Chapter 4

Romance Completed 16646

Bab4- Budak baru???

Kringgggg ~~~

Gamat dan bising betul suara loceng sekolah mereka. Loceng telah berbunyi tetapi Aman dan Ainur masih belum sempat menghabiskan makanan mereka.

Aman makan dengan laju dan lahap seperti tidak makan sebulan. Geli hati Ainur melihat gelagat Aman yang sibuk menghabiskan makanannya.

Ainur tahu, Aman bukan jenis yang suka membazir. Jadi, dia jarang membuang makanan yang dibelinya. "Kau pergi jelah dulu Ainur, nanti kau kena denda pula, tak sanggup aku tengok kau kena rotan, biar aku je yang kena nanti". Aman bersuara sedikit risau.

" alahh, takpelah, kau ni sweet sangat lah, jangan risau aku okay, cepat sikit habiskan makanan kau". Balas Ainur. Susah senang, mereka selalu bersama, daripada mereka berumur 6 tahun lagi, mereka sudah berkawan baik. Jadi, tidak adil lah, kalau Aman kena rotan sesorang kan?

"Aku dah siap, jom lah". Jawab Aman. "Okay". Mereka sangat beruntung kerana guru disiplin tidak hadir pada hari tersebut, jadi mereka pun masuk ke dalam barisan masing masing.

***********************************

Selesai sahaja perhimpunan, mereka masuk ke kelas. Aman duduk di belakang

Ainur. Jadi, lebih mudah lah untuk mereka berbincang atau berbual. Kat juga sekelas dengan mereka. Jadi, Kat terpaksa menahan sakit hatinya terhadap Ainur di sekolah dan membalasnya di rumah kelak.

Sedang asyik Aman dan Ainur berbual, Cikgu Saadiah merangkap guru kelas mereka masuk ke dalam kelas. Di belakangnya terdapat seorang pelajar perempuan yang sangat cantik rupanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience