Chapter 5

Romance Completed 16646

Bab 5- Berubah?

Guru sejarah mereka pada hari itu tidak masuk ke kelas, jadi murid- murid kelas 5BSC melakukan aktiviti masing masing.

Ada yang sibuk dok betulkan tudung, ada yang sibuk bercerita hal hal yang tidak ada kaitan dengan sekolah.

Lain pula dengan Ainur yang dari tadi asyik membuat ulang kaji. Biasalah, SPM menghampiri kan?

Aman pula dari tadi sibuk memandang ke arah pelajar baru tersebut. Naik jelak juga Ainur melihat Aman. "Jealous? Takkan lah, aku tak patut pun jealous, dia bukan hak milik aku.. ahh bodoh lah kau Ainur" . Bisiknya dalam hati.

Dalam diam, Ainur sangat terasa dengan sifat Aman yang asyik memandang

ke arah pelajar baru itu, tetapi apa dia boleh buat? Tiba -tiba, Aman menghampiri pelajar baru itu.

Dari jauh Ainur dapat lihat kemesraan Aman dan pelajar itu. Biasalah, cantik sama cantik, memang sangat padan. Sakitnya hati Ainur tuhan saja yang tahu.

**************************

Kringg~~

Loceng bergema menandakan waktu rehat . Aman kembali ke tempat duduknya. Namun, Ainur langsung tidak memandang ke arah Aman seperti biasa kerana tidak sanggup menahan sakit hati melihat kejadian tadi.

Dengan selamba, Aman berkata "Eh, Ainur, aku pergi rehat dulu eh, dengan Zara, bye". Zara atau nama panjangnya Puteri Zahra. Nama pelajar baru yang menjadi kegilaan ramai lelaki termasuk Aman.

Lebih terasa Ainur dengan tindakan Aman itu. Tapi, dia tidak mahu timbulkan isu, sudah lama dia berkawan dengan Aman. Dia tidak sanggup untuk menghadapi pergaduhan disebabkan perkara yang kecil.

*******************

Setelah tamat waktu rehat, Ainur terus bertanya kepada Aman ,"kau free tak lepas balik sekolah ni? ". "Kenapa?" Aman jawab dengan selamba sambil sibuk memerhati Zara. "Study jom? " . Balas Ainur. "Malaslah Ainur, banyak hal yang aku kena uruskan". Ainur tersentak dengan ayat dari Aman. Dia terdiam lalu berkata " hal apa, yang penting sangat sampai tak boleh nak belajar sekali dengan aku?" .

Ainur sebenarnya pelik kerana Aman jarang mengatakan tidak kepada pelawaannya. "Bukan hal kau lah Ainur, sibuk je". Aman membalasnya dengan sedikit meninggi kan suara.

Ainur terdiam dan tidak bersuara lagi. "Aku minta maaf Nur, tapi aku ada hal petang nih, esok aku confirm boleh". Kata Aman memujuk.

"Okay". Selepas sahaja Ainur balas ayatnya itu, Aman terus pergi ke tempat Zara dan sibuk berchit chat. Ainur tidak terdaya untuk berbuat apa apa, ketika melihat Aman dan Zara bermesra.

Hatinya sakit, kecewa, terluka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience