihak polis. Terbit satu kepuasan dalam jiwa umi. Sumpah dari dulu sampai lah sekarang. Selagi Puan Marina tak dapat balasan yang setimpal. Umi tidak akan senang duduk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience