Chapter 7

Romance Completed 16646

Bab 7- Makian? Cacian?

Tiba tiba kepala Ainur terasa berat, dia perlahan lahan membuka matanya, dia dapat lihat Aman yang setia di sampingnya. "Apa kau buat kat sini? Aku kat mana?"

Pantas, Ainur menanyakan soalan kepada Aman untuk mengetahui hal yang sebenar. "Kau jangan degil sangat, duduk diam diam, rehat. Kau kat hospital ni". Balas Aman dengan wajahnya yang tenang.

"Aku... aku nak balik". Kata Ainur. "Kau kenapa? Kau sakit tau, tak payah nak mengada" Aman sedikit geram dengan ayat Ainur. "Banyak lagi kerja aku kena buat, nanti Mak cik Ina marah". Ainur ketakutan, sebenarnya dari tadi wajah Mak cik Ina bermain main di fikirannya.

"Kenapa badan kau bengkak bengkak? Apahal macam berbilai semacam je? " . Aman cuba mengubah topik. Ainur hanya terdiam, dia tidak tahu mahu kata apa.

"Ke, mak tiri kau dera kau?" . Aman menanya lagi. Kali ini tekaannya betul. Ainur mengangguk apabila mendengar soalan darinya. "Aku.. "

Tak sempat lagi dia mahu habiskan kata katanya, Aman sudah potong.

"Kenapa kau tak pernah bagitahu aku Mak cik Ina zalim sampai pukul kau gini?". Aman marah. "Aku dah takde sesapa untuk aku bergantung Aman, aku tak nak apa apa jadi dekat Mak Cik Ina, aku tak nak orang lain pandang buruk dekat dia". Balas Ainur.

Ainur ni, jenis yang baik tidak bertempat langsung. Seksa lah dia macam mana pun, dia tetap sabar. "Kau tak boleh macam ni... " kali ini masa untuk Ainur pula potong kata Aman.

"Tak boleh macam mana? Kau tak faham Aman. Kau masih ada mak bapak kau, kau bukan macam aku, aku anak yatim piatu. Aku dah takde sesiapa lagi kat dunia ni". "Habis, siapa aku? Siapa aku dalam hidup kau? Bayang bayang kau?"

Aman sangat bengang dengan kata kata Ainur. Selepas sahaja ayat tu keluar dari mulutnya. Dia terus keluar dari wad tempat Ainur ditahan. Terdetik rasa bersalah dalam hati Ainur.

Tanpa melengahkan masa, Ainur menguatkan kudratnya untuk berlari mengejar Aman. Akhirnya, dia terjumpa Aman duduk di kerusi yang dah disediakan pihak hospital.

Kedudukan kerusi itu, lebih tertutup. Tidak ramai orang yang berada di situ pada masa itu. Ainur datang dan duduk di belakang Aman.

Ainur dapat rasakan yang Aman tidak mengetahui kehadirannya itu. "Aku mintak maaf Aman, aku mintak maaf sangat sangat. Kau bukan je kawan, kau abang, kau segalanya dalam hidup aku, jangan merajuk dengan aku, aku dah takde sesiapa Aman" . Pujuk Ainur.

Aman terus menoleh ke belakang, "aku dah kata, aku akan selalu dengan kau, tapi kau tak pernah faham, kenapa Ainur? Ke mata hati kau tu dah tutup untuk aku?" . Kata Aman.

Sejujurnya, Ainur memang blurr bila lelaki cakap ayat sweet yang berkias. Jadi, dia hanya membalasnya dengan "ah?" . "Kau tak faham lagi ke?". Aman cuba menunjukkan hint, bak kata orang putih.

"Faham apa? Eh, malas lah aku nak faham, kau dah tak merajuk dengan aku lagi kan? Syukurlah". Ainur dengan pantas mengubah topik yang sedang dibincangkan.

Aman bengang, tapi dia hanya menjawab "hmm, ye aku tak marah lagi. Tapi janji dengan aku, kau tak boleh sebut ayat kau takde sesiapa depan aku, kau faham tak?"

"Yes, boss!" Balas Ainur. "Dah, pergi balik wad kau sana, aku nak belikan makanan untuk kau". Kata Aman.

"Thanks sayang, " tiba tiba ayat sayang terkeluar dari mulut Ainur. Hati Aman berbunga. Ainur dengan selamba terus kembali ke wadnya tanpa memikirkan ayat cepumas yang dia sebut kepada Aman sebentar tadi.

Aman sangat faham dengan tekak Ainur. Ainur tidak suka makan, makanan yang disediakan hospital. Tidak ada rasa katanya. Jadi, Aman terpaksa turun ke kantin di hospital itu untuk membeli makanan yang mengikut selera tekak Ainur.

Tiba -tiba Mak cik Ina dan Kat masuk ke dalam wadnya. "Kau ni kenapa? Suka lah kau, duduk sini macam orang kaya, tak payah sibuk nak buat kerja rumah kan? Kau ni memang tak berguna la, kalau aku tau, dari kecik, aku dah bunuh kau, kau tau tak? "

Ainur hanya mendiamkan diri apabila mendengar makian Mak cik Ina. Tanpa Mak cik Ina atau Kat sedari, Aman dari tadi mendengar makian Mak cik Ina dari luar. Dia sudah membeli makanan dari kantin hospital tersebut.

Jadi, dia terus berjalan ke wad Ainur. Hati Aman, makin panas apabila mendengar cacian Mak cik Ina. Jadi, dia terus masuk ke bilik tempat Ainur di tempatkan.

"Eh, Aman, sihat?" Mak cik Ina mahu "cover" kejahatannya itu. Kat pula sibuk memegang lengan Aman. Aman sangat rimas dengan tindakan Kat. Huh, katanya aku perempuan murah. Tanpa kau sangka, Kau lagi murah, malah terlebih murah daripada aku Kat. Bisik Ainur dalam hati.

"Lepaskan aku boleh tak? Rimas lah". Aman menjerit marah. "Alah, you ni, jangan la macam ni, jom kita keluar makan" kata Kat dengan gaya yang boleh buat semua orang di sekelilingnya muntah hijau.

"Tak nak, aku nak jaga Ainur". Kemain berbunga hati Ainur, bila Aman sanggup tidak keluar makan semata mata untuk menemaninya. "Alah, you jangan la jaga perempuan murah ni, you jaga hati I je okay? ". Kata Kat.

"Siapa yang kau kata murah? Kau tak sedar ke, kau lagi murah daripada Ainur ni? Kau tau tak, kau tak ubah seperti manusia yang desperate dengan jantan?" Aman bingit dan bengang dengan ayat yang Kat lontarkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience