Chapter 9

Romance Completed 16646

 Bab 9 - Mungkir janji

Kringgggg...

Sangat nyaring bunyi loceng sekolah yang menandakan sudah masuk waktu pelajar untuk rehat. Masa untuk mereka merehatkan otak yang sudah sekian lama diperah. Masa seperti ini digunakan untuk para pelajar untuk makan, bergosip dan sebagainya lah kan. Ainur pula sibuk makan roti sardin yang telah dia sediakan pada awal pagi tadi. Sambil- sambil tu, dia sempat menjenguk ke pintu kelasnya. Pelik. Itu sahajalah yang dia dapat lihat dengan perubahan Aman yang kian mendadak.

Mana lah kau ni Aman. Dah tak ingat aku lagi ke. Mentang mentang lah, dah ada kawan yang lagi cantik dari aku, kau lupa aku eh. Siot betul. Ainur mengomel sendiri. Dia tiada sesiapa. Kawan pun sekerat je. Ada yang kawan sebab nak ambil kesempatan ke atas dia. Zaman sekarang kan, kau ingat senang nak cari kawan sejati? Ainur tidak mudah percaya kepada orang. Jadi hanya Aman sahaja yang mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada Ainur.

Tapi, Aman seperti sia siakan kepercayaan diberi kepadanya apabila dia buat Ainur seperti patung. Kesian si Ainur ni. Sedang dia sibuk mengomel sendiri. Aman dan Zara datang menghampirinya. " Woi, berangan eh kau ! pikir pasal aku eh? " . Ternyata serkap jarang Aman terhadap dirinya selalu betul. Memang dari tadi, si Ainur ni sibuk fikir pasal kawan baiknya yang satu itu. Hati Ainur berbunga apabila melihat Aman muncul di hadapannya. Tapi, berbulu pula matanya melihat Zara yang sibuk pegang tangan Aman.

Eh perempuan, kau ingat sweet buat camtu depan aku? Nak sahaja Ainur hamburkan kata tu pada Zara yang perangainya tidak ubah seperti Kat yang menjengkelkan. "Eh, tak ada maknanya lah aku nak fikir pasal kau, tak penting pun". Balas Ainur hambar apabila melihat Zara yang berlagak seperti girlfriend Aman. Mana taknya, dok tergedik gedik. Sesiapa yang melihatnya akan berasa sangat menyampah apabila melihat adegan yang kononnya sweet itu.

"Sayang, study group jom petang ni, SPM dah nak dekat. You, boleh tolong

saya ajarkan add math kan sayang?". Boomm! ayat Aman memang tak fikir perasaan orang sekeliling langsung. Orang sekeliling yang dimaksudkan ialah......... Zara lah siapa lagi kan? Ainur punya hati banyak suka. Hahahah padan muka kau Zara. Dari tadi, Zara hanya menjeling Ainur dengan rona mukanya yang semakin kemerah merahan. "Okay, sayang. I ajar you nanti ". Wah, Ainur pun nak jugak balas dendam.

Apalah nasib Zara hari itu. Tapi peduli apanya si Ainur ni. Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya. Jangan rampas Aman kalau kau tak nak rasa pedas ye, Cik Zara yang gedik ala ala beluncas. Tanpa Ainur sedari, Aman berbunga dengan ayat yang dibalas Ainur. Yelah, selalunya, ayat sweet yang dihamburkan selalu diberi jawapan yang agak hambar. " Okay, petang ni eh?". Aman balas dengan ayat untuk cover malunya.

Zara rimas dengan adegan yang dibuat buat itu, jadi, dia tarik Aman ke tempat duduknya. Ainur hanya menjeling ke arah mereka. Mana tak geramnya. Zara baru kenal dengan Aman, tapi dah buat macam sudah ada ikatan yang sah. "kenapa you, mesti bersayang sayang dengan Ainur tu?". Tanya Zara kepada Aman.

Tanpa mereka sedari, Ainur mencuri dengar perbualan mereka. "Takde apa lah, kitorang kawan je, you jealous ke?". Balas Aman sinis. "Mana I tak jealous, you tergedik gedik dengan dia". Zara kelihatan seperti marah. Aman terdiam. Hatinya berbelah bagi antara Zara dan Ainur. Dia sangat sayang kepada Ainur, tapi dia tidak mahu kehilangan Zara.

Aman menghadapi keadaan yang sukar untuk menentukan kawan, atau kekasih. Dua dua baik, dua dua manja dan bergantung padanya. Boleh jadi gila juga untuk menentukannya. " Penting sangat ke, dia pada you?". Tanya Zara. "Tak, I tak tau". Balas Aman. Ainur yang dari tadi yang khusyuk mendengar perbualan mereka tersentak, apabila Aman tidak kata kepada Zara bahawa Ainur penting dalam hidupnya.

Dia tidak mahu sakit hati lagi. Jadi, dia terus beredar keluar ke kelas. Hatinya sakit apabila Aman semakin berubah. Bukan apa, 2 bulan yang lepas, apabila kawan lelaki Aman tanya apakah Ainur penting dalam hidupnya. Aman langsung menjawab yang Ainur sangat penting. Tapi, kenapa bila dengan Zara, kau tak ngaku yang aku penting dalam hidup kau? Kau suka dia ke? Ainur mengomel sendiri.

***************************************************************

**************************************************************** ****************************

g Tepat pukul 1.05 petang, murid murid sekolah beredar pulang ke rumah. Ainur pula menunggu di sebuah pondok yang dikhaskan untuk pelajar yang stay untuk belajar. Kelibat Aman tidak dia kelihatan. Walaupun begitu, Ainur setia menanti. Takpelah, mungkin kau ada hal, tapi kalau kau takde juga, jangan harap aku nak tegur kau lagi.

Sudah berejam Ainur tunggu, tapi kelibat Aman langsung tidak kelihatan. Lama sangat dia tunggu, jadi dia terlena seketika. Apabila dia tersedar, hari sudah lewat petang. Dia merenung ke jam tangan pemberian arwah bapanya. Sudah pukul 6 petang tapi, batang hidung Aman masih tidak kelihatan.

Dengan perasaan yang agak kecewa dan marah, dia pulang ke rumah. Nasib Ainur sangat tidak baik pada hari itu. Masuk saja rumah, PAPPPPP!!! wahhh pedihnya. Hadiah dari Mak cik Ina hinggap di belakang badannya. Apa hadiahnya? tentulah tali pinggang dan nafsu kemarahan ibu tirinya.

Mak Cik Ina tidak puas memukul Ainur. Memang semua kemarahannya dia lepaskan kepada Ainur pada hari itu. " Kau kenapa? dah tak ingat rumah? siapa yang nak buat kerja kerja rumah ni?, Kau ni memang betul betul lah menyusahkan aku!! " . Marah Mak Cik Ina. Setelah puas menyebat Ainur, dia suruh Ainur naik ke bilik dan tukar baju sekolahnya.

"Oh ya, sebelum kau naik, aku nak bagitau kau, yang lepas SPM kau kena kahwin, no excuses ye intan payung?" Kata Mak Cik Ina. " Haa? kahwin? mana boleh, saya nak capai cita cita saya dulu. Saya tak terfikir pun nak kawin, saya..." . Wahh tak sempat lagi Ainur habiskan ayatnya, Mak Cik Ina sudah potong. "Kau jangan ingkar arahan aku!"

"Walau apa pun, kau kena kawin jugak! Bapak kau berhutang sampai 50,000 ringgit. Tang mana aku nak bayar? lagipun bapak kau yang pinjam, so, kau la penjaminnya." Speechless bak kata orang putih. Ainur dah tak tau nak bantah dengan apa. "Kau ingat, orang yang berhutang tidak akan aman dekat sana, kau nak bapak kau mati dengan tak tenang?"

Ainur sangat sayang akan bapanya. Dia sanggup buat apa sahaja untuk membantu bapanya. Tapi, dia tidak terfikir pun sampai kena kawin. Macam mana dengan cita cita yang aku selalu idam idamkan? Perlu ke aku kawin? yang menjadi masalahnya. Bersediakah aku, untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience