Chapter 21

Romance Completed 16646

Bab 21

Selepas 4 bulan..

Sudah sebulan Ainur diakad nikahkan dengan Adam. Bahagia hidupnya hanya tuhan saja yang tahu. Sungguh, Dia sangat sayang akan suaminya itu. Dia tidak mahu lagi kehilangan suaminya. Adam membeli sebuah rumah corner-lot sempena hadiah perkahwinan mereka. Jadi, terlepaslah seksaan yang Mak Cik Ina beri kepada Ainur selama ini.

Selama 4 bulan ini juga, Ainur selalu melihat suaminya menyembunyikan sesuatu. Kalau nak kata sorokkan perempuan lain. Melampau sangat. Adam bukan jenis yang suka sorok sorok perempuan ni. Kadang kadang Adam okay. Kadang kadang kepalanya pula sakit. Muka Adam juga selalu pucat sekiranya dia lambat makan.

Perkara itu sangat Ainur khuatiri. Tapi, apakan dayanya. Adam kalau dah tekad nak sembunyikan sesuatu, sampai hujung nyawa pun, dia akan sorok.

-Ainur pov-

"Sayang, abang keluar dulu eh? jaga diri" Adam berkata sambil mencium dahiku. Entah mengapa, aku terasa sungguh lemah pagi ini. Nak bangun pun dah tak larat. Nak kata demam, badan aku takdelah panas mana. "Awak nak pergi mana ni?" Aku membalas dengan keadaan yang sungguh lemah.

"Awak okay tak ni sayang? lemah semacam je suara awak ni" Adam membalas. "Emm saya okay, rasa loya sikit je" Aku membalas. Memang betul pun, dari semalam aku rasa loya. Pening kepala bukan main. "Nanti siap, lepas saya balik, kita terus keluar. Okay?" Adam membalas sambil mengusap pipiku lembut.

"Awak nak pergi mana sebenarnya ni?" Balasku ingin tahu. "Saya ada hal sayang. Sekejap je, nanti saya balik" Adam cuba menyorokkan sesuatu. Haish tak nak bagitau takpelahh. Bisik hati Ainur. Adam akhirnya keluar rumah. Bunyi deru enjin kereta Adam kedengaran. Bermakna dia sudah keluar dari rumah.

Tiba tiba perutku rasa tak enak. Rasa macam ada sesuatu yang perlu dimuntahkan. Aku berlari anak masuk ke bilik air dan....Uwekkkkk!!! muntah sehabis mungkin. Sungguh kalau diberi pilihan, aku nak je hentak kepala ni kat dinding.

Dengan perut yang tak sedap. Dengan kepala yang sakit. Apa seksa lah kali ni.

Setelah puas sesi bermuntah muntahan. Aku membuat keputusan untuk mandi. Mungkin ia dapat meredakan sedikit sakit kepala. Selesai mandi, aku memakai baju lengan panjang berwarna biru gelap dan skirt hitam labuh yang aku beli secara online.

Aku pun tidak faham, apa yang sudah terjadi dekat diri aku. Dulu, kalau nak suruh pakai skirt bukan main payah. Yelaa, rimas kot. Aku bukannya jenis yang tahu diam. Sebenarnya, semalam aku mencuba cuba untuk pakai jeans favourite ku. Tetapi malangnya...... TAK MUAT! Rasa nak nangis time tu.

Bukannya "rasa nak nangis", dah nangis dahh. Mana tak nangisnyaa, seluar kesayangan akuu kot tuh! Bila dah syok nangis layan perasaan, Adam a.k.a prince charming aku masuk ke dalam bilik. "kenapa awak nangis ni sayang?" Adam pelik.

"tengoklah ni, dah tak muat dah seluar ni!" Aku cuba menahan sebak macam orang gila yang menangis dengan sebab yang entah pape. Adam ketawa mengekek. " Asal ketawa? sukalah kann bini awak dah macam doraemon! fine, tanak kawan!" Aku membalas. Entah kenapa emo tak tentu pasal.

" Awak kenapa sayang? emo tak tentu pasal? demam eh? ke pregnant" dezuss. Tapi macam ada betulnya jugak. Orang mengandung selalu ada perubahan emosi. Tapi awal sangat lah kalau mengandung pun. Aku tersedar dari lamunan apabila Adam memeluk pinggangku dari belakang.

"Dah ready nak gi klinik?" Adam mengajukan soalan kepadaku. Pinggangku masih tak lepas dari pelukannya. "Dah" Aku menjawab pendek lalu tersenyum melihat wajahnya yang sungguh tampan itu. Aku berjalan mengiringi Adam untuk masuk ke dalam kereta.

Aku masuk ke dalam perut kereta setelah Adam membuka pintu kereta untukku.

Sweet sungguh suamiku ini ! terasa seperti jatuh cinta pandang kedua pulak!! "Abang suka tengok Ainur pakai skirt" Adam berkata kepadaku ketika perjalanan untuk ke klinik. "Abang perli saya an" Aku membalas. "Mana ada, bini Adam kann memang cantik" Alahaii terasa panas pipi ni bila dipuji sebegitu.

Setelah sampai ke klinik, Adam mengambil nombor giliran dan aku terus duduk di kerusi yang disediakan di situ, Mujurlah harini, tak ramai orang. Sebenarnya, harini hari kerja. Adam sengaja ponteng. Yelah, dah kata bos. "Puan Ainur Aiesha?" Nurse disitu memanggil namaku.

Adam terus menggenggam tanganku dan menarikku masuk ke bilik doktor. "ya puan, ada apa yang saya boleh bantu" kata Doktor yang memakai tanda nama Ramona. "Lately ni, saya selalu muntah muntah la doktor. Perut pun rasa mengulas je. Langsung tak selesa" Aku membalas.

Doktor itu mengeluarkan botol urine. "Puan, saya akan ambil ujian daripada urine puan" Doktor itu menghulurkan botol tersebut kepadaku. Aku terus mengambil dan bergerak menuju ke tandas. Adam pula menunggu di luar. Dah sudah tu, aku keluar tandas dan menuju ke bilik doktor.

Doktor Ramona mengambil botol urine itu dan hulurkan kepada jururawatnya untuk dibuat ujian. Selepas itu, dia suruh aku baring di atas katil. Aku hanya akur dan baring di katil tersebut. Doktor membuat pelbagai checkup ke atas diriku.

Selesai sahaja checkup, jururawat itu tadi memberitahu sesuatu kepada doktor.

"Kenapa dengan isteri saya? " Adam bertanya dengan nada yang sungguh risau. Aku tersenyum sinis melihat wajahnya yang sangat khawatir. "Mengikut ujian urine dan checkup tadi, positive" kata doktor itu sambil tersenyum kearahku.

Seperti dapat mengagak sahaja. "haa! positive apa doktor?" Makin terkejut beruk Adam. "Sabar tuan, tahniah! isteri anda mengandung 2 bulan" Doktor itu mengekek ketawa. Adam berasa sungguh bersyukur. Entah kenapa air mata berlinangan ke pipiku. Terharu sungguh barangkali.

" Nanti ambil ubat di kaunter" Doktor itu bersuara lagi. Selesai sahaja Sesi mengambil ubat, Adam memegang tanganku untuk ke kereta. "Abang bersyukur gila! Nanti kita pergi makan, lepastu kita pergi rumah mama k sayang?" Adam bersuara. Aku hanya mengangguk tanda setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience