Chapter 28

Romance Completed 16646

BAB 28

Tak mungkin perempuan tuh hidup lagi. Tak tak mungkin. Aku nampak sendiri jenazah dia. "Apende yang ibu sibuk menungkan tuh?" Tanya Kat apabila melihat ibunya yang sangat runsing. "Takde apa lah. Ibu cuma terfikir pasal arwah mak Ainur" balas makcik Ina. "Kenapa ibu terfikir tentang mak dia pulak, apa dah takde benda lain ibu nak fikir huh?" nama Ainur sangat menyakitkan hati Kat. "Aku dah bunuh mak dia dulu, macam mana dia boleh hidup semula" Kat tersentak. Tidak menyangka yang ibunya, orang yang selalu dengannya seorang pembunuh.

Setelah selesai kenduri arwah tadi, mereka dua beranak balik ke rumah semula dan sejak pulang tadi, makcik Ina tidak berhenti termenung. Mengimbau masa lalu. Masa lalu yang hitam yang dia tidak mahu ingat langsung pun sebenarnya.

Flashback

"Saya tak kira! Abang kena ceraikan jugak perempuan tak guna tuh! apa yang abang nak sangat dari dia? Apa yang dia ada " Jerit Makcik Ina kepada suaminya pagi itu. Bukannya tak biasa jiran jiran mendengar mereka bertekak. Bahkan memang selalu sangat dengar mereka laki bini bertengkar. Telinga penduduk situ dah lali. Penampar yang memeritkan dihayun ke wajah makcik Ina. Hinaan wanita itu sudah melampau. "Abang tak pernah tampar saya sebelum ni" makcik Ina menangis.

"Mulut awak tuh makin lama makin melampau. Awak tengah bercakap dengan siapa ni? saya suami awak!" balas suaminya. "Suami tak guna? sejak bila pula abang pandai mengaku abang suami saya?" Encik Mokhtar yang malas mahu bertekak lagi dengan isterinya keluar dari rumah itu. "Keluar lah! pergi cari betina sundal tuh!" Jerit makcik Ina lagi. Tanpa Puan Marina sedari, anaknya Kat sedang elok menangis apabila memerhati kedua ibu bapanya bertengkar.

Terbit rasa benci di dalam jiwa Kat. Dendam pada anak bapanya. Puan Marina yang berang kerana ditampar suaminya duduk seketika di sofa dan menelefon seseorang.

"Ya, aku nak kau hapuskan dia"

"Aku tak kesah berapa ribu pun kau nak aku bayar. Janji perempuan tuh terseksa sebelum dia mati"

Keesokan harinya, makcik Ina mendapat panggilan dari seseorang.

"Kami dah dapat tangkap dia"

"bagus, jangan bagi dia terlepas pun, racun aku dah sediakan di rumah kosong yang aku suruh kau pergi tadi"

"Buatpe racun tuh? bunuh jela terus"

"Aku nak dia seksa dan perlahan lahan mati"

Makcik Ina meletakkan telefon apabila melihat kelibat suaminya masuk ke dalam rumah.Muka suaminya itu sangat runsing, dia membawa seorang anak kecil sebaya Katrina masuk ke dalam rumah itu. Walaupun Makcik Ina sangat berdendam dengan ibu anak kecil itu, dia terpaksa berbuat baik kepada anak kecil itu. Mana taknya, harta suaminya itu mestilah banyak. Kalau dia tak layan Ainur dengan baik, melepas lah dia.

"Abang baru balik? Kenapa nampak runsing je ni?" plastik. Itu sahaja gambaran makcik Ina pada ketika ini. "Takde apalah, saya nak rehat" Encik Mokhtar terus berlalu ke biliknya meninggalkan Ainur bersendirian bersama Makcik Ina. Hatinya puas. Makcik Ina memerhati sekeliling. "Kau duduk dalam bilik Kat. Kau jangan memandai nak menyusahkan aku. Aku benci dengan kau! Kalau kau bagitahu bapak kau, aku layan kau macam ni. Mampus kau aku kerjakan.

6bulan kemudian

"Apa mayat isteri saya?"

"Baiklah saya datang sekarang"

"kenapa ni bang?" Tanya Makcik Ina berpura pura tidak tahu. "Mayat Dahlia dah jumpa sayang, syukurlah" Lepas Puan Dahlia diculik, Encik Mokhtar dan Puan Marina jarang bertekak. Cuma Ainur yang sering diseksa. "Syukurlah" air mata palsu bercucuran. Sumpah, orang tua ni memang boleh menang award pelakon terbaik.

End of flashback

Tak mungkin perempuan tuh masih hidup. Aku dah racun dia. Kalau hidup pun, dia seharusnya dah lumpuh. Tak, tak mungkin. Rasanya cuma pelanduk dua serupa. Dia dah mati. Tapi macam mana kalau dia masih hidup dan dia buat laporan polis. Ah tidak. Benda ni tak mungkin jadi seperti ini. Kau tunggu Dahlia. Aku takkan bagi kau hidup dengan tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience